Kanak-kanak zaman sekarang tak ubah seperti orang dewasa. Mereka sentiasa sibuk dengan tanggungjawab dan tugas yang perlu dilakukan! Sama ada berada di tadika atau sekolah rendah, kanak-kanak mempunyai pelbagai aktiviti dari kokurikulum hinggalah ke masa bermain – mereka juga sibuk sama seperti ibu bapa mereka.

Bagi memastikan anak anda sentiasa sihat dan cergas untuk berlari, belajar dan bermain dengan aktif, mereka memerlukan pemakanan yang betul. Pada tahun-tahun awal ini, pemakanan yang betul sangat penting bagi tumbesaran anak anda. Ini termasuk berat dan ketinggian badan; pembinaan tulang, otot dan gigi yang kuat; dan perkembangan otak, sistem saraf dan psikologi yang sihat.

Foto: planetamend.com

Pemakanan yang baik membantu anak anda membesar dengan sihat dan sempurna, dan mencapai potensi penuh mereka, sama ada semasa bermain atau belajar. Ia juga memberi perlindungan apabila anak anda mendapat selesema atau jangkitan lain dan mempercepat penyembuhannya.

Namun, langkah memastikan anak anda mengambil makanan yang betul bermula daripada anda. Anda perlu berusaha mempelajari amalan pemakanan yang baik, khususnya jenis dan kuantiti makanan yang patut diberikan. Untuk berfungsi dengan sebaik mungkin dan memastikan anak anda sentiasa riang sepanjang zaman tumbesarannya, dia memerlukan tenaga secukupnya. Tenaga ini diperoleh daripada makanan berkhasiat yang anda pilih untuk mereka.

Memilih pemakanan yang betul

Pemakanan yang betul bermakna, memberi anak anda makanan yang betul dalam kuantiti yang betul dan pada masa yang betul. Tiga faktor penting yang perlu diingati tentang makanan dan pemakanan adalah:

1. Makanan yang berlainan membekalkan nutrien yang berlainan, dan dalam kuantiti yang berlainan

2. Tiada satu pun makanan yang boleh memenuhi segala keperluan pemakanan anak anda

3. Pelbagai jenis makanan diperlukan untuk memastikan anak anda mendapat nutrien harian yang diperlukan

Nutrien utama

Karbohidrat diuraikan menjadi glukosa, bahan bakar yang diperlukan oleh tubuh kecil (dan otak) anak anda. Sumber karbohidrat termasuk nasi, mi, dan bijirin.

Protein diperlukan untuk membaiki dan menggantikan tisu apabila anak anda terluka di tangan,lutut atau kaki. Ia juga membina otot agar anak anda dapat bangun dengan cepat apabila terjatuh. Sumber protein termasuk ikan, daging, susu dan produk susu. Produk susu juga kaya dengan kalsium (untuk tulang yang kuat). Jadi, pastikan anak anda minum susu secukupnya setiap hari.

Foto: BBC Good Food

Lemak membekalkan tenaga dan asid lemak perlu yang diperlukan. Ingatlah, bukan semua lemak tidak sihat, melainkan jika diambil secara berlebihan. Diet yang seimbang dan meliputi pelbagai jenis makanan membekalkan jumlah lemak yang diperlukan oleh anak anda.

Vitamin dan zat galian penting kerana ia memainkan peranan khas dalam fungsi tubuh dan membantu dalam sistem pertahanan badan.

Membuat pilihan yang sihat

Sama ada sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam atau snek, pilihan makanan yang sihat memainkan peranan penting supaya anak-anak sentiasa cergas dan bertenaga. Pastikan mereka makan setiap kali tiba waktu makan kerana setiap sajian membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan.

Cubalah idea berikut untuk memastikan anak anda mendapat pelbagai jenis makanan dan segala nutrien yang memberi uumph untuk membolehkan mereka berkelakuan seperti kanak-kanak.

Setanding dengan arus kemodenan negara,masyarakat masa kini sering terdedah dengan pelbagai jenis penyakit kronik yang menjurus ke arah kematian. Oleh itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut. Pengambilan pemakanan yang sihat dalam kalangan generasi muda , terutama sekali kanak kanak merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi mengurangkan risiko penyakit merbahaya ini pada masa akan datang. Pelbagai tips serta kaedah haruslah dilakukan agar anak anak boleh menikmati makanan yang sihat dan seimbang.

Foto: Positive Parenting

Tumpuan terhadap pemilihan makanan yang berkhasiat haruslah diberikan oleh ibu bapa kepada anak anak masa kini. Anak anak haruslah digalakkan agar memilih makanan berkhasiat semasa di kantin sekolah, di rumah dan sebagainya. Pemilihan makanan seperti buah buahan, sayur sayuran serta makanan yang diperkaya dengan nutrien dan bijirin penuh sangat baik untuk tumbesaran anak anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah mendidik mereka agar sentiasa memilih makanan berkhasiat seperti buah buahan sebagai snek harian bagi menggantikan makanan ringan seperti keropok dan gula gula.

Kanak-kanak memerlukan protein, karbohidrat, lemak, vitamin, dan mineral untuk membesar. Jika ada masa, boleh baca artikel kami sebelum ini yang membincangkan tips pemakanan yang sihat untuk kanak-kanak. Ini contoh makanan kanak kanak yang sesuai.

1. BUAH-BUAHAN

Buah-buahan membekalkan serat, vitamin dan mineral penting. Buah beri (seperti blueberry, raspberry, blackberry) adalah yang terbaik kerana ia melindungi daripada penyakit jantung, kencing manis, memperbaiki fungsi otak dan mengurangkan lemak yang tidak diingini.

Foto: Amanda’s Childcare

Oren adalah sumber yang sangat baik untuk vitamin C. Campurkan buah-buahan yang berlainan warna dan membuat ‘smoothie‘ dalam mangkuk anak anda yang mempunyai warna yang menarik.

Namun, tidak perlu tampak seperti ‘Mat Salleh‘ sangat. Buah-buahan tropika juga amat bagus untuk anak kita. Buah-buahan tempatan seperti belimbing, pisang, tembikai dan lain-lain juga sesuai. Mana-mana buah-buahan adalah baik untuk anak anda.

2. SAYUR-SAYURAN

Cuba selitkan diet anak anda dengan sayuran. Tomato mempunyai ‘lycopene‘ yang melawan kanser. Untuk cara yang mudah, anda boleh menggunakan sos tomato dalam pasta atau bebola daging. Sayur kobis, brokoli dan lain-lain pula mempunyai phyconutrients, serat dan vitamin.

Foto: parents.com

Anda boleh gaulkan salad ini dalam mangkuk anak anda bersama-sama dengan mayonnaise mengikut kesesuaian. Jika buat sandwic, tambahkan kentang manis. Anda juga boleh pertimbangkan bayam, yang penuh dengan vitamin dan zat besi, dan selasih, penuh dengan antioksidan.

Sekali lagi, nampak seperti ‘Mat Salleh’ sangat? Kalau tekak tak boleh masuk, ajarkan anak makan ulam-ulaman tempatan. Sedap juga!

3. TELUR

Telur adalah sumber protein yang berkualiti tinggi, penuh dengan vitamin D dan antioksidan. Protein membantu dalam membina badan. Manakala vitamin D membantu tubuh untuk menyerap kalsium.

Foto: MomJunction

Antioksidan pula dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV. Telur walaupun dalam kuantiti yang sedikit, dapat mengisi perut anak anda jika diambil dalam sarapan pagi. Untuk vegetarian, tauhu adalah pengganti yang baik untuk telur.

4. IKAN

Ikan adalah sumber protein yang baik dan omega-3 asid lemak yang membantu dalam meningkatkan perkembangan otak dan memberikan kuasa anti-radang. Salmon dan tuna adalah ikan yang sihat dan mesra kanak-kanak di antara banyak pilihan lain. Vegetarian boleh memilih makanan sihat yang lain untuk memenuhi protein dan omega-3 asid lemak keperluan.

Foto: MyMom

Kalau ikan seperti di atas agak mahal, tukarkan dengan ikan tempatan yang lebih murah. Pergi ke pasar pada awal pagi untuk mendapatkan sumber protein yang segar!

5. PRODUK TENUSU

Foto: lifestyle.okezone.com

Protein sangat penting untuk pertumbuhan, dan kalsium, penting untuk tulang yang kuat dan gigi kanak-kanak. Yogurt mengandungi bakteria sihat yang meningkatkan imuniti dan membantu penghadaman.

Keju juga merupakan sumber yang ideal bagi protein. Sekali-sekala, letakkan keju dalam sandwic berserta salad anak-anak anda .

6. KACANG

Kacang menyediakan protein, serat dan kalsium. Kacang adalah sumber zat besi yang berasaskan tumbuhan. Untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan anak-anak anda, boleh makan kacang dengan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti jus lemon atau keledek (juga dipanggil ‘sweet potato’). Untuk lebih kreatif, boleh campurkan kacang dalam sayur-sayuran.

Foto: MomJunction

Mari kita ajar anak-anak kita untuk makan makanan yang sihat pada usia lebih awal. Maka akan menjadi lebih mudah untuk bagi mereka memahami kepentingan kesihatan dan pemakanan pada masa akan datang. Tidak akan timbul lagi soal anak cerewet makan dan asyik memilih makanan. Juga boleh baca tips picky eater dari MayoClinic.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah bagi mendidik anak anak memakan makanan sihat dan seimbang. Sesuai dengan cogan kata “tiada kebahgiaan jika tiada kesihatan, tiada kesihatan jika tiada makanan sihat”. Ibu bapa haruslah menekankan kebaikan makan makanan berkhasiat dalam kalangan anak anak masa kini agar kesihatan lebih terjamin serta dapat membentuk generasi yang berkualiti pada masa akan datang.