BRRRRR….PRRRRRR….BORRRRR….GRRRR…

Semua dalam bilik mesyuarat terdiam dan pandang ke arah Salmah sambil tersenyum. Bos Salmah bergerak perlahan-lahan ke arah makanan dan letakkan sepinggan kuih di depan Salmah. Kemudian tergelak semua orang.

Bunyi perut Salmah kuat sungguh. Segan Salmah dibuatnya. Nasib baiklah bos dan rakan sekerja Salmah semuanya memahami.

Sejak berbadan dua, Salmah sedar Salmah perlu tukar makanan yang kebiasaannya Salmah makan ketika tidak mengandung. Kerana reaksi perut Salmah pada makanan-makanan tersebut agak berbeza dan membuatkan perut Salmah berangin dan memulas bila-bila masa.

Namun bukan mudah untuk masak makanan yang sedap dan sihat mengikut pantang-larang untuk seorang ibu mengandung. Kalau ikutkan selera asal ketika masih bujang, memang semua jenis makanan kita nak rasa.

Tapi sekarang dengan perut membunting, kalau tersalah makan, bukan saja boleh memudaratkan ibu yang sedang mengandung malahan akan memudaratkan bayi di dalam kandungan si ibu. Kerana apa? Kerana apabila mengandung, imuniti badan kita akan menjadi lebih lemah dari biasa. Jadi kalau kita keracunan makanan, pelbagai akibat perit yang merisikokan nyawa kita dan anak kandunan kita iaitu keguguran, kelahiran bayi pra-matang atau kematian bayi ketika kelahiran. Tidak lagi seperti zaman bujang di mana kesannya hanyalah sakit perut sahaja.

Apakah MAKANAN DAN MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH IBU MENGANDUNG?

  • Ikan, daging dan telur mentah dan separuh masak. Jadi sushi dan steak medium rare adalah a ‘big-no’! Sushi? Boleh! Tapi hanya dengan topping yang masak sepenuhnya! Salmon mentah dan apa saja yang mentah, sila elakkan!
  • Makanan yang berasaskan keju mentah dan susu tidak berpastur
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibasuh dengan betul
  • Minuman berkafein seperti kopi dan the
  • Minuman beralkohol
  • Minuman bergas
  • Organ dalaman haiwan seperti hati, paru, perut dan sebagainya
  • Makanan tambahan yang berasaskan vitamin A
  • Kekacang
  • Minuman penambah energy seperti Red Bull

Wah, nampaknya semua makanan sedap tidak boleh di makan ketika mengandung. Tapi, janganlah sedih, wahai ibu-ibu! Ini untuk kebaikan anda dan bayi anda juga. Banyak resipi makanan sedap-sedap dan sihat yang boleh anda masak sendiri atau minta tolong suami masakkan.

Terutamanya berasaskan TOMATO.

Tomato mampu membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi untuk menampung keperluan tubuh sepanjang tempoh kehamilan. Antara khasiat tomato untuk ibu mengandung adalah :

  • Penuh dengan keperluan nutrisi
  • Lancarkan proses pencernaan
  • Mengatasi masalah kehamilan
  • Redakan kekejangan kaki
  • Tingkatkan imunisasi tubuh
  • Cegah pendarahan
  • Cantikkan kulit

Jom kami kongsi dengan anda RESIPI SEDAP DAN SIHAT BERASASKAN TOMATO 😉

 

BEBOLA DAGING TOMATO SOS

Bahan-bahan

300g daging cincang

1 biji telur, dipukul

½ sudu teh serbuk lada hitam

½ sudu besar minyak sayur

1 biji bawang saiz sederhana, dicincang halus

1 biji tomato dicincang

100ml air

Cara Masakan

  1. Gaulkan daging cincang, telur dan lada hitam sekaligus dalam mangkuk saiz besar menggunakan tangan anda
  2. Gulungkan campuran ini dalam tangan anda dan bentukkan jadi 12 bebola kecil
  3. Panaskan minyak di dalam kuali menggoreng dan tumis bawang bersama bebola daging tadi sehingga menjadi warna keperangan
  4. Tambahkan tomato dan air, renehkan selama 30 minit
  5. Hidangkan bersama kentang lenyek dan brokoli rebus

 

PASTA TOMATO DAN TUNA

Bahan-bahan

2 sudu teh minyak sayur

1 biji bawang saiz sederhana, dicincang halus

1 biji halia, dicincang halus

1 ½ tomato saiz besar di cincang bersama herba

1 sudu the gula

250g pasta berbentuk panjang

1 ½ tin tuna

 

Cara Masakan

  1. Panaskan minyak dalam periuk sos dan tumis bawang sehingga lembut
  2. Tambahkan halia yang dicincang dan masak untuk beberapa minit
  3. Tambahkan gula dan tomato yang dicincang, naikkan sedikit api dan tutup periuk, biarkan kukus
  4. Perlahankan api dan buka penutup periuk, biarkan selama 12 minit
  5. Sementara menanti, boleh rebus pasta mengikut arahan di bungkusan pasta tersebut
  6. Carikkan tuna dengan garpu dan masukkan ke dalam sos pasta serta gaulkan
  7. Buangkan air pasta dan masukkan sos ke dalam pasta, gaulkan perlahan-lahan
  8. Hidangkan bersama salad sampingan seperti tomato, timun dan salad untuk anda mendapatkan zat-zat lain yang sepatutnya bersama pasta yang enak ini

 

TELUR PANGGANG RATATOUILLE

Bahan-bahan

1 terung dipotong dadu

1 bawang putih dipotong dadu

1 zucchini dipotong dadu

1 lada bel merah

2 sudu besar minyak zaitun extra virgin

2 biji halia, dicincang halus

Garam dan lada sulah

1 biji tomato

2 sudu besar daun selasih yang dipotong halus

4 biji telur

Daun pasli segar untuk hidangan

Cara Masakan

  1. Panaskan ketuhar hingga 400ºF (200 ºF)
  2. Masukkan terung, bawang, zucchini dan lada bel ke dalam mangkuk seramik saiz besar
  3. Renjiskan dengan minyak zaitun dan kemudian taburkan halia, garam dan lada.
  4. Untuk pembikinan sos, sasukkan tomato yang sudah dipotong dadu, dan kemudian lenyekkannya di dalam mangkuk seramik yang lebih kecil
  5. Kemudian, letak kedua-dua mangkuk ini di dalam ketuhar dan gaul sehingga sayuran menjadi keperangan dan sos tomato menjadi lebih pekat, selama 35-40 minit
  6. Keluarkan mangkuk-mangkuk ini dari ketuhar dan biarkan selama 5 minit. Biarkan ketuhar terbuka. Tuangkan sos tomato ke sayuran tadi dan gaulkan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Cipta 4 ruang kecil dengan menolak perlahan sos ini menggunakan senduk dan pecahkan telur untuk di masukkan ke dalam ruang-ruang sos itu. Masukkan semula ke dalam ketuhar selama 10 minit sehingga telur-telur tadi kelihatan semakin masak.
  8. Untuk hidangan, taburkan daun pasli ketika masih panas-panas.

 

SUP TOMATO BERSAMA AVOKADO

Bahan-bahan

2 sudu minyak zaitun

3 batang daun bawang dihiris halus

½ sudu teh halia dicincang (dari 1 biji)

4 biji tomato bersaiz medium yang dicincang

½ cawan tomato yang dilenyek dan diperah jusnya

4 cawan jus tomato

¼ cawan daun selasih dicincang halus

Garam dan lada hitam

Avokado yang dipotong dadu

½ Lada bel merah, dihiris halus untuk dihidang

4 hiris limau untuk dihidang

 

Cara Masakan

  1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali sos dengan kepanasan sederhana. Tambahkan daun bawang dan bawang putih, dan masak sehingga lembut selama 2 minit.
  2. Tambahkan jus tomato dan daun basil, naikkan sedikit tahap kepanasan dan biarkan ia mendidih. Kemudian perlahan api dan biar sup direneh sehingga secukup rasa sehingga 15 minit. Tambahkan garam dan lada mengikut citarasa anda.
  3. Tuangkan sup ke dalam mangkuk hidangan, taburkan potongan dadu avokado dan lada bel dan hidangkan bersama hirisan limau. Sup ini juga boleh dihidangkan suam-suam. Boleh juga ditutup dan disimpan sejuk-sejuk dalam peti sejuk untuk dipanaskan bila anda ingin makan. Boleh bertahan sehingga 2 hari.

 

Wah, kami yang membaca pun kecur air liur melihat resipi sedap-sedap dan mudah ini!

Siapa kata mengandung tidak boleh makan makanan sedap, betul tak?

Kami harap resipi-resipi menarik ini dapat membantu menaikkan selera makan anda untuk mengekalkan diet makanan berkhasiat demi kesihatan anda dan anak anda di dalam kandungan anda.

Selamat mencuba!