Malu bibir kering? Jom cuba 10 pelembab bibir yang berkesan hanya dalam 1 minit sahaja!

Product Details

Bila anda bercakap dengan seseorang, pasti anda melihat bibirnya, bukan? Tipulah kalau anda tidak perhatikan bibirnya. Cuba bayangkan kalau bibir kering, merekah, pecah-pecah pasti nampak tak cantik di mata. Anda pun jadi malu mahu bercakap, sudahnya tangan asyik menutup mulut sahaja. Bukan disebabkan mulut berbau tetapi masalah bibir yang agak ‘sadis’ menyebabkan anda langsung tiada keyakinan.

Jadi, selain mencuba rawatan pengelupasan, apa cara pantas untuk mengatasi bibir kering dan merekah ini. Kiranya ‘sesuatu’ yang mudah di bawa ke mana sahaja. Jawapannya adalah Lip Balm. Ya, lip balm terbaik yang boleh anda calit di bibir pada bila-bila masa.

Foto: Reader’s Digest

Lip balm adalah sejenis gincu yang dilengkapi dengan pelembab dan mempunyai pelbagai fungsi untuk memelihara bibir. Bibir kering dan merekah? Disinilah pentingnya kegunaan lip balm untuk mengekalkan kelembapan pada bibir anda agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Siapa tak nak nampak segar dan cantik, betul tak? Tak salah kalau kami cakap orang akan pandang muka kita terlebih dahulu sebelum penampilan kita.  Salah satu bahagian yang perlu diambil perhatian dan penjagaan yang sempurna adalah pada bahagian bibir. Bibir atau kawasan mulut adalah bahagian pada wajah manusia yang mudah menerima jangkitan sama juga seperti bahagian mata dan hidung. Salah satu cara penjagaan bibir yang mudah adalah dengan menggunakan lip balm

Berbeza dengan lipstick dan lip gloss, lip balm atau pelembab bibir berfungsi untuk memberikan kelembapan kepada permukaan bibir. Bibir yang terlalu kering boleh menyebabkan ia merekah yang boleh membuatkan kita jadi susah untuk makan dan minum. Betul tak?

Foto: incontricupido.com

 Lip balm juga digunakan bertujuan untuk memperbaiki struktur sel pada permukaan bibir agar bibir kita kelihatan sihat luar dan dalam. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah bibir berwarna hitam, penggunaan lip balm dengan kerap juga bolehmengembalikan warna bibir anda kepada warna yang asal. 

Berbeza dengan jenis gincu yang lain, antara fungsi lip balm adalah untuk memberikan perlindungan dari sinaran UV serta memperbaiki kulit bibir anda. Ingin tahu info lebih lanjut tentang lip balm terbaik di pasaran? Lihatlah senarai berikut;

1. LIPICE Sheer Color 2

LIPICE Fruity Lip Balm ialah pelembap bibir yang mengandungi SPF15, bertindak sebagai perlindungan untuk bibir dari sinaran UV. Teksturnya yang lembap dan berbau buah-buahan, sesuai untuk semua peringkat umur serta bebas pewarna tiruan.

Foti: The Certified Latebloomer

Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, tidak akan membahayakan dan menyebabkan iritasi pada kulit bibir. Didatangi dalam 4 jenis pilihan perisa yang berlainan seperti lemon, epal, anggur dan strawberi.

Menambah kecantikan semulajadi bibir anda dengan formula baru beeswax terus memberi manfaat bagi bibir anda. Kandungan semulajadi seperti shea butter coconut oil, jojoba oil dan olive oil menjaga bibir agar tetap lembab, lembut dan tetap sihat kerana mengandungi vitamin E sebagai antioksidan dan nutrisi kulit. 

Baca komen pengguna tentang LIPICE Sheer Color 2

2. Sephora Collection Lip Balm

Rawat dan lembapkan bibir anda dengan pelembap bibir dari Sephora Collection. Terdapat 5 perisa berbeza yang masing-masing mempunyai keistimewaannya tersendiri. 

Perisa Kelapa berfungsi untuk merawatkan kekeringan bibir, perisa Almond yang kaya dengan Omega 6 dan 9 mampu menyihatkan bibir, perisa Rose terkenal dengan ciri kelembapannya, perisa Goji Berry pula tinggi dengan antioksidan, dan perisa Tangerine yang kaya dengan Vitamin C mampu menegangkan kulit bibir.

Foto: Allure

Harga asal pelembap bibir ini ialah RM 30 tetapi dengan harga diskaun ianya hanya RM18 sahaja!

