Wanita yang menghadapi masalah miss “V” berbau atau vagina berisiko berdepan dengan perasaan hilang keyakinan diri dalam masalah kebersihan. Bagi wanita yang belum berkahwin, vagina berbau boleh diatasi secara senyap-senyap tanpa sesiapa pun mengetahuinya. Namun bagi wanita yang sudah berkahwin masalah ini boleh menyebabkan tekanan kepada diri sendiri dan di pihak suami. Manakah tidaknya! Jika suami tidak selesa mengadakan hubungan intim disebabkan timbulnya bau vagina seperti ikan busuk, pastilah si suami akan merungut dan isteri pun terpaksa menahan malu. Tentu anda pun tidak mahu masalah miss “V” berbau ini terjadi kepada anda bukan?
Fahami Perkara Berkaitan Bau Vagina
Bau vagina sebenarnya bukanlah perkara asing bagi wanita. Secara normalnya, vagina kita akan melalui proses pembersihan dalaman secara semulajadi. Ini dilakukan menerusi proses keseimbangan pH secara normal dalam badan. Namun pada hari-hari tertentu terutama semasa dalam tempoh waktu dan selepas haid, wanita akan mengalami masalah bau vagina yang kuat melebihi bau normal yang mungkin akan menyebabkan mereka menjadi kurang selesa.
Bau vagina tidak sama di antara setiap wanita. Bau ini dipengaruhi oleh keadaan biologi dalaman wanita seperti faktor hormon, pemakanan serta faktor kebersihan yang mempengaruhi sihatan vagina secara dalaman dan luaran.
Bau vagina yang paling merisaukan ialah bau busuk seakan-akan bau “fishy” yang terhasil apabila berlaku jangkitan kuman di bahagian vagina. Jangkitan ini bukan sahaja menyebabkan bau vagina yang sangat busuk. Ia juga akan menyebabkan kegatalan dan rasa kesakitan semasa membuang air kecil. Lendiran yang keluar juga bertukar warna seakan hijau yang meninggalkan bau pada seluar dalam wanita sehingga akhirnya menyebabkan seseorang itu tidak selesa sepanjang hari.
Amalan Kebersihan Vagina
Wanita yang mengalami masalah bau vagina yang tidak normal perlu segera ke doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Kebiasaannya masalah ini mampu dihilangkan dalam masa beberapa hari menerusi bekalan ubat antibiotik yang dibekalkan oleh doktor.
Sesetengah wanita yang terlalu obses terhadap bau vagina adakalanya mengamalkan pembersihan dan menghilangkan bau vagina secara tidak betul. Sebagai contoh amalan menyembur minyak wangi pada bahagian dalaman vagina. Ia bukan satu langkah yang bijak malah memudaratkan kesihatan.
Membersihkan vagina boleh dilakukan secara luaran dan dalaman. Menjaga pemakanan adalah salah satu cara pembersihan dalaman yang akan memberi kesan terhadap bau vagina. Elakkan pengambilan makanan proses yang mengandungi bahan kimia berlebihan. Berhati-hati dengan kuantiti minuman yang mengandungi kafein dan minuman bergula menyumbang kepada bau vagina yang tidak enak.
Penggunaan produk pembersihan feminin atau bahagian intim juga boleh membantu mengurangkan risiko miss “V” berbau. Seperti sabun, cecair pembersih khas ini bertindak secara luaran dengan membersihkan bahagian tersebut dari kuman, kulit mati, peluh, kekotoran dan mencegah jangkitan vagina. Cecair ini membantu mengekalkan keseimbangan pH di bahagian vagina sekaligus mencegah bau yang tidak enak.
Bagi anda yang tercari-cari produk pembersihan vagina atau feminin untuk menghilangkan masalah miss “V” berbau ini, anda boleh cuba 10 produk khas pencuci wanita ini.
1. Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash
Cosmoderm menawarkan produk pembersihan vagina berasaskan herba manjakani yang terbukti memberi kesan yang baik terhadap kebersihan feminin. Ia adalah sejenis cecair sabun yang membantu mengembalikan pH kulit di bahagian tersebut. Ia mencegahnya dari kekeringan dan kelembapan punca jangkitan yang menyebabkan vagina berbau. Ia juga membantu mengurangkan iritasi dan kegatalan di bahagian vagina dengan cucian sebersihnya melalui buih sabun yang dihasilkan. Ia juga mampu memberikan keharuman sepanjang hari.
2. Lactacyd Feminine Hygiene Revitalize
Ia diperkaya dengan vitamin E dan bahan kolagen yang berfungsi menegangkan dan menyihatkan kulit vagina anda. Formulasi susu laktoserum dan asid laktik pula berfungsi mengekalkan keseimbangan pH untuk kebersihan vagina sepanjang hari. Produk ini telah diuji secara klinikal di mana ia selamat untuk penggunaan kerap iaitu dua kali sehari. Selain mengharumkan vagina, kesan ketegangan bahagian intim wanita dapat dilihat dalam tempoh 12 minggu penggunaan.
3. Sumber Ayu Sabun Daun Sirih Pembersih Wanita Floral
Memanfaatkan kelebihan daun herba sireh yang diamalkan sejak zaman berzaman. Sireh mengandungi bahan antibakteria yang berkesan menghilangkan iritasi di bahagian kulit vagina yang bermasalah dan menimbulkan bau tidak enak. Pemakaiannya akan membuatkan anda rasa segar, bersih dan harum sepanjang hari. Keseimbangan pH di kawasan sensitif anda dapat dikekalkan sekaligus menghasilkan kulit yang sihat. Anda akan lebih yakin dengan keharuman dan kebersihan hasil dari penggunaan ekstrak sireh yang terkandung dalam produk pembersih Sumber Ayu ini.
4. BETADINE® Daily Feminine Wash Foam
Membersih sambil mengekalkan haruman bunga-bungaan di bahagian feminin wanita. Ia mengandungi bahan prebiotik yang dapat melindungi bahagian sensitif ini dari pengumpulan bakteria punca jangkitan dan masalah bau wanita. Ia diformulasikan secara Tri-Care™ iaitu gabungan tiga bahan utama iaitu Immortelle, SyriCalm™ dan Deoplex® bersama bahan prebiotik untuk kebersihan tahap maksima. Masalah bau feminin dapat dihilangkan serta memperbaiki kesihatan kulit bahagian intimasi wanita.
5. Eubos Feminine Washing Emulsion
Cecair pembersihan lembut alat intimasi wanita oleh EUBOS. Ia tidak mengandungi bahan kimia berisiko seperti paraben, bebas alkali dan kandungan alkohol yang sesuai untuk semua. Bagi wanita yang selepas melahirkan bayi dan dalam tempoh berpantang, cacair pencuci ini dapat mengembalikan kesegaran, kebersihan dan keharuman bahagian intimasi anda. Ia melindungi bahagian sensitif ini dari jangkitan dan komplikasi daripada kesan luka selepas bersalin dan untuk wanita normal yang tidak bersalin.
6. Good Virtues Co. Sensible & Serene Black Seed Oil Lightening Feminine Hygiene Wash
Dihasilkan daripada ekstrak minyak habbatus sauda atau dikenali sebagai black seed oil. Ianya kaya dengan nutrien dan sumber antioksida yang dapat mengembalikan kesegaran dan kebersihan kulit di bahagian intimasi wanita. Pencuci ini lebih semulajadi kerana kurang kandungan bahan kimia seperti paraben dan pewarna tambahan. Ia juga bebeas dari campuran unsur haiwan bermakna ia hanya mengandungi bahan ekstrak dari tumbuhan.
7. Safi Feminine Hygiene Liquid Wash Nilam
Gabungan ekstrak daun sireh dan chamomile. Safi memastikan produk pembersihan intimasi wanita ini mampu mengekalkan kesegaran, kebersihan dan wangian yang berpanjangan pada setiap kali penggunaan.
8. Sebamed Feminine Intimate Wash
Kekalkan haruman bunga-bungaan di bahagian intimasi anda. SebaMed menghasilkan cucian yang dapat memastikan kebersihan, pH yang normal dan mencegah daripada pengumpulan bakteria punca bau. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
9. Avon Simply Delicate Feminine Wash Refreshing
Dihasilkan daripada ekstrak daun hazel yang berupaya sebagai agen anti oksida yang baik untuk pembersihan intimasi wanita. Ia diperkaya dengan haruman bunga sakura untuk haruman vagina yang kekal sepanjang hari.
10. Sendayu Tinggi Sireh Feminine Wash
Pencuci herba dari sireh dengan pH4.0 Ia memelihara lembapan pada alat sulit bagi mengelakkan ia kering dan gatal. Mengatasi bau busuk dari keputihan, haid atau nifas. Sangat digalakkan semasa berpantang.