HomeMalayUmur berapa paling tepat beri anak ‘Solid Food’? Ini penjelasan doktor…

Umur berapa paling tepat beri anak ‘Solid Food’? Ini penjelasan doktor…

Apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan, bermula fasa peralihan untuk si kecil menikmati makanan. Bagi yang baru kali pertama bergelar ibu sudah pasti tiada pengalaman menyediakan makanan buat si comel. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar makanan si kecil sihat dan berkhasiat.

Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat. Sayur dan buah-buahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran.

Buah-buahan seharusnya dikupas kerana dikhuatiri mengganggu pencernaan bayi sebelum dia boleh mencerna dengan baik. Cuci terlebih dulu sebelum buah dikupas atau dipotong. Antara buah yang selamat adalah betik, pisang, epal dan avokado.

Pada usia enam bulan bayi hanya boleh mengambil puri atau bubur. Untuk puri, buah-buahan perlu dikukus atau direbus terlebih dulu. Elakkan merebus terlalu lama kerana ia akan menghilangkan nutrisi makanan.

 

Jika anda merebus sayuran seperti kentang, brokoli dan lobak merah, sebaik-baiknya gunakan air rebusannya untuk mengisar makanan kerana ia mengandung nutrisi (vitamin dan mineral) yang tinggi.

Selepas dikisar pastikan makanan tidak terlalu pekat, sebaik-baiknya buat agak cair kerana si kecil selama ini minum susu ibu sahaja. Lama-kelamaan anda boleh menghidangkan dalam keadaan sedikit pekat secara berperingkat.

Bagi memberikan rasa yang enak, anda boleh memasukkan bawang besar atau putih, jintan secara bertahap. Anda juga boleh memperkenalkan minyak zaitun dalam jumlah yang sedikit.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian setiap kali anda memperkenalkan makanan baru kepada bayi ialah memberinya selama tiga hari, untuk melihat kemungkinan terdapat alahan atau tidak. Jika ya, dengan mudah anda boleh mengetahui bahan penyebabnya dan mengelakkannya.

BAYI MENOLAK MAKANAN

Menjadi kebiasaan apabila bayi anda menolak makanan ketika kali pertama diberikan. Jika ini berlaku jangan berputus asa kerana ia fenomena biasa bagi si kecil.

Sebaiknya anda perlu mencuba memperkenalkan resipi bubur kepada bayi sehingga 10 kali, sebelum memutuskan bayi anda tidak menyukainya. Jika bayi tetap menolak, anda boleh menambahkan bahan makanan yang ‘akrab’ di lidahnya, seperti susu ibu.

Secara bertahap, anda boleh memperkenalkan pelbagai sayuran seperti kentang, lobak merah atau labu ketika membuat makanan si kecil. Daging ayam yang dicincang boleh dimasukkan juga.

CARA MENYIMPAN MAKANAN BAYI

Bagi ibu berkerjaya yang sibuk untuk menyediakan makanan setiap hari anda boleh memasak dalam jumlah yang banyak. Kemudian simpan di dalam bahagian sejuk beku. Masukkan di dalam bekas kecil atau plastik penyimpanan makanan.

Berikan label tarikh dan masa untuk setiap makanan yang dibekukan. Pembekuan makanan tidak akan mengurangkan atau menghilangkan nutrisi malah hidangan lebih selamat daripada pencemaran.

Untuk makluman, bubur sayuran dan puri buah yang dibekukan boleh bertahan selama enam hingga lapan bulan. Sementara bahan berprotein seperti ayam, daging dan ikan tahan satu hingga dua bulan sahaja.

Ketika ingin menyajikannya, makanan beku tidak perlu dipanaskan lagi. Anda boleh memindahkannya ke bahagian bawah peti sejuk selama sehari sebelum menghidangkannya atau sekadar merendamnya di dalam air suam untuk mencairkan kembali dan dimakan pada suhu normal.

 

Nutrisi yang diperlukan bayi pada usia enam bulan

1. Protein

Protein membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Protein diperoleh dari ikan laut seperti ikan salmon, ayam dan daging.