Anda boleh dapatkan pelembap bibir ini di Sephora.

Baca komen pengguna tentang Sephora Collection Lip Balm

3. Sephora Collection Sweet Balm (Edisi Terhad)

Pelembap bibir edisi terhad dari Sephora Collection ini bukan sahaja berbau harum malah sangat mudah cara pemakaiannya. Tanpa perlu cermin!

Foto: MakeupAlley

Pelembap bibir ini juga akan menambahkan kilauan halus ke bibir dan mempunyai 5 perisa iaitu Pink, Coral, Cherry, Violet dan Fuschia dan masing-masing berharga RM20sahaja!

Anda boleh dapatkan pelembap bibir ini di Sephora.

Baca komen pengguna tentang Sephora Collection Sweet Balm

4. Yves Rocher Nourishing Lip Balm

Tidak kira bulan puasa ataupun tidak, pelembap bibir dari Yves Rocher ini mampu memberi penjagaan sepenuhnya.

Foto: Hermo

Pelembap bibir ini akan memberi bukan sahaja kelembutan dan kelembapan kepada bibir anda bahkan ianya sangat berkhasiat! 

Dengan hanya RM15.20, pelembap bibir ini akan menyerlahkan lagi senyuman anda.

Anda boleh dapatkan pelembap bibir ini di Hermo.

5. Eucerin Lip Active Sensitive Skin

Foto: www.eucerin.my

Eucerin Lip Active ini telah direka bagi anda yang mempunyai bibir sensitif. Kandungan Dexpanthenol dan Vitamin E yang terdapat dalamnya mampu melegakan, melembapkan, dan melindungi bibir dari sinaran UV.

Sapukan secara teratur untuk kelembapan dan perlindungan berterusan sepanjang hari dengan harga hanya RM17!

Baca komen pengguna tentang Eucerin

6. Nivea Lip Care

Bibir kita memerlukan perlindungan yang mencukupi kerana kulit di bibir kita amat sensitif. 

Produk penjagaan bibir Nivea ini mampu memberikan kelembapan intensif untuk bibir yang lebih lembut dan sihat.

Foto: bepductiep.vn

Mempunyai 5 perisa iaitu Original Care, Cherry Shine, Strawberry Shine, Peach Shine dan Watermelon Shine dengan hanya RM11.60 sahaja bagi setiap satu.

Baca komen pengguna tentang Nivea Lip Care

7. Maybelline Baby Lips

Foto: dhgate.com

Ini sememangnya produk terbaik. Maybelline Baby Lips bukan sahaja digunakan wanita malahan lelaki juga. Lip balm ini mengandungi SPF 20, akan melindungi bibir dari bahaya sinaran UV. Formula ini mampu melembabkan bibir selama 8 jam dan dapat menegangkan bibir. Jadi, bibir anda akan berasa lembut dan tidak berkedut.

Baca komen pengguna tentang Maybelline Baby Lips

8. Omorose

Foto: Beauty Nerd By Night

Untuk pengetahuan anda, rangkaian kosmetik OMOROSE ini adalah vegan sepenuhnya. Ianya langsung tidak mengandungi sebarang pengawet, bebas paraben, dan Phenoxyethanol. Jadi, tidak hairanlah kenapa produk ini menjadi pilihan para selebriti A-list.

9. Fresh Sugar Rosé Tinted Lip Treatment

Foto: Sephora

Sama seperti Burt’s Bees, Fresh juga mempunyai pelbagai pilihan untuk lip balm tetapi yang mendapat perhatian dan review terbaik adalah Fresh Sugar Rosé Tinted Lip Treatment. Lip balmini menawarkan perlindungan SPF 15, khasiat tambahan dan mampu melembutkan bibir, bukan itu sahaja memberikan bibir semulajadi merah jambu yang ketara. Tak perlu lagi menambah lip tint mahupun lipstick.

10. Burt’s Bees Lip Balm

Foto: Foto – Gear – Lifehacker

Rasanya kalau anda nak cari produk bibir khusus kepada lip balm, Burt’s Bees antara yang terbaik. Kenapa? Campuran botanical wax dan shea butter terkenal dengan manfaatnya untuk bibir kering. Tetapi apa yang membuatkan ramai kagum dengan produk ini adalah kelembapannya. Walaupun selepas 3 jam, tetapi bibir masih terasa lembap dan lembut selama beberapa jam selepas itu.

Baca komen pengguna tentang Burt’s Bees Lip Balm

Produk-produk ini boleh didapati di drug store terpilih. Dapatkan sekarang dan tiada lagi masalah bibir rosak.

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...