HomeMalayTV LCD vs LED. Apakah Perbezaan Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli

TV LCD vs LED. Apakah Perbezaan Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli

Jika dahulu kita hanya mampu menonton televisyen melalui resolusi standard seperti SDTV dan kemudian diikuti dengan HDTV iaitu resolusi TV dengan definisi tinggi. Namun kini dengan perkembangan pelbagai saluran penyedia TV satelit seperti ASTRO dan video penstriman online seperti NETFLIX,  Iflix dan HyppTV di Malaysia dan seluruh dunia telah merancakkan lagi perkembangan teknologi televisyen. Paparan TV masa kini terus berkembang dari semasa ke semasa melalui teknologi paparan resolusi video seperti 1080p, 2K, UHD, 4K dan terbaharu resolusi 8K yang seolah-olah tidak pernah berhenti.

Dengan berkembangan teknologi paparan video, teknologi televisyen seluruh dunia turut berkembangan dengan hadirnya pilihan-pilihan peti TV yang begitu canggih. Saiz TV juga semakin besar dan bukan lagi sebuah peti TV seperti zaman datuk nenek kita dahulu.

TV LCD vs LED : Mana Satu Yang Terbaik?

Bagi yang masih setia menonton televisyen di rumah, anda tentunya menginginkan sebuah peti televisyen yang memuaskan untuk ditonton bersama seisi keluarga. Jika diberi pilihan di antara televisyen LCD dan LED, yang mana satukah yang menjadi pilihan hati anda?

Tentu anda belum mempunyai jawapan terbaik untuk membezakan di antara televisyen LCD dan LED. Sebelum menentukan televisyen jenis apakah yang akan anda pilih untuk diletakkan di rumah, ketahui dahulu perbezaan di antara televisyen LCD dan LED. Mana satukah yang terbaik untuk anda? Mana satukah yang lebih bernilai dengan wang yang bakal dilaburkan?

TV LCD vs TV LED : Backlit

Secara teknikalnya, TV LED adalah sama dengan TV LCD memandangkan kedua-duanya mempunyai paparan skrin kristal cecair untuk menghasilkan imej. Sebuah TV LCD memaparkan dua lapisan kaca yang menyatukan dan mempolarisasikan kristal cecair yang kemudiannya akan melepaskan atau menyekat cahaya untuk paparan imej di televisyen.

Kristal ini tidak menghasilkan sebarang cahaya memandangkan cahaya ini hadir daripada siri lampu yang terdapat di bahagian belakang skrin televisyen. Sumber cahaya yang diletakkan di belakang panel LCD ini di kenal dengan istilah backlit. Pada TV LCD, lampu pada bahagian belakang panel skrin atau backlit ini dibina daripada lampu pendarflour sementara pada TV LED daripada jenis diod pemancar cahaya (light emitting diodes).

TV LCD vs TV LED : Kualiti Imej & Ketajaman Warna

Jika anda inginkan imej gambar yang lebih berkualiti, sebahagian TV LED memiliki spesifikasi yang diperlukan. Sebahagian TV LED mempunyai spesifikasi cahaya belakang atau backlit dengan teknologi local dimming. Teknologi local dimming ini akan meningkatkan ratio kontras gambar sehingga kelihatan lebih tajam. Begitu juga dengan ketajaman warna imej. TV LED mendahului TV LCD.

TV LCD vs TV LED :  Sudut Paparan

Sudut paparan tontonan bergantung kepada panel kaca yang digunakan oleh pengeluar televisyen. Panel kaca berkualiti tinggi yang lebih tebal dijangka memberikan sudut paparan yang lebih baik. Terdapat sesetengah TV LCD yang mempunyai sudut paparan yang lebih baik. Tidak semua TV LED yang mahal memiliki sudut paparan yang lebih baik.

TV LCD vs TV LED :  Penjimatan Tenaga

Dari segi kecekapan tenaga, TV LED jauh lebih mendahului berbanding TV LCD. Ini disebabkan faktor cahaya backlit yang terdapat di belakang skrin. Kemampuan lampu-lampu backlit dinyala dan dimatikan dengan sendiri mengikut paparan yang berbeza memberikan penjimatan kepada penggunaan tenaga.Tambahan lagi lampu jenis LED terbukti sebagai sumber tenaga yang mampu menjimatkan penggunaan tenaga berbanding lampu pendarflour. Penggunaan lampu LED kini semakin dimanfaatkan dalam teknologi pengeluaran televisyen disebabkan faktor penjimatan tenga ini.

TV LCD vs TV LED : Harga

Jika anda mempertimbangkan harga televisyen yang lebih rendah, TV LCD adalah jauh lebih rendah berbanding TV LED. Bagi anda yang dalam situasi kewangan yang sangat terhad untuk dibelanjakan ke atas televisyen tetapi dalam masa yang sama masih menginginkan sebuah TV di rumah, maka TV LCD adalah pilihan utama untuk anda. Untuk kepuasan dari segi tontonan, anda boleh mempertimbangkan saiz TV LCD yang lebih besar. Saiz skrin TV yang besar juga adalah satu kelebihan semasa tontonan walaupun kualiti imejnya mungkin tidak sebaik TV LED.

Anda juga yang menentukan di mana TV itu akan diletakkan sama ada di ruang tamu, bilik tidur, bilik tetamu atau ruangan santai keluarga. Sesetengah orang mungkin menginginkan pujian atau sanjungan daripada tetamu apabila melihat perabot dan barangan yang luar biasa di rumah termasuk televisyen. Jika itulah tujuannya, maka anda boleh mempertimbangkan sebuah TV LED.

TV LCD vs TV LED : Permainan (Gaming)

Ramai juga daripada kita memiliki televisyen yang dihubungkan dengan set permainan seperti PS4. Dari segi kualiti, kontras dan warna, paparan TV LED tentunya jauh lebih baik dari TV LCD. Tambahan lagi tempoh respon masa semasa dalam permainan juga lebih memuaskan dengan sebuah TV LED. Tetapi kini terdapat TV LCD yang dilengkapi dengan matrik aktif yang mampu memperbaiki tempoh respon masa serta menghasilkan imej yang lebih baik dan jelas. Sistem matrik aktif ini berfungsi menghasilkan imej yang lebih pantas bagi imej yang bergerak.

Anda juga perlu mempertimbangkan dari segi tempoh penggunaan. Permainan gaming selalunya melibatkan masa yang lama tanpa henti. Faktor masa ini akan memberi efek terhadap penggunaan tenaga dan kepanasan televisyen jika digunakan untuk tempoh masa yang lama. Jika ini yang menjadi faktornya, maka TV LED adalah pilihan terbaik untuk anda.

TV LCD vs TV LED : Melakukan Main Semula Video & Gerak Cepat

Semua fungsi memaparkan video gerak pantas dan main semula bergantung kepada faktor respon masa dan kadar penyegaran semula (refresh) bagi kedua-dua jenis televisyen. Jenis backlit sama sekali tidak mempengaruhi bagi fungsi memaparkan video gerak pantas. Kadar penyegaran semula bagi skrin televisyen dinilai menggunakan unit Hz. Kebanyakan pengguna mengatakan respon masa bagi 1200Hz dan 960Hz lebih baik daripada 480Hz dan begitulah seterusnya. Namun isu ini masih menjadi perdebatan di kalangan pengguna dan pengeluar televisyen.

TV LCD vs TV LED : Ketahanan

Kebanyakan pengeluar mendakwa ketahanan suatu TV boleh bertahan sehingga 100,000 jam. Dari segi penggunaan jangka panjang, lampu pendarflour dalam TV LCD jika digunakan untuk tempoh masa yang panjang akan menghasilkan perubahan keseimbangan putih atau white balance pada paparan. Penggunaan yang lama akan menjadikan ia tidak stabil dalam menghasilkan warna imej yang akan mengurangkan ketepatan sebenar pada warna sesuatu paparan imej.

Kesimpulan

Sudah tentu kedua-dua TV LED dan TV LCD mempunyai kelebihan dan kekurangan jika dilihat dari sudut banyak perbandingan seperti kualiti, harga, saiz dan sebagainya. Setiap pembeli menentukan apakah jenis kegunaan yang mempengaruhu faktor pemilihan TV. Adakah anda mempertimbangkan dari segi bajet? Adakah anda ingin menggunakan TV sekadar untuk menonton rancangan menarik atau untuk permainan?

Yang pasti TV LED mendahului dari segi kemampuan menghasilkan imej gambar yang menarik namun harganya jauh lebih tinggi berbanding TV LCD.

Pilihan Editor

Panasonic TH40E400K Full HD LED TV

LG 43″ Smart Full HD LED TV

Toshiba 24HV10E HD LCD TV 24” Black

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan