Bukan mudah melalui penjagaan berpantang, apatah lagi bagi ibu-ibu yang memilih untuk berada di rumah kerana perlu menguruskan rumah dan anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Sebagai mengatasi dan memberi penyelesaian ‘dalam rumah’ untuk ibu baru bersalin, Khidmat Rawatan Dan Penjagaan Ibu Berpantang Serta Bayi Mami Confinement Care (MCC) menawarkan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang dan bayi secara menginap di rumah pelanggan.
Perkhidmatan yang disediakan oleh ‘Confinement Lady (CL)’ berpengalaman dan terlatih dari MCC ini akan menjaga dan mengurus ibu berpantang serta bayi mengikut pilihan pakej dan bilangan hari yang mana tertakluk kepada bersalin normal (bermula antara hari ke-4 hingga ke-6) atau pembedahan (ceaser) (bermula selepas hari ke-7 dan ke atas). Pelanggan boleh memilih khidmat penjagaan berpantang dari Pakej Permaisuri, Tulip atau Rose dan semua penjagan ini turut merangkumi memasak masakan pantang, urutan badan, mandian herba, bertungku, bersauna, memakaikan bengkung, param, pilis, tapel dan melulur badan serta bertangas. CL juga akan menjaga bayi dengan memandikan, mengurut dan tuam badan. Sebagai tambahan untuk meringankan beban si ibu, CL akan turut membuat kerja-kerja rumah yang asas seperti mengemas rumah dan mencuci pakaian ibu dan bayi.
Sebarang tempahan dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin.
MCC dilengkapi dengan produk makanan ibu berpantang seperti serunding halia, bawang merah goreng, bawang putih goreng dan produk rawatan berpantang agar penjagaan ibu berpantang dan bayi baru lahir sempurna dan memuaskan.
We are checking your review. This could take a few seconds, please wait...