HomeMalay10 Rangka Baby Cot Menawan Untuk Bakal Ibu bapa

10 Rangka Baby Cot Menawan Untuk Bakal Ibu bapa

Katil bayi atau baby cot bukan satu kemestian yang perlu dimiliki bagi setiap ibu bapa. Walaupun ia tidak menjadi keperluan wajib namun memiliki katil baby cot mempunyai kelebihannya terutama bagi seorang bayi yang baru lahir. Salah satunya ia boleh mengelakkan kes kematian mengejut dipanggil sebagai sudden infant death syndrome (SIDS).

Setiap keluarga pasti memiliki cara tersendiri menentukan tempat tidur bayi mereka. Ada yang memilih untuk tidur sekatil bersama bayi dengan pendirian ianya lebih baik untuk menjamin kualiti perhubungan antara si kecil dengan ibu dan bapa mereka.

Bagi anda yang selesa menidurkan bayi dalam kati baby cot juga tidak salah sekiranya anda mampu memiliki sekurang-kurangnya satu katil bayi yang sesuai untuk mereka. Anda boleh memiliki baby cot pada harga berpatutan sekitar ratusan sehingga ribuan ringgit. Mungkin sesetengah orang berpendapat baby cot hanyalah satu pembaziran kerana fizikal bayi yang semakin membesar hanya memungkinkan ia digunakan sekitar tempoh tiga sehingga empat tahun sahaja.

Sebenarnya ia bukan satu kerugian kerana jika baby cot dijaga dengan baik, ia boleh digunakan berulang kali untuk anak kedua, ketiga dan seterusnya. Pembinaan katil bayi boleh dimulai dengan membeli rangka baby cot. Selepas itu anda boleh membeli tilam yang sesuai dan seterusnya menghias katil bayi mengikut dekorasi dan hiasan kesukaan anda.

Bagi anda yang tercari-cari rangka baby cot untuk menyambut kelahiran bayi yang comel, ini dia 10 rangka baby cot menawan untuk bakal ibu bapa di luar sana.


1. HENSVIK COT

Merupakan salah satu katil bayi keluaran IKEA. Satu-satunya warna yang ada ialah putih. Rekabentuk katil bayi ini membenarkan pengaliran udara di mana bahagian kiri dan kanannya terdiri daripada jaringan terbuka yang memudahkan pengaliran udara. Bayi boleh tidur dengan selesa tanpa kepanasan atau anda boleh mengadapkan kipas ke kiri atau kanan katil. Harganya tidak terlalu mahal dan sesuai untuk mereka yang mencari katil bayi dalam bajet yang terhad. Ia boleh dibuka dan dialihkan dengan mudah. Kebanyakan ulasan mengatakan ia tahan lama untuk kegunaan selama lebih daripada dua tahun.

Baca komen pengguna mengenai katil ini


2. DEICO HOWARD BABY COT

Katil bayi ini adalah dari material bahan kayu yang kukuh. Bahagian kiri dan kanan jaringannya boleh diturun dan dinaikkan untuk memudahkan anda mengeluarkan dan menidurkan bayi tanpa halangan. Katil ini boleh digunakan sehingga kanak-kanak berusia enam tahun dengan kepanjangan katil iaitu 1360 mm. Ia dilengkapi dengan tilam empuk bersaiz 710 mm x 1320 mm. Harganya yang ditawarkan sesuai bagi mereka yang mencari katil bayi dalam bajet pertengahan iaitu sekitar RM1200 sahaja.

Baca komen pengguna mengenai katil ini


3. SWEET HEART PARIS 2-In-1 WOODEN COT WCT168

Katil bayi ini sesuai bagi mereka yang mencari katil bayi dengan kekangan bajet yang amat terhad. Ia boleh didapatkan pada harga kurang dari RM300. Walaupun agak murah, material kayu yang digunakan adalah licin dan selamat yang mampu mengelakkan sebarang kecederaan dan luka daripada kayu. Ia mempunyai kekunci pada bahagian penjuru katil serta boleh dilaras pada bahagian sisi untuk memudahkan anda menidurkan bayi tanpa sebarang halangan.

Baca komen penguna mengenai katil ini


4. GRACO PACK n PLAY PLAYARD with REVERSIBLE NAPPER and CHANGER, GO GREEN.

Katil bayi ini sesuai untuk bayi kecil yang baru lahir sahaja iaitu sekitar umur 36 bulan ke bawah. Ia dilengkapi dengan tempat gantungan alat mainan untuk menarik perhatian bayi bermain sebelum tidur. Ia terbina daripada material plastik dan fabrik yang mudah dibersihkan dari sebarang kekotoran. Katil ini dihasilkan mengikut konsep ‘Mesra Alam’ yang bukan sahaja selamat untuk bayi malah untuk alam sekitar keseluruhannya.

Baca komen pengguna mengenai katil ini


5. BABYHOOD GEORGIA SLEIGHT 4-in-1 COT

Rekabentuk katil bayi ini kukuh bagi bayi yang berusia di bawah enam tahun. Oleh kerana dihasilkan daripada kayu berkualiti yang kukuh dengan rekabentuk menarik serta ergonomik, harganya agak mahal iaitu sekitar RM2,000. Rangka katil ini selamat dari bahan-bahan kimia di mana ia tidak meninggalkan kesan bahaya apabila bayi menggigit rangka katil dengan gigi mereka. Rekabantuk katil bayi ini boleh diubah daripada katil bayi kepada katil kanak-kanak iaitu dengan cara menanggalkan jaringan kayu di bahagian sisi katil dengan langkah yang mudah.

Baca komen pengguna mengenai katil bayi ini


6. HAPPY DREAM 4-IN-1 BABY COT

Katil bayi ini boleh dilaraskan kepada tiga ketinggian mengikut keselesaan anda. Ia dikelilingi oleh jaringan kayu sepenuhnya di kiri, kanan, kepala dan bahagian kaki di mana ia mampu menghasilkan pengaliran udara yang lebih baik. Penghadang di bahagian kiri dan kanannya boleh dilaranskan dengan mudah. Material katil ini adalah dari bahan yang tidak mengakibatkan toksik kepada bayi terutama apabila mereka menggigit dengan gigi. Ia dilengkapi dengan tilam dan kelambu nyamuk yang boleh dipasang dan ditanggalkan mengikut kesesuaian.

Baca komen pengguna mengenai katil ini


7. MICUNA SWEET BEAR COT

Katil bayi ini sungguh comel kerana terdapat lukisan beruang di bahagian hadapan katil. Ia dihasilkan daripada bahan kayu berkualiti tinggi serta cat yang bebas daripada bahan toksik. Terdapat roda di bahagian kaki katil yang boleh dikunci dan dibuka untuk memudahkan ia dialihkan dengan mudah ke ruangan lain tanpa perlu anda mengangkatnya. Bayi boleh tidur, bermain dan merangkak dengan selesa semasa berada di atas tilam.

Baca komen pengguna mengenai katil ini.


8. JOIE CUSTOM CLICK TRAVEL COT SYSTEM

Pilihan katil bayi ini sesuai bagi ibu bapa yang mencintai dunia kembara. Sambil melancong pun anda masih boleh memiliki kelengkapan tempat tidur bayi yang sempurna dan selesa untuk si kecil. Katil ini boleh digunakan dengan dua cara iaitu sama ada di letakkan di atas lantai penyokong yang disediakan atau diletakkan di atas rangka kot supaya kedudukannya lebih tinggi. Ia boleh menyokong sehingga berat maksimum bayi mencapai 9.0 kilogram. Sistem cot ini lebih ringan untuk di bawa ke mana sahaja. Amat sesuai dibawa untuk sebarang aktiviti luar rumah termasuk ketika melancong.

Baca komen pengguna mengenai katil ini


9. STUVA COT WITH DRAWERS

Jika anda tercari-cari katil bayi yang dilengkapi dengan laci penyimpanan, ini adalah pilihan menarik untuk anda. Katil bayi ini sedikit berbeza rekabentuknya di mana ia tidak mempunyai empat sokongan kaki yang boleh meninggikan kedudukan katil. Sebaliknya ia berasaskan rekabentuk atas lantai. Untuk meninggikan tempat tidur bayi, anda hanya perlu melaraskan ketinggian rangka tempat meletak tilam. Bahagian bawahnya merupakan ruang simpanan laci dan atasnya ialah tempat rangka dan tilam katil ditempatkan. Anda boleh manfaatkan ruangan laci ini untuk simpanan barangan bayi seperti lampin dan pakaian. Katil ini memudahkan pengaliran udara yang baik di empat sudut iaitu sisi, kepala dan kaki.

Baca komen pengguna mengenai katil bayi ini.


10. SNIGLAR COT

Katil bayi berasaskan nilon yang ringkas dan kukuh ini direka untuk bayi berusia tiga tahun ke bawah. Ia merupakan salah satu produk IKEA yang menjadi pilihan ibu bapa. Rangka katil ini direka sedemikian untuk memudahkan pengaliran udara keluar masuk tanpa halangan sekaligus memberikan keselesaan semasa bayi berada di dalamnya.

Baca komen pengguna mengenai katil ini

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan