Menjadi ibu bapa untuk anak pertama adalah saat yang paling dinantikan oleh pasangan yang baru berkahwin. Dalam tempoh sembilan bulan menantikan kehadiran cahaya mata pertama ke dunia, pelbagai persediaan awal dilakukan oleh bakal ibu bapa yang membangkitkan rasa debaran dan keterujaan dalam diri. Ada yang sanggup berhabis sejumlah wang untuk menyediakan segala keperluan bayi dari dari segi pakaian, barangan lampin, permainan, barang mandian dan tidak ketinggalan menyediakan tempat tidur paling selesa yang indah untuk bakal anak yang dilahirkan.

Menyebut tentang persediaan tempat tidur, ramai ibu bapa yang cenderung menyediakan baby cot atau katil bayi untuk keselesaan tidur bayi mereka. Persediaan awal seperti pemilihan dan membeli rangka baby cot yang menawan dilakukan beberapa bulan lebih awal sebelum bayi dilahirkan.

Sesudah membeli katil bayi, tidak sah rasanya jika ia tidak menghiaskannya dengan perhiasan katil bayi yang indah-indah sesuai dengan konsep hiasan bayi. Baby cot tidak begitu indah jika  dibiarkan kosong hanya dengan tilam dan katil sahaja. Mungkin anda bingung memikirkan apakah idea hiasan baby cot yang comel dan menarik boleh dilakukan selepas membuat pembelian baby cot.

Untuk itu kami berikan beberapa idea hiasan baby cot yang anda boleh jadikan contoh. Dari sini anda boleh menentukan apakah peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah hiasan baby cot terbaik untuk si kecil.

1. Lukisan Dinding

Lukisan-lukisan dinding akan menceriakan suasana bilik bayi anda. Anda boleh menentukan pelbagai idea lukisan menarik bersesuaian dengan tema kanak-kanak. Antaranya lukisan bertema kartun, bintang dan bulan, haiwan dan lain-lain. Pemilihan warna mestilah kelihatan ceria serta membangkitkan suasana dan tidak membosankan. Elakkan pemilihan warna-warna yang gelap kerana ia akan membuatkan persekitaran katil bayi rasa sempit dan bayi akan merasa seolah-olah terkurung yang menyebabkan mereka tidak selesa.

2. Kelengkapan Perabot

Walaupun sekadar bilik seorang bayi tidak semestinya anda perlu memuatkannya dengan baby cot semata-mata. Kelengkapan perabot lain di samping katil seperti kerusi sofa perseorangan memberi peluang kepada anda berada di samping bayi yang sedang lena di atas katil sambil anda berehat di kerusi. Kelengkapan sebuah almari pakaian bayi juga merupakan suatu idea yang baik. Ia membolehkan anda menyimpan pakaian bayi anda dalam almari khas tanpa perlu bercampur dengan pakaian orang dewasa. Simpanan almari dengan pakaian bayi anda memudahkan urusan persalinan baju di kecil tanpa anda perlu berulang-alik dalam rumah.

3. Unsur Tumbuhan Semulajadi

Memasukkan unsur alam dalam bilik bayi juga satu idea yang segar. Anda boleh letakkan tumbuhan dalam pasu yang sesuai, selamat dan tidak membahayakan. Elakkan memilih saiz pokok yang terlalu besar kerana ia mungkin berbahaya apabila pokok semakin besar dan kemungkinan boleh tumbang jika angin kuat masuk menerusi tingkap. Letakkan pokok hiasan ini berhampiran katil bayi mengikut jarak dan kedudukan yang selamat. Unsur tumbuhan hidup merupakan salah satu cara untuk memberikan kesegaran udara secara semulajadi dalam bilik. Ruang udara bilik akan terasa bersih. Anda perlu memastikan tiada sebarang serangga melekat pada daun dan batang pokok yang boleh memudaratkan si kecil anda.

