Orang kata kecantikan wanita akan semakin terserlah apabila memasuki fasa usia 30-an. Pada usia ini, wanita yang benar-benar menjaga penampilan dengan perhiasan serta dandanan yang ringkas dan sepadan serta mengekalkan bentuk badan dengan senaman akan kelihatan semakin anggun berbanding wanita 20-an. Dalam meniti usia 40-an pula, apa yang perlu mereka kekalkan adalah membina keyakinan diri. Maka kecantikan dalaman akan terserlah meskipun usia semakin menginjak ke fasa emas. Memang bukan mudah untuk wanita kekal cantik di usia 40-an. Mungkin anda tidak mampu mempertahankan kecantikan luaran sepenuhnya. Namun kecantikan dalaman adalah penentu segalanya.

Bagi wanita yang sedang meniti fasa 40-an, amalkan tips kecantikan dalaman dan luaran ini dari sekarang supaya orang yang melihat anda sedar bahawa usia hanyalah satu peningkatan usia. Diri andalah penentu segalanya.

1.Kekal Aktif & Sihat

Wanita yang sentiasa sihat di usia 40-an adalah wanita yang sentiasa kekal aktif bermula dari sekarang. Memang benar tahap keaktifan dan metabolisma anda semakin menurun dengan peningkatan usia dan itu kekurangan itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa jua.

Namun aktiviti-aktiviti asas seperti berjalan serta melakukan pergerakan senaman asas masih lagi berupaya dilakukan jika anda cukup sihat. Apa yang penting, berusahalah untuk menjaga keaktifan demi kesihatan bermula dari sekarang.

2. Jaga Kesihatan Mata

Dengan mata anda dapat melihat segala yang ada di depan mata. Dengan mata anda dapat melihat nikmat dunia. Jaga kesihatan mata anda bermula dari sekarang dengan mengamalkan petua penjagaan mata. Antaranya menjaga pemakanan seperti melebihkan makan sayuran dan buah-buahan, tidak merokok, tidur yang secukupnya, memakai cermin mata hitam untuk mengelakkan sinaran UV serta tidak mengadap skrin komputer atau gajet terlalu lama.

Eye Glo Regular

 

3. Jaga Kesegaran & Kelembapan Kulit

Amalan penjagaan kulit perlu dimulakan dari peringkat awal semasa usia masih muda. Segala nutrien kulit yang dibekalkan untuk kulit menjadi makanan utama pembentukan sel-sel kulit. Kulit yang segar dan lembap diperolehi daripada vitamin yang bersumber dari makanan sihat. Selain itu, ia juga dibantu dari penggunaan produk penjagaan yang betul.

Serum anti penuaan, krim pelembap, losyen serta minyak zaitun adalah antara produk penjagaan yang membantu mengekalkan kesegaran dan kelembapan kulit bagi wanita berusia 40-an.

4. Keyakinan Adalah Kunci Kecantikan

Pada usia 40-an, keyakinan diri mengatasi kecantikan luaran yang semakin terbatas disebabkan faktor usia. Namun, semangat dan keyakinan diri sukar dibataskan oleh apa jua faktor kehidupan.

Dengan keyakinan, wanita boleh mengatakan ‘Tidak!’ kepada segala cetusan negatif yang sering mempengaruhi kehidupan seharian.  Wanita yang telah melalui selama 4 dekad dalam kehidupannya seharusnya lebih yakin berhadapan segala cabaran berdasarkan pengalaman hidup yang panjang. Anda akan dapati wanita yang mempunyai aura keyakinan yang tinggi pada usia 40-an mampu mempengaruhi individu di sekelilingnya.

5. Banyakkan Minum Air Putih & Teh Hijau

Air putih dan teh hijau mampu membuang toksin dalam badan. Air putih yang diminum cukup sekurang-kurangnya 8 gelas sehari membantu melancarkan peredaran darah serta pengeluaran toksin dari badan.

Begitu juga dengan teh hijau. Ia bertindak sebagai antioksida, pembakar lemak serta berupaya meningkatkan metabolisma badan. Teh hijau juga dikatakan mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser di kalangan wanita seperti kanser payudara.

Di usia 40-an, semakin banyak perkara yang kita sukar ingati dan hafal. Risiko menghidapi alzheimer atau defisit yang berlaku pada otak menyebabkan kesukaran mengingat serta nyanyuk juga mampu dikurangkan dengan amalan meminum teh hijau.

6. Berpuasa Dari Makanan Manis

Cara mudah untuk menjaga kesihatan badan ialah dengan mengurangkan pengambilan gula. Amalkan berpuasa dari pengambilan makanan bergula antara 2 ke 3 hari dalam seminggu mulai sekarang.

Bantu organ hati badan anda menjalankan kerja pembersihan dan penyingkiran toksin dengan mengurangkan pengambilan gula. Organ hati bertanggungjawab menjalankan pelbagai tugas bagi melancarkan fungsi sistem tubuh badan manusia.

Apabila usia memasuki 40-an, banyak penyakit dalam badan berlaku berpunca daripada kegagalan fungsi organ hati. Antara penyakit yang berpunca dari masalah hati ialah kencing manis, hepatitis, tekanan darah tinggi serta kolestrol tinggi dalam badan.

7. Kurangkan Angkat Berat

Jaga kaki dan tulang belakang mulai sekarang. Kaki dan tulang belakang penyokong utama keseimbangan tubuh badan. Dengan kaki yang sihat anda boleh berjalan. Dengan tulang belakang yang kuat, ia menyokong berat badan anda untuk melakukan sebarang aktiviti.

Wanita tidak digalakkan mengangkat benda-benda berat kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada tulang belakang. Kecederaan tulang belakang sukar untuk dirawati dan memakan masa.

Tulang wanita tidak sama seperti lelaki dimana tahap kerapuhan tulang wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Tulang wanita mempunyai tahap ketumpatan yang kurang berbanding lelaki. Faktor ketumpatan¹ tulang wanita ini mungkin salah satu punca mengapa wanita sering mengalami masalah penyakit tulang apabila memasuki usia 40-an. Antara penyakit tulang yang sering dialami wanita ialah osteoporosis.

Jaga postur badan dan tulang belakang supaya tidak membongkok. Tidur di atas tilam serta bantal yang selesa untuk memastikan postur tulang belakang terpelihara.

8. Jaga Keanjalan Payudara

Perubahan payudara sangat ketara apabila memasuki usia 40-an. Payudara tidak lagi kelihatan tegang malah semakin kendur. Keadaan ini disebabkan lemak telah mengambil alih dan berkumpul pada tisu payudara.

Wanita sering bertanya bagaimana mengelakkan payudara kendur apabila usia meningkat. Tiada kaedah terbaik mengelakkan payudara kendur kecuali melalui pembuangan lemak dan pembedahan.

Namun anda boleh mengamalkan postur badan yang baik semasa duduk dan berdiri mulai dari sekarang. Selain itu, pastikan pemilihan coli disesuaikan mengikut bentuk dan keselesaan payudara. Pilihan coli yang tepat amat penting dalam menyokong payudara dan tulang belakang.

9. Tangani Stres & Depresi

Simptom stres dan depresi² selalu lewat ditangani oleh kebanyakan wanita pada hari ini. Memandangkan penyakit stres dan depresi berpotensi dihidapi sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan keturunan, maka wanita yang memasuki usia 40-an perlu sentiasa berjaga-jaga.

Awasi tanda-tanda penyakit stres dan depresi. Antara simptomnya ialah seseorang mengalami rasa takut, bimbang, cemas dan sedih secara berlarutan tanpa menunjukkan tanda-tanda sembuh. Selain itu, ia menyebabkan berlaku perubahan sikap seperti hilang tumpuan, hilang minat terhadap kehidupan, hilang selera makan, kurang bertenaga, murung dan sebagainya.

10. Berurut Di Pusat Rawatan Spa

Wanita dianggap lebih prihatin terhadap penjagaan diri apabila melakukan rutin kecantikan dan urutan di spa. Kebanyakan rawatan kecantikan boleh dilakukan di rumah melalui pelaburan kosmetik dan produk kecantikan. Namun untuk mendapatkan urutan yang selesa, anda perlu mengunjungi spa terutama apabila usia memasuki 40-an.

Dengan berurut di spa, anda boleh melonggarkan otot-otot badan yang membuatkan anda rasa lebih releks. Badan juga akan terasa lebih ringan selepas berurut.

11. Perhubungan Seks Secara Teratur & Berterusan

Kita sering mendengar masalah wanita kurang berminat melalukan seks dengan pasangan apabila umur meningkat ke 40-an. Nasihat bagi wanita yang memasuki fasa usia 4 dekad dan sudah berkahwin, teruskan menikmati perhubungan seks secara konsisten dan teratur dengan pasangan. Kajian mendapati wanita yang menikmati perhubungan seks walaupun telah meningkat usia kelihatan lebih muda, ceria, positif dan kurang risiko depresi.

Rujukan :

[1] Males have larger skeletal size and bone mass than females, despite comparable body size.

[2] What Are the Causes and Symptoms of Depression?

Pilihan Editor :

SellinCost Upgraded HM615 Iron Spinning Bicycle Slim Cycling Exercise Bike