Buah pisang adalah makanan permulaan terbaik bagi ibu bapa yang ingin memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi. Teksturnya yang lembut, rasanya yang manis dan enak berlemak menjadikan ia makanan yang sedap dinikmati bagi seorang bayi. Bayi boleh mengunyahnya dengan mudah walaupun dalam keadaan gigi mereka yang masih belum tumbuh sepenuhnya.

Kebaikan Nutrisi Dalam Sebiji Pisang

Pisang digemari bukan sahaja kerana rasanya yang enak. Kandungan nutrien dalam sebiji pisang cukup untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan manusia termasuk seorang bayi. Antara nutrien terpenting yang terkandung dalam sebiji pisang ialah karbohidrat. Ia sebagai kandungan yang mampu membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan. Terdapat 23 gram karbohidrat bagi setiap 100 gram buah pisang.

Kedua ialah kandungan fibernya yang tinggi. Pisang menyimpan hampir sepuluh peratus fiber bagi setiap 100 gram hidangan pisang. Fiber diperlukan untuk memperbaiki sistem pencernaan badan manusia.

Antara kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam sebiji pisang ialah potasium, vitamin B6 dan vitamin C. Sumber potasium sangat efektif untuk menurunkan tekanan darah darah tinggi seseorang.

Nikmat kebaikan nutrisi dalam pisang ini tentu bukan hanya baik untuk orang dewasa. Malah amat sesuai sebagai makanan awal bagi seorang bayi. Oleh itu ia sering menjadi pilihan bagi ibu bapa dalam membekalkan sumber makanan kepada si kecil.

10 Makanan Berasaskan Pisang

Kebaikan nutrisi yang terkandung di dalam pisang menghasilkan pelbagai jenis makanan bayi bersumberkan pisang diwujudkan di pasaran. Makanan bayi yang diproses dari pisang dan diperkaya dengan campuran bahan lain menjadikan produk makanan bayi begitu enak bagi seorang bayi.

Variasi makanan bayi yang dihasilkan daripada sumber pisang kini dengan mudah boleh dibeli oleh para ibu bapa. Untuk itu di sini kami mencadangkan 10 produk makanan berasaskan pisang yang anda boleh dapatkan di pasaran bagi bagi si kecil di rumah.


1.Heinz Banana Biscotti

Biskut perisa pisang dalam bentuk jejari ini akan membuatkan setiap kanak-kanak menyukainya kerana rasanya yang begitu enak. Snek biskut perisa pisang bersaiz mini mudah dibawa ke mana sahaja sebagai makanan ringan semasa di rumah atau ketikaanda dalam perjalanan yang jauh seperti semasa melancong atau ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya semasa pulang ke kampung. Biskut ini lebih membuatkan si kecil rasa kenyang kerana diperkaya dengan lapan sumber vitamin dan puri pisang. Ia tidak mengandungi pewarna dan perasa tambahan menjadikan ia snek yang selamat untuk si kecil. Snek ini sesuai diberikan untuk bayi berusia tujuh bulan dan ke atas. Saiz biskut ini disesuaikan untuk genggaman jari bayi yang kecil. Dengan itu, si kecil tidak perlu lagi disuapkan dan boleh menyuapkan sendiri biskut ini ke dalam mulut. Rasa biskut yang enak ini pasti akan disukai oleh semua bayi dan kanak-kanak.

Baca komen pengguna mengenai Heins Banana Biscotti


2. Milna Rusk

Ia diformulasikan dengan sumber nutrien yang mencukupi sebagai sumber makanan bayi anda. Berikan bayi anda Milna Rusk setelah usia mereka mencapai enam bulan sebagai pengenalan kepada mereka terhadap makanan berbentuk pepejal. Ia boleh didapati dalam pelbagai perisa antaranya pisang. Makanan ini sungguh enak dinikmati oleh si kecil dengan campuran air suam yang akan melembutkan struktur biskut sebelum disuapkan kepada si kecil.

Baca komen pengguna mengenai Milna Rusk


3. Nestle Cerelac NutriPuffs

Makanan jejari untuk si kecil belajar mengunyah makanan pepejal pertama mereka. Ia dilengkapkan dengan segala nutrisi yang melengkapkan perkembangan fizikal dan mental si kecil anda yang sedang membesar. Snek ini diperkaya dengan nutrien penting seperti zat besi, kalsium dan vitamin B1. Snek ini mudah cair untuk kunyahan dalam mulut bayi anda serta tidak akan menyebabkan kesan tercekik kepada mereka. Selain itu ia turut mengandungi jumlah tenaga yang tinggi bagi setiap 100 gram hidangan iaitu 427 kcal. Bayi anda akan tetap bertenaga walaupun masih belum menikmati nasi seperti orang dewasa.

Baca komen pengguna mengenai Cerelac Nutripuff


4. Nestle Cerelac® Infant Cereal Rice & Mixed Fruits

Bekalkan diet harian anak anda dengan lebih banyak makanan dari sumber fiber seperti pisang. Nestle Cerelac® Infant Cereal Rice & Mixed Fruits adalah snek enak dengan perisa campururan buah-buahan iaitu pisang, epal dan oren. Ia juga diformulasi untuk memperbaiki sistem penghadaman si kecil iaitu melalui kandungan bakteria baik Bifidus BL. Ia menjadikan makanan ini pilihan yang sesuai untuk sistem penghadaman si kecil yang masih berkembang.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


5. Farley’s Banana Rusks

Snek ini tidak mengandungi bahan pengawet. Tetapi bagi bayi yang mengalami alahan terhadap soya tidak digalakkan kerana ia mungkin mengandungi intipati soya, susu dan gandum. Ia adalah sejenis makanan biskut yang boleh ditukarkan menjadi makanan bijirin melalui campuran air suam. Untuk lebih enak lagi, anda hanya perlu campurkan susu sama ada susu formula atau susu ibu. Keenakan rasa bijirin pisang ini disesuaikan bagi bayi berusia antara 4 sehingga 6 bulan ke atas. Kini bayi kecil anda sudah boleh menikmati makanan yang enak berkhasiat perisa pisang.

Baca komen pengguna mengenai Farley’s Banana Rusks


6. Little Freddie Apple, Banana & Oatmeal

Makanan bayi dalam bentuk puri buah-buahan yang wujud di pasaran. Ia dihasilkan daripada campuran buah pisang, epal dan oat. Mengandungi nutrien bermanfaat untuk sistem penghadaman iaitu kandungan fiber, kalsium untuk perkembangan tulang, protein dan sumber vitamin B. Makanan ini baik untuk bayi yang mengalami masalah sembelit dengan cara memperbaiki sistem penghadaman dan pergerakan usus supaya lebih baik.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


7.Wel-B Freeze Dried Strawberries & Banana

Snek campuran perisa buah strawberi dan pisang. Snek ini diperkaya dengan nutrisi yang ideal untuk bayi berusia 15 bulan ke atas. Ia tidak mengandungi bahan pengawet dan merupakan snek buah-buahan yang asli yang dikeringkan untuk si kecil. Snek yang dihasilkan ini dipastikan sihat, bebas minyak dan sihat kerana tidak mengandungi bahan pengawet yang berbahaya untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak bayi anda.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


8. Little Freddie Organic Blueberry & Banana 7 Grain Porridge

Keenakan bubur campuran buah beri dan pisang ini memberikan rasa kemanisan buah yang pasti akan disukai bayi anda. Ia adalah bubur dari sumber gandum yang mengandungi nutrien dan vitamin terbaik untuk perkembangan tumbesaran fizikal dan mental bayi anda. Diperkaya dengan sumber fiber, menjadikan ia baik untuk sistem penghadaman bayi kecil anda. Bagi akan lebih cergas riang apabila terhindar daripada masalah penghadaman tidak lawas.

Baca komen pengguna mengenai produk ini


9. Gerber Graduates Puff Banana

Merupakan snek lazat dari campuran buah-buahan dan gandum yang sungguh berkhasiat untuk si kecil. Ia adalah sejenis snek mudah cair di dalam mulut, mudah dihadam serta berkhasiat tinggi. Berbanding dengan produk makanan bayi lain, produk ini mengurangkan kandungan gula dan garam. Sudah tentulah ia lebih baik dan menyihatkan untuk bayi anda. Snek ini diperkaya dengan zat besi, vitamin E dan vitamin B.

Baca komen pengguna mengenai Gerber Graduates Puff Banana


10.Organix Goodies Date & Banana Chunky Fruit Bars

Kepingan snek buah pisang yang sungguh menyelerakan dan enak yang pasti membuatkan bayi anda menggemarinya. Snek yang dihasilkan secara organik ini memenuhi ciri-ciri snek yang sihat untuk bayi berusia satu tahun ke atas. Namun produk ini tidak sesuai bagi bayi yang alahan terhadap susu dan soya kerana ia mungkin mengandungi bahan alergik bagi sesetengah bayi.

Baca komen pengguna mengenai produk ini