7 Jenis & Produk Pembakar Lemak Paling Popular Di Malaysia

Product Details

Penggunaan produk pembakar lemak kini semakin popular terutama di kalangan mereka yang ingin kurus dan mengurangkan berat badan dengan cepat. Ia sebagai langkah tambahan dari aspek pemakanan selain daripada mengamalkan latihan senaman fizikal yang dapat membantu membakar kalori. Produk ‘pembakar lemak’ ini dikatakan dapat meningkatkan kadar metabolisma badan sekaligus menambahkan kadar keaktifan fungsi dalam badan dalam membakar lemak.

Kebiasaannya produk pembakar lemak didapati dalam bentuk pil. Walaupun ia dipanggil sebagai fat burner atau pembakar lemak, tindakan dan cara ia bekerja bukan semudah seperti anda melihat objek kertas yang dibakar dengan api. Untuk memastikan berlaku pembakaran lemak dengan berkesan, pengambilan produk pembakar lemak menjadi berkesan hanya apabila aktif bersenam dan menjaga diet dengan penuh disiplin. Produk pembakar lemak sebenarnya merangsang metabolisma anda untuk lebih aktif dan bertenaga dalam bersenam. Dengan kata lain, ia membekalkan tenaga untuk meningkatkan proses pembakaran lemak melalui senaman dan diet.

Pemilihan Produk Pembakar Lemak Di Pasaran

Memilih produk pembakar lemak di pasaran juga bukan suatu perkara yang mudah. Lambakan pelbagai jenama di pasaran yang menawarkan kelebihan dari segi kandungan, keberkesanan dan harga mungkin akan membuatkan anda rambang mata dalam memilih mana satu yang terbaik.

Pertama sekali anda perlu tahu bahawa terdapat lebih daripada sejenis produk pembakar lemak di pasaran. Kaedah setiap jenis juga berbeza dari segi bentuk dan tahap keberkesanannya. Pada dasarnya kesemua produk pembakar lemak membantu anda menurunkan berat badan secara berkesan. Namun setiap jenis produk pembakar lemak memainkan peranan yang berbeza dalam sistem tubuh badan.

1.Pembakar Lemak Termogenik

Jenis pembakar lemak termogenik paling banyak ditemui dalam pasaran. Cara ia bertindak ialah melalui peningkatan suhu dalam badan. Peningkatan suhu ini akan menambahkan kadar metabolisma dan seterusnya membenarkan pembakaran kalori dan lemak walaupun semasa anda sedang rehat.

Kopi, coklat dan teh adalah antara jenis minuman yang berfungsi sebagai pembakar lemak termogenik tanpa anda sedari. Oleh itu tidak hairan kebanyak produk pembakar lemak di pasaran didatangkan dalam perisa minuman terutamanya coklat.

Setiap jenis bahan dalam produk pembakar lemak termogenik memainkan peranan tersendiri. Terdapat sejenis bahan yang menambahkan kepedasan di dalamnya iaitu Capsaicin yang berfungsi meningkatkan kadar kepanasan dan suhu dalam badan.

2. Pembakar Lemak Bebas Stimulan

Pembakar lemak jenis ini dicipta bagi mereka yang tidak gemar terhadap kandungan kafein dan sensitif terhadap bahan rangsangan seumpama bahan stimulan.  Pembakar lemak tanpa stimulan tidak memberi kesan terhadap kadar adrenalin dalam badan sebagaimana kafein dan bahan stimulan bertindak.

Salah satu bahan kandungannya dipanggil fucoxanthin. Ia adalah sejenis pigmen yang terdapat dalam rumpai laut dan lain-lain sumber hidupan laut. Struktur molekul di dalamnya didapati hampir menyamai vitamin A dan beta karotena. Sebatian ini disimpan dalam sel lemak dan menjalankan fungsi memperbaiki metabolisma gula dalam tisu otot yang seterusnya menurunkan kadar lemak trigliserida dan kolestrol.

3. Pembakar Lemak Penahan Selera Makan

Jika selera makan menjadi masalah utama anda, piluhan pembakar lemak terbaik adalah dari jenis pil yang membantu menurunkan kadar selera makan anda. Keinginan berlebihan terhadap makanan selalunya berpunca daripada kurangnya kandungan makanan berkhasiat dan nutrien dalam badan.

Produk pembakar lemak jenis ini mencegah selera anda terhadap makanan sekaligus mengelakkan anda daripada makan secara berlebihan. Ia bertindak dengan cara menyeimbangkan ghrelin dan leptin dalam badan yang menyumbang kepada perut lapar. Jenis pembakar lemak ini akan meningkatkan mood dan menukar selera makan anda dengan mengurangkan keinginan terhadap makan ringan.

4. Penghalang Karbohidrat

Bukan semua jenis karbohidrat perlu dihindari. Karbohidrat yang perlu diawasi pengambilannya ialah yang bersumber dari makanan manis dan minuman bergula. Karbohidrat yang tidak digunakan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak. Oleh itu, karbohidrat menjadi masalah bagi mereka yang mengamalkan diet.

Pembakar lemak jenis ini Ia bertindak dengan cara menghalang enzim bertindak ke atas pencernaan karbohidrat yang membolehkan anda makan makanan sumber karbohidrat tanpa kalori yang tidak diperlukan. Dengan cara ini, ia membantu badan anda membakar lemak secara kekal.

5. Penghalang Lemak

Produk penghalang lemak bertindak dengan cara yang sama seperti produk penghalang karbohidrat iaitu dengan cara menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang masuk ke dalam badan, sekaligus menghalangi pertambahan kalori dalam badan.

6. Penghalang Tiroid

Kelenjar tiroid berfungsi menghasilkan bahan kimia yang mengawal fungsi jantung, pencernaan dan metabolik anda. Kekurangan tiroid akan menurunkan kadar keberkesanan kadar metabolisma badan. Faktor inilah yang menjadi salah satu sebab eningkatan berat badan seseorang.

Pembakar lemak jenis ini bertindak menyeimbangkan semula kandungan tiroid ini dengan cara membekalkan badan dengan unsur-unsur yang biasa dihasilkan menerusi tiroid. Apabila kandungan tiroid ini diseimbangkan, kadar metabolisma badan anda dapat dikekalkan untuk pembakaran lemak.

7. Penghalang Kortisol

Jenis pembakar lemak yang terakhir adalah penghalang kortisol. Peningkatan hormon kortisol disebabkan tekanan atau stres akan memberi efek yang tidak baik seperti masalah mendapatkan tidur yang nyenyak, tekanan darah tinggi dan ketidakseimbangan hormon dalam badan. Individu yang dalam keadaan stres cenderung untuk makan berlebihan menyebabkan berlakunya peningkatan berat badan.

Kortisol juga akan menyebabkan penurunan kadar gula dalam darah sehingga menyebabkan anda cenderung terhadap makanan manis dan berlemak. Produk pembakar lemak jenis ini akan membantu menukarkan kesemua makanan yang tidak sihat ini menjadi lemak dalam badan anda.

Produk Pembakar Lemak Paling Popular Di Malaysia

Setelah anda mengetahui jenis-jenis produk pembakar lemak, andalah yang akan menentukan jenis pembakar lemak mana paling sesuai untuk diri anda. Di Malaysia terdapat beberapa jenama produk pembakar lemak popular yang mendapat komen positif dari pengguna yang pernah mendapat manfaat darinya.

TKO FAT BURNER

Salah satu produk pembakar lemak yang bertindak meningkatkan metabolisma badan. Ia mensasarkan kawasan lemak paling degil yang tidak dapat dihilangkan secara bersenam. Dengan pengambilan TKO Fat Burner, badan anda akan diletakkan dalam mod pembakaran lemak semasa metabolisma badan ditingkatkan walaupun anda sedang berehat. Ketika bersenam anda akan merasa pertambahan tenaga yang membuatkan anda lebih cergas.

TKO Fat Burner Mega

API FAT BURNER ADVANCED

Produk pembakar lemak dalam bentuk pil ini diekstrak daripada sumber daun teh hijau serta campuran beberapa bahan lain seperti kulit kayu manis, ekstrak grapefruit dan kopi arabika. Ia mengandungi 120 biji tablet dan hanya perlu diambil sebiji sehari.

API Fat Burner Advanced (120 Tablets) New Packaging 2016

MESOTROPIN 6TROPIN ULTIMATE FAT BURNER

Produk pembakar lemak ini sesuai bagi mereka yang sukar menurunkan berat badan. Ia bertindak melalui beberapa cara iaitu meningkatkan metabolisma badan, membakar lemak perang, mengurangkan selera makan dan meningkatkan rasa kenyang sehingga anda dapat mengawal selera makan dengan baik. Perisanya terdiri daripada campuran buah blackccurent dan lain-lain buah-buahan.

Mesotropin 6tropin Ultimate Fat Burner

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...