Pusat Penjagaan Berpantang Mesra (Mesra Confinement Centre) menjadi lokasi pilihan ibu baru bersalin di Melaka dan kawasan sekitar untuk penjagaan yang berkualiti dengan dengan keselesaan yang optimum. Seperti namanya, perkhidmatan yang ditawarkan kepada para ibu dan bayi bukan sahaja mesra dan selamat malah mengikuti segala aspek berpantang cara moden mahupun tradisional.

Pusat jagaan ibu berpantang yang turut disenangi pelanggan Muslim menawarkan bilik suite peribadi dilengkapi tandas untuk kegunaan yang selesa. Para ibu juga dijamu dengan makanan bernutrisi dan seimbang di samping sokongan berupa nasihat dan panduan menyusu badan oleh pakar laktasi yang berpengalaman dan bertauliah.

Dari segi keselamatan, para ibu dan bayi diawasi sepanjang masa oleh kakitangan bertugas dengan perkhidmatan penjagaan bayi baru lahir sepanjang masa dan pengawasan ketat 24 jam. Ibu-ibu di Pusat Penjagaan Berpantang Mesra dijaga sebaiknya oleh pakar penjagaan berpantang profesional yang menawarkan khidmat rawatan berpantang yang sesuai dengan keadaan ibu, khususnya mereka yang bersalin menerusi kaedah pembedahan (C-section).

Pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan mengenai asuhan dan penjagaan bayi disediakan termasuk senaman pelvik oleh pakar penjagaan agar para ibu kembali sihat dan aktif sekaligus segera pulih dari kesan selepas melahirkan bayi.

0.0

(0 Reviews)

5 stars
4 stars
3 stars
2 stars
1 stars

We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...

Leave a review