Description
Mu’min B’Sugi adalah produk baharu yang terdiri daripada gel konsentrasi dengan lebih 90% ekstrak Kayu Sugi asli yang dihasilkan dengan teknologi dan inovasi terkini. Mu’min B*Sugi adalah produk pertama di dunia yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan penggunaan kayu sugi bagi memudahkan umat Islam bersugi. Kebaikan dan khasiat Mu’min B*Sugi yang lain adalah termasuk:
· Mengelakkan pereputan gigi
· Menguatkan gusi
· Menghindari bau nafas
· Menyegarkan mulut
· Membersihkan gigi dan mulut
Mu’min B*Sugi dijual di dalam pembungkusan 15ml dan 40ml yang mudah dibawa ke mana-mana dan digunakan pada bila-bila masa. Satu lagi produk bermutu daripada Al-Meswak Mu’min Sdn. Bhd., Mu’min B*Sugi selamat jika tertelan.
Sebelum bersugi, mulakanlah dengan niat untuk mengikut sunnah, moga ianya beroleh fadhilat dan pahala. Jadikan bersugi sebagai amalan harian kita mengikut Sunnah Rasulullah SAW.
Cara Penggunaan
Picitkan Mu’min B’Sugi pada hujung jari.
Sapukan pada gigi dan gusi dengan menyeluruh.
Kumur dan mulakan wudhu seperti biasa.
Sekiranya menggunakan MU’MIN B’Sugi ketika waktu biasa bukan sebelum wudhu’ pengguna boleh membiarkannya tanpa berkumur. MU’MIN B’Sugi akan menyerap dan memberikan kesegaran kepada mulut
We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...