Masih memikirkan apa yang mahu dimasakkan untuk juadah berbuka atau juga juadah untuk bersahur nanti? Jika anda mahukan sesuatu yang mudah dan senang untuk dimasak, apa kata anda cuba resepi-resepi yang kami senaraikan di sini. Kesemua resepi ini menggunakan bahan utama iaitu kicap cap Kipas Udang yang disukai ramai dek kemanisannya yang berlemak dan menambah rasa kepada masakan.
Kesemua resepi ini mengambil masa kurang daripada 30 minit untuk disediakan. Masakan ringkas yang enak dimakan bersama sepinggan nasi putih panas.
Table of Contents
Ayam masak kicap berkuah
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang putih
- 10 tangkai cili padi
- 2 ketul ayam daging (potong sederhana)
- 1 ketul Bunga lawang
- 3 ketul cengkih
- 1 ketul kecil kayu manis
- 2 buah pelaga
- Kicap
- Garam secukup rasa
Cara masak:
Gaulkan ayam dengan kunyit kemudian goreng separuh masak dalam kuali berasingan. Masukkan sedikit minyak dan kemudian tumis cili, bawang putih, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan pelaga sehingga naik bau. Masukkan bawang dan gaul rata dengan bahan yang ditumis buat seketika. Selepas itu, masukkan kicap dan sedikit air. Tambah garam untuk secukup rasa. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sehingga semuanya sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Telur masak kicap blackpepper
Bahan bahan:
- 4 biji telur goreng mata
- 4 sudu makan kicap lemak manis
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 biji bawang besar Holland
- 1 tangkai cili hijau
- 3 tangkai cili padi merah
- 1 sudu kecil serbuk MAGGI Cukup Rasa
- Sedikit air
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
Cara cara:
Pertama sekali panaskan minyak yang banyak dalam kuali untuk menggoreng telur mata. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng telur. Goreng dengan api besar, goreng dan angkat dengan cepat.
Mula mula panaskan minyak yang banyak dalam kuali untuk menggoreng telur mata. Jika tidak menggunakan kuali non-stick, masukkan sedikit garam supaya ianya tidak melekat.
Tumiskan bawang besar Holland, bawang besar serta bawang putih. Masukkan kicap, air secukupnya, serbuk MAGGI, cili serta serbuk lada hitam. Tambahkan telur yang telah digoreng dan siap.
Kueytiau goreng
Bahan-bahan:
- Kueytiau
- isi ayam
- bawang putih dan halia
- Sos tiram
- Kicap manis Kipas Udang
- Campuran sayur lobak, kucai dan taugeh
- 1 biji telur
- sedikit minyak bijan
- serbuk perisa ayam
Cara-cara:
Tumiskan bawang putih serta halia. Masukkan isi ayam, telur, sos tiram dan kicap manis cap Kipas Udang. Kemudian, tambahkan kueytiau yang telah dibasuk dan ditoskan dan kacau seketika. Tambahkan minyak bijan dan taburkan campuran lobak, kucai dan taugeh. Kacau sehingga semuanya sebati dan sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
Tauhu goreng kicap manis
Bahan-bahan:
- 2 biji tauhu-dipotong dadu
- 2 biji telur
- Sos Perapan Ayam Mahsuri
- daun bawang putih
- bawang putih
- bawang besar
- Sos tiram
- Sos kicap manis
- pes cili
- sayur campur
- lada sulah
- Minyak masak
Cara-cara:
Satukan bahan dan goreng hingga masak dan angkat dan ketepikan buat seketika. Tumiskan bawang putih,bawang merah bersama pes cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau rata, angkat dan tuangkan sos ke atas tauhu telur yang telah digoreng dan sedia untuk dihidang.
Ikan masak kicap
Bahan-bahan:
- ikan kembung
- sudu serbuk kunyit
- garam
- biji bawang merah
- ulas bawang putih
- halia
- bawang besar
- kicap
- sos tiram
- air
- lada hitam
Cara-cara:
Bersihkan ikan dan kemudian gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sehingga garing dan toskan minyak. Kisar semua bawang merah dan putih serta halia. Tumiskan bahan kisar ini sehingga naik bau wangi. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau sehingga sedikit layu. Langkah seterusnya adalah tambahkan air, kicap, sos tiram dan lada hitam dan kacau sehingga sos mendidih. Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau buat seketika agar ianya sebati.
Daging masak kicap
Bahan bahan:
- Daging yang dilumur garam dan kunyit
- Bawang besar
- Cili merah
- Minyak
- Cuka
- Kicap lemak manis Kipas Udang
Cara cara:
Rebus daging dalam kuali dengan air secukupnya sehingga daging empuk dan air kering. Jika belum empuk, tambah air. Apabila air sudah kering, tuang minyak masak secukupnya dan goreng seketika sehingga agak keperangan. Kemudian, masukkan cuka dan kicap secukupnya dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau sehingga bawang menjadi layu dan daging masak kicap anda sedia untuk dihidang.