4. Hiasan Langsir Katil

Langsir di bahagian kepala katil juga merupakan satu idea yang kreatif dan menarik. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis fabrik langsir bersesuaian. Antaranya kain jenis jarang atau sheer dengan tema lukisan benang pelbagai motif seperti tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Jika anda menyukai gaya ringkas, langsir tanpa lukisan juga boleh dijadikan pilihan namun pastikan warna yang dipilih bersesuaian dengan tema. Elakkan jenis material yang terlalu panas kecuali jika langsir diletakkan pada bahagian tingkap dan pintu kaca ia lebih sesuai untuk mengurangkan kepanasan cahaya matahari. Kepanjangan langsir juga memainkan peranan. Sebaiknya gunakan langsir yang mencecah sehingga ke lantai dan tidak terlalu pendek kerana bimbang jika bayi menarik kain langsir sehingga jatuh ke atas muka mereka tanpa disedari.

5. Mainan Kanak-Kanak

Tidak lengkap katil bayi tanpa kelengkapan barang mainan. Mainan bagi seorang bayi yang sesuai ialah dari jenis mainan yang lembut dan saiz yang tidak membahayakan mereka. Anda boleh meletakkan mainan gantung dan juga beberapa hiasan patung mainan lembut di sisi katil mereka. Antaranya bantal kanak-kanak bermotif flora dan haiwan. Bagi mainan gantung, pastikan kedudukan jarak antara katil dan mainan gantung tidak terlalu hampir sehingga boleh dicapai oleh tangan bayi. Bayi mungkin akan menarik mainan sehingga jatuh ke atas katil sehingga boleh melukakan mereka.

6. Hiasan Lampu

Hiasan lampu yang minimalis juga boleh membangkitkan suasana bilik tidur bayi anda terutama jika ia dihiaskan di bahagian katil bayi. Pastikan pemilihan lampu dibeli dari kedai yang menjual barangan elektrik berkualiti dan mendapat pengiktirafan SIRIM. Hiasan lampu agak berisiko namun jika langkah-langkah keselamatan diambil ia boleh dimanfaatkan untuk beberapa keadaan. Pastikan suis lampu tidak dipasang semasa bayi tidur bersendirian di dalam bilik terutama pada waktu malam.

7. Bingkai Gambar

Selain lukisan dinding, bayi juga akan asyik dengan hiasan gambar-gambar. Anda boleh menggantung gambar dalam bingkai berkaca. Tidak semestinya anda perlu menggantung gambar keluarga. Anda juga boleh memilih gambar motif pelbagai seperti gambar haiwan, abstrak, kartun serta flora dan fauna. Gambar diletakkan di bahagian yang mudah dilihat dari katil bayi.

8. Hiasan Gaya Princess / Prince

Foto : Dailymail.uk

Hiasan ala mewah ini sering menjadi pilihan bagi mereka yang berkemampuan menyediakan bilik tidur yang mewah untuk si kecil. Terdapat pelbagai idea hiasan baby cot gaya mewah antaranya dalam bentuk kereta kuda dan hiasan mahkota berwarna keemasan yang menjadikan ia kelihatan lebih mewah. Ada juga yang sanggup melabur sejumlah wang untuk baby cot gaya mewah dan ia mungkin memakan kos sehingga puluhan ribu.

9. Latar Belakang Dinding Kayu

Satu idea yang baik jika anda mengubahsuai satu sudut dinding berhampiran katil bayi dengan dinding dari material bahan kayu. Pelbagai jenis material bahan kayu boleh dihasilkan untuk hiasan dindin mahupun lantai seperti dari pokok buluh. Ia mungkin akan memakan sedikit kos. Oleh itu, anda hanya perlu memilih satu sudut khas yang kecil cukup sekadar dijadikan latar belakang kedudukan katil bayi. Dinding kaya sebegini amat membangkitkan suasana terutama apabila dihiasi dengan lampu bercahaya.

10. Ukiran Nama Di Dinding

Penat menyebut nama bayi anda  di hadapan rakan-rakan yang sering lupa menghafal nama? Pahatkan nama tersebut di bahagian dinding berhampiran katil bayi anda. Secara tidak langsung apabila rakan-rakan anda melawat di kecil, anda tidak perlu mengulang nama bayi anda berulang kali. Rakan anda pasti kagum dengan idea hiasan nama di dinding lebih-lebih lagi jika nama bayi anda unik dan popular ala-alar selebriti. Ukiran nama di dinding boleh diukir dalam pelbagai bentuk dan saiz tulisan mengikut citarasa dan kesesuaian dekorasi bilik tidur si keci