Vaksin VS Anti Vaksin! Ketahui mitos dan kebaikan vaksin pada anak-anak

Product Details

Vaksin adalah penting dalam pencegahan penyakit radang paru-paru, demam campak, polio dan pelbagai penyakit lain. Malah, vaksin telah menyelamatkan lebih daripada satu bilion orang dan telah menghalang penyebaran penyakit di Amerika Syarikat.

Di Malaysia, bilangan ibu bapa yang enggan memberikan vaksin kepada anak-anak mereka semakin meningkat. Ini adalah kerana banyak mitos vaksin yang palsu dan tidak berbukti. Ibu bapa ini dikenali sebagai anti vax.

Mitos seperti; vaksin menyebabkan autisme, sesetengah vaksin adalah tidak halal dan beberapa lagi yang yang akan dibincangkan di bawah.

MITOS: Vaksin MMR (Measles, Mumps dan Rubella) menyebabkan autisme.

Ini adalah disebabkan oleh penyelidikan yang diterbitkan pada tahun 1988 yang telah ditarik balik dan nama penyelidik telah dicemari. Akhbar itu menyebabkan wabak demam campak di UK yang mengakibatkan kematian beberapa orang kanak-kanak.

MITOS: Vaksin tidak halal

Halal adalah satu isu besar di Malaysia dengan orang mengharamkan penubuhan tertentu kerana status halal mereka. Sesetengah vaksin seperti polio, rotavirus dan cacar air dianggap mengandungi babi (enzim babi).

Pengeluaran awal vaksin polio oral mengandungi enzim babi yang sangat terhad dan selepas pencairan dengan cecair lain, kepekatan enzim tersebut telah berkurangan dengan ketara. Semua vaksin yang digunakan di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan tidak mempunyai kontroversi halal.

MITOS: Vaksin menyebabkan kesan sampingan dan kadang-kala, kematian.

Kesan sampingan seperti demam ringan dan sakit sendi boleh muncul dalam sesetengah kanak-kanak. Vaksin jarang menyebabkan kematian. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau reaksi vaksin melalui Kesan Sampingan Selepas Imunisasi (AEFI) dan setakat ini, tidak ada bukti kematian yang disebabkan oleh vaksin di Malaysia.

 

Foto: Hello Sehat

MITOS: Sistem imun seorang kanak-kanak tidak boleh mengendalikan vaksin

Anak anda terdedah kepada pelbagai antigen setiap hari dan memberikan anak anda 2 dos vaksin yang berbeza tidak membebankan sistem imun mereka.

Sebaik sahaja dilahirkan, sistem imun mereka bersedia untuk bertindak balas terhadap antigen dalam persekitaran mereka, ini menunjukkan bahawa sistem imun manusia adalah sangat kuat. CDC (Pusat Kawalan Penyakit) menyebut bahawa beberapa vaksin sekali gus adalah selamat dan terdapat banyak kelebihan memberi anak beberapa vaksin anda sekaligus.

MITOS: Tidak perlu suntikan-lah, beberapa penyakit sudah tidak wujud!

Oleh kerana vaksin dan imuniti kumpulan (sebahagian besar masyarakat telah diimunisasikan terhadap penyakit berjangkit dan mereka yang tidak divaksinkan dilindungi kerana terdapat tiada peluang untuk penyebaran wabak), banyak penyakit telah pupus (cacar) atau hampir pupus seperti polio (kecuali di Pakistan dan Afghanistan) dan demam campak juga hampir pupus jika bukan kerana golongan anti vaksin.

Ia adalah penting untuk vaksin anak anda kerana pelancong dan vaksinasi membantu melindungi mereka daripada pelbagai penyakit-penyakit yang mungkin masih wujud di negara-negara lain.

Vaksinasi adalah cara yang mudah, praktikal dan berkesan untuk mencegah wabak dan penyakit. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, ia adalah tugas anda untuk menangani bahaya yang ditimbulkan oleh penyakit daripada risiko vaksin.

Adalah juga menjadi tanggungjawab anda untuk melengkapkan jadual vaksinasi anak anda dengan sewajarnya agar vaksin tersebut berkesan. Marilah kita semua berusaha ke arah negara yang lebih sihat dan vaksinlah anak anda hari ini.

Meskipun sistem penjagaan kesihatan dan standard kebersihan pada masa kini berada di tahap yang baik, itu tidak bermakna mampu menghalang jangkitan daripada berlaku.

Penjagaan kesihatan dan kebersihan yang lebih baik mengurangkan penyebaran penyakit tetapi ia masih belum mencukupi untuk menghapuskan penyakit sama sekali.

Ini kerana kebanyakan penyakit disebarkan daripada seseorang kepada orang lain. Kanak-kanak terutamanya bayi lebih mudah dijangkiti.

Pengambilan vaksin berupaya melindungi sistem imunisasi mereka yang masih belum berkembang sepenuhnya.

Vaksin membantu menguatkan sistem imun anak anda untuk melindungi mereka daripada komplikasi yang boleh membahayakan nyawa.

Oleh sebab itu, Program Imunisasi Kebangsaan (jadual imunisasi kanak-kanak) mengesyorkan agar kanak-kanak diberi vaksin semenjak lahir dan seterusnya.

Sebagai ibu bapa, tahukah anda kepentingan vaksin ini kepada anak? Di bawah ini adalah jawapannya!

Foto: Healthline

1. Imunisasi dapat memberikan faedah kesihatan kepada anak kerana ia membantu mengelakkan mereka daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.

2. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan ia boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.

3, Imunisasi juga dapat mengelakkan penderitaan yang dialami oleh anak dan juga ibu bapa.

4. Ia juga dapat membantu mengelakkan daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.

5. Mengurangkan dan membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal, tetanus dan difteria.

6. Ia juga satu-satunya intervensi kesihatan dengan kos efektif.

Isu vaksin telah wujud sejak kebelakangan ini dengan dakwaan bahawa ianya mengandungi bahan merosakkan otak, menyebabkan autisme, dan beberapa kesan sampingan lain. Bukan itu saja, malah ada golongan yang mengaitkan vaksin dengan konspirasi Yahudi untuk melemahkan umat Islam.

Justeru itu, segala keraguan tentang vaksin bayi harus diperjelaskan, berlandaskan badan yang berwibawa dan berdaftar seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

5 KEKELIRUAN TENTANG VAKSIN BAYI & HUKUMNYA DALAM MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MALAYSIA

Antara salah faham yang perlu diperjelaskan adalah seperti berikut:

SALAH FAHAM #1:  IMUNISASI TIDAK BERKESAN, SUSU IBU ADALAH SUMBER ANTIBODI TERBAIK

Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan telah dijalankan sejak 1950an. Peningkatan skop perkhidmatan kesihatan termasuk imunisasi ini telah menyaksikan penurunan kes kematian kanak-kanak sehingga 85%  berdasarkan data yang dikumpulkan sejak 1970-2000.

Tiada siapa menolak bahawa susu ibu adalah zat terbaik untuk bayi. Namun, bukan semua antibodi spesifik untuk semua kuman di dunia terdapat dalam susu ibu. Kandungan susu ibu ini juga amat bergantung kepada kandungan antibodi spesifik dalam tubuh ibu. Jika ibu tiada antibodi tertentu seperti pertusis (batuk kokol), maka bayi baru lahir boleh terdedah kepada penyakit tersebut.

Memang tidak dinafikan ada bayi yang imun terhadap penyakit berjangkit. Tetapi, setakat ini tidak ada cara terbaik untuk mengenalpasti bayi yang mempunyai daya tahan tubuh badan yang lemah. Jadi, sebab itulah vaksin bayi penting untuk memberi perlindungan secara menyeluruh.

SALAH FAHAM #2: KALAU PENYAKIT BERJANGKIT TIDAK MENULAR DI MALAYSIA, MAKA TAK PERLULAH SAYA MENGAMBIL VAKSIN BAYI

Walaupun penyakit berjangkit masih dapat dikawal di Malaysia, namun ia masih boleh berlaku melalui macam-macam cara. Perlu diingat, kebanjiran pendatang asing ke negara ini turut membuka salah satu ruang untuk membawa penyakit-penyakit itu tanpa disedari.

Tidak seperti orang dewasa, jenis penyakit yang dilindungi vaksin bayi ini biasanya memberi kesan yang serius kepada anak kecil sehingga boleh menyebabkan wabak dan kematian.

SALAH FAHAM #3: VAKSIN BAYI MENGANDUNGI BAHAN MERBAHAYA YANG MEROSAKKAN PERKEMBANGAN ANAK

Dalam kenyataan akhbar terkini bersama pihak KKM dan JAKIM, telah dijelaskan bahawa vaksin tidak mengandungi bahan yang merbahaya. Sebaliknya, ia terdiri daripada bahan antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit.

Walaupun vaksin turut mengandungi komponen lain seperti pengawet, tetapi setiap bahan ini memainkan peranan penting dalam mengawal kualiti vaksin tersebut.

Kadar kematian atau kes kecacatan yang digembar-gemburkan akibat vaksin kebanyakannya adalah kes-kes terpencil dan memerlukan lebih kajian untuk dibuktikan secara kukuh.

Foto Kredit: guff.com

Foto: guff.com

SALAH FAHAM #4: VAKSIN BAYI MENDATANGKAN KESAN SAMPINGAN DAN MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Sebenarnya, tentulah ada sedikit kesan sampingan bagi bayi yang mengambil imunisasi, seperti juga ubat-ubatan lain. Biasanya bayi akan mengalami demam atau beberapa tanda ketidakselesaan yang ringan selepas mendapat suntikan.

Tetapi, secara umumnya, vaksin bayi adalah selamat kerana ia telah diuji dan dipantau secara berterusan oleh pihak bertanggungjawab seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

Anda juga tidak perlu risau kerana sebarang kesan sampingan terhadap vaksin akan dilaporkan kepada World Health Organization (WHO) dan data ini dikongsi dengan semua negara.

vaksin bayi dan imunisasi

Foto: medpharm.co.uk

SALAH FAHAM #5: VAKSIN ADALAH HARAM DI SISI ISLAM

Terlalu banyak perdebatan dalam perkara ini yang sering menjadi percakaran antara mereka yang pro dan anti vaksin.

Walau apa pun, merujuk Fatwa Kebangsaan Malaysia serta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pengambilan vaksin diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci adalah diharuskan.

Tetapi, jika ia diperbuat daripada bahan yang najis, ia terbahagi kepada 2:

i) Jika masih terdapat alternatif lain, tidak dibenarkan menggunakan vaksin daripada bahan yang najis

ii) Jika keadaan darurat, maka dibolehkan menggunakan vaksin ini berdasarkan beberapa syarat Islam yang masih perlu dipatuhi

Buat masa ini, hanya beberapa jenis vaksin sahaja seperti Rotateq (untuk rotavirus) yang difatwa tidak halal, kecuali jika anda berada dalam kawasan wabak.

Manakala program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus dan polio adalah harus di segi syarak kerana berdasarkan kaedah ‘menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan’ dalam perundangan Islam.

Foto Kredit: vox.com

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK

Imunisasi atau vaksin bayi telah berada sekian lama dalam dunia perubatan, dan ianya dikendalikan oleh mereka yang berkelayakan. Di samping itu, kita di Malaysia amat beruntung kerana sentiasa mendapat kerjasama badan bertanggungjawab seperti JAKIM dalam memantau keselamatan sesuatu produk berdasarkan pandangan Islam.

Di samping itu, ibu bapa juga perlu sentiasa berwaspada dan meneliti setiap maklumat, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kesihatan anak dan keluarga kita.

Anda boleh mendapat penjelasan yang panjang lebar daripada mereka yang lebih arif melalui pautan Kenyataan Akhbar KKM dan JAKIM, Mufti Wilayah Persekutuanserta pendapat doktor bertauliah melalui pautan ini.

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...