2. Lemak

Lemak berfungsi sebagai sumber tenaga untuk bayi. Lemak yang diperoleh daripada ikan sangat baik untuk perkembangan bayi pada usia enam bulan.

3. Karbohidrat

Karbohidrat adalah sumber tenaga pertama yang diperlukan bagi bayi yang diperoleh daripada susu ibu. Bagi bayi enam bulan, jumlah karbohidrat yang diperlukan adalah 68.8 gram sehingga 89.4 gram. Karbohidrat boleh didapati daripada beras putih atau merah.

4. Vitamin dan mineral

Hampir semua vitamin diperlukan untuk tumbesaran bayi terutama pada usia enam bulan. Vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buah-buahan yang disarankan adalah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.

Umur berapa anak boleh makan solid food?

Masih ramai dalam kalangan ibu yang keliru tentang pemakanan anak yang masih bayi. Ada yang sudah memberikan makanan pejal atau ‘solid food’ kepada anak sebelum mereka mencapai umur 6 bulan lagi. Malah ada yang tidak sarankan untuk memberikan solid food kepada bayi sehingga mereka mencecah umur 6 bulan. Jika anda tergolong dalam kalangan ibu yang masih keliru, apa kata baca penjelasan dari pakar ini. Harap boleh membantu.

BAYI DAN PEMAKANAN

1) Ramai parents fikir memberi anak makan pada usia 6 bulan keatas. Tapi sebenarnya kita boleh mula memberi makan seawal 4 bulan depends pada keadaan bayi tersebut. Adakah ia benar? Boleh Dr explain kan lebih detail mengenai perkara ini?

Saya tidak bersetuju pemberian makanan kurang dari enam bulan. Saya berpendapat pemberian makanan semisolid tidak seharusnya dimulakan terlalu awal. Ini kerana sistem penghadaman bayi belum matang.

Ia bukan saja menyebabkan masalah penghadaman seperti kembung perut, cirit birit, dan sembelit tetapi ia juga menyebabkan masalah sistem perkumuhan seperti ginjal dan hati. American Association of Pediatrician pada 2003 mencadangkan pemberian makanan semisolid pada umur setahun bagi mengelak risiko mendapat alahan pada kulit, dan sistem pernafasan. Ini bermakna lebih lewat (sehingga setahun) lebih baik untuk mengelakkan kemudaratan.Pada saya ibubapa hanya digalakkan memberi makan semisolid pada bayi sebelum berumur setahun jika:

1. Berat badan bayi tidak setara dgn usianya. Contohnya sepatutnya pada usia masa itu berat bayi sepatutnya 6 kg, tetapi bayi hanya berat 4kg saja.

2. Bekalan susu ibu tidak mencukupi. Jika bekalan susu ibu banyak dan ibu tidak bekerja (boleh memberikan susu ibu sekerap mungkin), tidak perlu bg makanan semisolid. Teruskan penyusuan ibu dan makanan semusolid boleh diberikan selepas setahun.

Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Menunggu sehingga usia enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda akan membantu meminimakan risiko reaksi buruk yang tidak dijangka terhadap makanan dan alergi. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi atau alahan terhadap sebarang makanan atau terdapat ahli keluarga anda yang menghidap penyakit seliak (celiac disease), anda perlu lebih berhati-hati. Risiko alahan terhadap makanan dan penyakit seliak akan berkurangan sekiranya proses bercerai susu ditangguhkan sehingga bayi berusia enam bulan.

Jika anda rasa yang bayi anda patut mula mengambil makanan pejal sebelum usia enam bulan, bincanglah dengan pakar pediatrik atau doktor anda terlebih dahulu. Ini amat penting terutamanya jika bayi anda dilahirkan pramatang. 

Namun, jika anda telah membuat keputusan untuk memberi bayi anda makanan pejal sebelum dia berusia enam bulan, ingatlah bahawa ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, seperti makanan yang mengandungi gluten, telur, keju, produk tenusu, ikan, kerang-kerangan dan kekacang.

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan