HomeMalayTOP 3 PAKAR PARENTING MALAYSIA YANG ANDA WAJIB FOLLOW

TOP 3 PAKAR PARENTING MALAYSIA YANG ANDA WAJIB FOLLOW

“Semalam I ikut apa Ibu Rose suggest, cuba ajak anak I kemas barang sama-sama instead of suruh dia kemas. It works! Lama-lama anak I kemas sendiri dah! Dulu, susahnya lahai nak minta kemas lepas main toys dia. Now tak payah cakap apa-apa, dia buat sendiri. I love panduan dari Ibu! Makes my life easier and enhance my level of patience as a mother. Kalau tak, dulu segala benda I stress and asyik marah-marah anak I! Now, thank God, I feel like I am a better mom,” kata Linda, berumur 32 tahun yang baru sahaja mencuba tips parenting daripada Ibu Rose, pakar parenting tempatan.

Diakui, anak-anak generasi baharu bukanlah mudah untuk dididik namun dengan cara yang betul, memang tidak mustahil untuk kita mencapai sepakat sesama suami isteri mendidik anak-anak menjadi anak yang baik diiringi masa depan yang cerah.

Rata-rata ibu-ibu zaman moden ini seperti Linda, dilihat lebih cenderung dan berhati terbuka untuk mencuba pendekatan yang berbeza mendidik anak-anak mereka. Bukan seperti zaman dahulu di mana segala masalah dengan anak diselesaikan dengan pukulan, tengkingan suara dan ugutan.

Namun masih ada yang terbawa-bawa dengan cara lama, yang kemungkinan besar tidak berkesan lagi buat anak-anak zaman sekarang.

Adakah anda masih lagi terbelenggu dengan penyelesaian parenting seperti berikut apabila mendidik anak yang degil :

  1. Memukul dan mencubit
  2. Memarahi dengan menaikkan suara, mengherdik dan menengking
  3. Memarahi di depan orang ramai
  4. Mengugut seperti ugutan mengurung di bilik, buang mainan kegemaran atau tidak beri makanan kegemaran
  5. Memberikan gajet atau memasang kartun di TV serta-merta supaya anak senyap
  6. Membiarkan sahaja anak buat perangai dan mengganggu orang lain

Sekiranya anda mendidik anak degil anda dengan cara di atas, bermaksud anda amat memerlukan bantuan pakar untuk memberi anda idea dan tips berkesan untuk membantu mendidik anak-anak anda. Masanya untuk kita meningkatkan skil parenting kita. Jangan malu-malu. Di sini, di 100comments.com, kita sama-sama belajar. Bukan untuk diadili.

Meningkatkan skil bukanlah bermaksud kita tidak pandai atau ibubapa yang tidak bagus, ianya bermaksud kita masih belajar dan tiada salahnya kalau kita meningkatkan lagi ilmu parenting yang sedia ada supaya kita lebih bijak menguruskan dan mendidik anak-anak kita. Dapatlah kita jimat tenaga, wang dan masa. Setuju?

Di sini, kami ingin memperkenalkan TOP 3 PAKAR PARENTING MALAYSIA YANG ANDA WAJIB FOLLOW sebagai panduan!

______________________________________________________

Ibu Rose

Nama Ibu Rose bukanlah satu nama asing dalam dunia parenting. Dengan terma ‘parenting with love’ untuk mentransformasikan ibubapa menjadi ‘First Class Parents’, Ibu Rose bersama pengikutnya yang tersendiri di Facebook berjumlah lebih dari 200 ribu orang telah menjadi satu ikon yang menjadi panduan ramai ibu-ibu moden yang ketandusan kesabaran dan tenaga untuk mendidik anak masing-masing. Di zaman serba canggih di mana ramai wanita memilih untuk berbisnes dan bekerjaya di samping menguruskan keluarga, kebanyakannya memerlukan seorang lagi ‘ibu’ yang memberikan motivasi dan keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh menjadi ibu yang terbaik. Dan ‘ibu’ itu adalah Ibu Rose.

Mengetengahkan ‘the power of healing’, kata-kata Ibu Rose ini menarik perhatian kami :

LUKA SEMALAM BOLEH MENJADI PENGHALANG KEPADA KITA UNTUK MENJADI IBU ATAU BAPA YANG BAIK.

Bila luka itu menyebabkan kita merasai diri kita tidak hebat atau kita tidak layak menjadi ibu atau bapa kepada anak kita, samada kita merasainya secara sedar atau tidak, maka ianya kan mengganggu kita daripada dapat menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak kita.

Luka seperti ini juga boleh menyebabkan seseorang ayah atau ibu itu marah dan menghukum anak-anak mereka tanpa belas kasihan. Kerana bila ‘trigger’ terlepas, maka emosi terpendam tercetus tidak terkawal dan menjadi raja yang menguasai diri si ayah atau si ibu yang terluka itu.

Doa ibu ialah anda boleh bebas daripada emosi yang tercalar dan sembuh daripada luka yang masih tetap berdarah. Kerana anda layak menjadi ibu bapa yang hebat dan merasai nikmat membesarkan anak-anak anda.

