10 Pelembap Udara Menyegarkan Untuk Kenyamanan Rumah Anda

Product Details

Pelembap udara atau dipanggil air humidifiers berfungsi untuk mencegah kekeringan dalam kualiti udara di persekitaran rumah anda. Pelembap udara sesuai digunakan apabila cuaca terlalu panas dan pada musim sejuk. Cuaca yang terlalu panas dan terlalu sejuk boleh menyebabkan kekeringan pada kualiti udara menyebabkan kadar kelembapan udara menurun. Kekeringan ini boleh menimbulkan pelbagai kesan terhadap tahap kesihatan seperti masalah kekeringan pada kulit, bibir merekah, jangkitan pada rongga pernafasan dan sakit tekak.

Fungsi Air Humidifier

Fungsi utamanya adalah untuk meningkatkan kadar kelembapan dalam udara yang berlaku pada musim panas dan musim sejuk. Penyebaran virus yang menyebabkan batuk dan selesema dikatakan mampu diturunkan apabila kadar kelembapan udara ditingkatkan menerusi penggunaan pelembap udara atau air humidifier. Oleh itu adalah satu kelebihan jika anda dapat memiliki sekurang-kurangnya sebuah air humidifier di dalam rumah yang dipasang pada musim panas dan sejuk.

Menggunakan Air Humidifer Secara Terkawal

Namun perlu anda ketahui bahawa penggunaan air humidifier perlu mengikut kaedah penggunaan yang disarankan. Ini kerana penggunaan secara berlebihan atau untuk tempoh masa yang terlalu panjang akan turut memberikan kesan terhadap kesihatan terutama melibatkan sistem pernafasan.

Penggunaan air-humidifier secara berlebihan juga akan memberikan kesan kelembapan terlalu tinggi terhadap kualiti udara. Ini boleh menjadi punca kepada kehadiran hama atau kutu, pertumbuhan kulat dan kewujudan bakteria berbahaya.

Pertimbangan Sebelum Memilih Alat Pelembap Udara

Adalah penting untuk anda memahami fungsi dan jenis pelembap udara yang terdapat di pasaran sebelum membeli. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih alat pelembap udara yang sesuai untuk kediaman anda adalah mengenalpasti perkara-perkara berikut :

  • Tujuan anda menggunakan alat pelembap udara
  • Bagaimana alat pelembap udara berfungsi?
  • Saiz
  • Kapasiti sesuatu jenama alat pelembap udara
  • Kaedah mengendalikan sama ada mudah atau sukar
  • Tetapan pada suatu alat pelembap udara
  • Kaedah pembersihan alat pelembap udara

Banyak lagi perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum memilih suatu alat pelembap udara atau air humidifier.

10 Pelembap Udara Menyegarkan Untuk Kenyamanan Rumah Anda

Bagi anda yang ingin memiliki pelembap udara untuk kesegaran rumah anda, berikut 10 pelembap udara yang kami cadangkan untuk kediaman anda.


1.Young Living DewDrop Diffuser

Young Living DewDrop Diffuser memiliki gabungan beberapa fungsi iaitu sebagai pelembap, pembersih dan penyah kelembapan udara. Ia amat berkesan untuk menyingkirkan bau yang tidak enak pada ruang kediaman anda. Peralatan ini menggunakan teknologi ultrasonik yang mampu mengubah persekitaran kediaman anda melalui penghasilan gelombang molekul yang diperlukan pada kadar 1.7 juta kali per saat. Ia membantu mewujudkan udara persekitaran anda bersih seolah-olah berada di ruangan spa.

Baca dan lihat ulasan mengenai Young Living DewDrop Diffuser


2. Deerma Dem F-330 Air Humidifier Aroma Air Purifier

 

Menggunakan teknologi ultrasonik yang senyap dan tanpa menghasilkan bunyi bising. Pelembap udara ini mampu menghasilkan kesegaran dan kelembapan pada persekitaran ruangan rumah anda. Udara rumah anda akan lebih bersih, bebas dari kuman pembawa penyakit. Keluarga anda akan terpelihara daripada jangkitan virus seperti selesema, batuk dan kekeringan pada kulit. Ia mempunyai fungsi auto shut off mengikut tetapan masa yang anda tentukan. Amat sesuai untuk ruangan rumah, bilik dan pejabat.

Baca dan lihat ulasan mengenai Deerma Dem F-330 Air Humidifier Aroma Air Purifier


3. White Factor Humidifier

 

Alat pelembap udara yang menyingkirkan bakteria dan virus yang bertebaran di udara dengan pantas. Ia tidak mengandungi bahan kimia, bersifat tidak toksik dan mesra alam. Alat ini boleh ditetapkan dan akan berfungsi mengikut tiga peringkat masa. Dihasilkan menerusi teknologi ultrasonik dan senyap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Didatangkan dengan saiz 1.6 liter dan sesuai untuk ruangan antara 20-30 cm persegi.

Baca dan lihat ulasan mengenai White Factor Humidifier


4. Butterfly Design Ultrasonic Humidifier Fresh Air Cleaner With No Noise

Alat pelembap udara ini dicipta dengan fungsi 4 dalam 1.Selain meningkatkan kualiti kelembapan udara, ia juga berfungsi sebagai pewangi, pembersih udara dan penghalau nyamuk. Sangat sesuai diletakkan dalam bilik untuk dinyalakan semasa tidur. Ia didatangkan dengan saiz 2.2 liter – 2.5 liter. Terdiri daripada beberapa pilihan warna. Antaranya biru, pink dan putih.

Baca dan lihat ulasan mengenai Butterfly Design Ultrasonic Humidifier Fresh Air Cleaner With No Noise


5. Beurer LB 44 – Air Humidifier

Meningkatkan kualiti kelembapan udara pruang rumah anda secara optimum menerusi teknologi ultrasonik. Ia menjimatkan penggunaan tenaga, tidak menghasilkan bunyi bising dan bekerja secara efisien dimana akan dimatikan secara automatik mengikut tetapan. Ia menghasilkan aroma yang menyegarkan. Mempunyai fungsi indikator lampu LED yang akan memberikan isyarat apabila tahap cecair berkurangan.

Baca dan lihat ulasan mengenai Beurer LB 44 – Air Humidifier


6. Beurer LB 88 – Air Humidifier – Black

Memastikan ruangan rumah, bilik atau pejabat anda terpelihara dari bakteria dan virus yang tidak kelihatan. Ia menggunakan teknologi pemanasan air menerusi nebulisasi ultrasonik. Pemanasan air boleh dilakukan secara 3 peringkat. Beroperasi senyap dan akan dimatikan secara automatik mengikut tetapan masa. Tanki airnya boleh dibuka dan ditukar dengan mudah.

Baca dan lihat ulasan mengenai Beurer LB 88 – Air Humidifier – Black


7. Home Office Ultrasonic LCD Air Purifier Humidifier Aroma Diffuser

Mempunyai skrin paparan LCD yang memaparkan setiap penetapan fungsi secara lebih jelas. Selain bertindak sebagai pelembap udara, ia juga sebagai pewangi ruang rumah, pejabat, bilik air dan di mana sahaja yang sesuai. Mempunyai kapasiti 2.5 liter yang mampu bertahan lebih lama. Masa kerjanya boleh ditetapkan 1, 2,4 dan 8 jam.

Baca dan lihat ulasan mengenai Home Office Ultrasonic LCD Air Purifier Humidifier Aroma Diffuser


8. Aroma Essential Oil Diffuser Air Humidifier 1508S Color Changing Light

Alat pelembap udara yang menyala seperti lampu meja apabila dipasangkan. Amat sesuai untuk persekitaran yang malap seperti bilik tidur anda. Namun begitu kapasiti airnya hanyalah 100 ml sahaja. Mempunyai pelbagai pilihan warna antaranya merah, pink, kuning, hijau dan putih. Berfungsi secara senyap. Nyalaan lampunya yang berubah secara automatik mampu membangkitkan imaginasi dan mood anda ketika berada berhampiran dengannya.

Baca dan lihat ulasan mengenai Aroma Essential Oil Diffuser Air Humidifier 1508S Color Changing Light


9. Young Living Rose Home Diffuser

 

Ideal untuk diletakkan dalam ruangan pejabat dan bilik air. Saiznya yang kecil dan comel mempunyai kapasiti 125 ml. Selain berfungsi menyingkirkan udara kering, ia juga bertindak sebagai pewangi dan pembersih udara yang efisien. Menerusi teknologi ultrasonik, ia bekerja secara senyap tanpa menghasilkan bunyi bising.

Baca dan lihat ulasan mengenai Young Living Rose Home Diffuser


10. Wooden Grain USB LED Light Ultrasonic Cool Mist Aromas Humidifier Air Diffusers Fragrances

Alat pelembap udara yang unik yang dihasilkan dari material kayu dan plastik. Ianya amat sesuai bagi mereka yang bercitarasa tinggi dalam senireka hiasan dalaman. Mempunyai kapasiti pengisian air 130 ml. Anda boleh menyambungkan kepada punca kuasa elektrik atau melalui wayar USB. Sesuai untuk penggunaan dalam rumah dan ketika mengembara.

Baca dan lihat ulasan mengenai Wooden Grain USB LED Light Ultrasonic Cool Mist Aromas Humidifier Air Diffusers Fragrances

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...