Peralatan Memasak
• Kuali • Periuk • Cawan
• Pinggan • Mangkuk
• Acuan agar-agar • Acuan aiskrim
• Batang aiskrim

Bahan-bahan

½ cawan sagu
• 2 cawan air
• 8 sudu besar susu tepung penuh krim Fernleaf
• 3 cawan air
• 1 cawan gula Melaka
• ½ sudu teh serbuk Cardomom
• Secubit safron (pilihan)
• 1 sudu besar minyak sapi
• ¼ cawan kacang gajus
• 1/3 cawan kismis
• 10g serbuk agar-agar

Cara Penyediaan

Payasam Gula Melaka
Langkah 1:
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukkan kacang gajus dan kismis. Goreng sekejap hingga kacang dan kismis berwarna keperang-perangan. Keluarkan dari periuk dan ketepikan.
2. Dalam periuk lain, rebus sagu dalam air sehingga masak atau bertukar jernih.
3. Campurkan susu, gula Melaka dan serbuk Cardomom dalam periuk yang berisi sagu.
4. Masukkan safron (pilihan) ke dalam periuk, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan pekat.
5. Masukkan kacang gajus dan kismis. Siap.

 

Puding Payasam
1. Ikut langkah 1.
2. Teruskan kacau dan masukkan serbuk agar-agar.
3. Kacau lagi sehingga Payasam pekat. Alihkan peiuk dari dapur.
4. Biarkan sebentar Payasam menyejuk sebelum memasukkan sedikit demi sedikit masakan tadi ke dalam acuan agar-agar.
5. Letakkan di dalam peti sejuk sehingga puding keras. Hidangkan bersama kacang gajus dan kismis.

 

 

 

Aiskrim Payasam
1. Ikut langkah 1.
2. Masukkan safron (pilihan) dan teruskan mengacau hingga Payasam pekat.
3. Alihkan daripada api dan biarkan Payasam sejuk.
4. Bahagikan kacang gajus dan kismis sama banyak ke dalam acuan aiskrim
5. Penuhkan acuan dengan payasam dan sejukkan di dalam peti sejuk beku.
6. Boleh dihidangkan setelah betul-betul beku.