Disebabkan hasil tulisan yang menusuk jiwa ini, ramai ibu-ibu mula mengikuti tips dan panduan Ibu Rose sehingga ke hari ini. Sesi Facebook Live nya sentiasa meraih perhatian dan memberikan kesan kepada para ibu yang menonton, menantikan jawapan yang mereka dambakan untuk membantu mereka mendidik anak-anak. Ibu Rose mempercayai parenting harus dilakukan dengan penuh kasih-sayang. Jadi, dengan mengubat jiwa ibu-ibu terlebih dahulu, ia akan menjurus ke arah parenting yang lebih baik. Disebabkan ini Ibu Rose banyak menyediakan kelas-kelas ‘healing’ supaya para ibu yang stres dapat mendetokskan jiwa dan minda. Kerana akar umbi kasih sayang datangnya dari dari jiwa ibu yang gembira dan bahagia. Kami setuju dan kagum dengan pendekatan Ibu Rose ini. Tidak hairanlah sehingga ke hari ini, Ibu Rose sentiasa dijadikan rujukan dan ‘Key Opinion Leader’ di kaca TV, radio, majalah dan akhbar untuk membicarakan isu-isu parenting.

Ingin merawat jiwa supaya hati lebih tenang, sabar dan penuh kasih sayang serta meningkatkan skil mendidik anak-anak? Jom sama-sama kita ikuti Facebook Ibu Rose : https://www.facebook.com/iburoselove

 

Maznah Ibrahim

“Emosi anak okay bila emosi emak ayah okay.” Dengan pendekatan memprogram minda dan hypnoscript serta konsep pendidikan hati, emosi dan spiritual untuk kedua-dua ibubapa dan anak-anak, Puan Maznah berjaya meraih perhatian dengan memberi panduan pendekatan secara psikologi buat para ibubapa yang mencari jalan untuk mendidik anak-anak zaman moden ini. Memandangkan kebanyakan kita selalu memarahi anak-anak tanpa menyedari perkataaan dan pergerakan badan kita memberi impak yang besar buat anak-anak, Puan Maznah memberi jalan penyelesaian dan panduan dengan pendekatan yang unik untuk ibubapa dan anak-anak lebih sabar dan tenang serta positif.

Antara petikan menarik dari Tips Parenting Positif yang kami rujuk dari Facebook Puan Maznah :

Anak kita kan ada macam-macam reaksi dan perasaan, bila mereka ada perasaan yang kita rasa kurang sesuai, kurang wajar dirasai, ditunjukkan, tidaklah perlu hukum atas perasaan yang mereka rasa dan tunjukkan itu. Feelings are real. Tak kiralah perasaan baik ke, perasaan teruk ke, kita rasa macam drama sangat ke, mengada ke – No, isunya mereka sedang rasa.

Hargailah perasaan itu, validate dulu barulah kita proses ia dengan bawa kepada perbincangan asertif.

Mempercayai dengan memprogramkan yang baik-baik dalam minda anak-anak, ini akan sangat membantu proses parenting para ibubapa, kita boleh menggunakan teknik-teknik Puan Maznah tanpa was-was kerana beliau adalah kaunselor berdaftar dibawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan sudah berkhidmat selama hampir 13 tahun semenjak tahun 2006 dengan pengalaman yang luas dalam bidang kaunseling kanak-kanak dan keluarga, selain sebagai ahli kepada Malaysian Counselling Association.

Tidak dinafikan lagi, ini adalah antara pilihan pakar parenting tempatan terbaik yang patut anda ikuti! Ikuti Puan Maznah now : https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial

 

Adlil Rajiah

Adlil Rajiah adalah penulis buku parenting terkenal bertajuk 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna dan Why So Serious Parents? yang menjadi bacaan santai yang popular untuk para ibubapa moden masa kini, sambil-sambil meningkatkan skil parenting masing-masing. Memfokuskan kepada treatment untuk anak-anak zaman moden yang semakin cenderung bermain dengan gajet sehingga memudaratkan, nama Adlil bukanlah satu nama asing lagi dalam dunia parenting terutamanya mereka yang mempunyai anak autism atau anak yang gilakan gajet. Ramai yang tidak tahu bahawa pergerakan, warna, bunyi, radiasi yang ada pada skrin gajet dan televisyen serta handphone mempunyai hypnotising effect kepada otak manusia dan membawa kesan lebih buruk pada kanak-kanak. Jadi selama ini jika kita membiarkan anak kita leka dan diam menonton TV atau bermain gajet terlalu lama, kita sebenarnya sedang memudaratkan minda anak kita. Ilmu-ilmu yang dikongsi oleh Puan Adlil memberikan kesedaran mendalam terhadap ibubapa moden yang memilih jalan mudah ini untuk mendiamkan anak.

Menyentuh tentang kepakaran Puan Adlil sebagai pakar parenting, beliau sendiri tidak menganggap dirinya seorang pakar. Dipetik dari tulisan Facebooknya sendiri pada tahun 2019, katanya :

I am a struggling mother, just like you.

I am a struggling wife, just like you.

I am a struggling daughter, just like you.

I am a struggling menantu, just like you.

I am a struggling sister, just like you.

I am a struggler– JUST. LIKE. EVERYONE. ELSE.

Namun, perkongsian sebeginilah yang menyebabkan ramai ibu-ibu yang merasai dan mengalami nasib yang sama mula rasa dekat dan relatable dengan Puan Adlil, menjadikan beliau inspirasi sebagai ibubapa yang berusaha keras untuk menuju ke arah kesempurnaan parenting dengan segala kelebihan dan kekurangan diri demi kebaikan dan kebahagiaan anak-anak.

Disebabkan pengalaman diri sendiri menguruskan anaknya yang hampir menjadi autism, Adlil adalah salah seorang dari ibu yang bersedia untuk korbankan segala-galanya demi kepentingan anaknya.  Dari perkongsian Puan Adlil juga, kami dapat tahu bahawa anak Puan Adlil hampir menjadi autism gara-gara kerana ‘iPad’. Dan disebabkan Puan Adlil selalu berkongsi apa yang dipelajari dan dipraktikkan ke atas anaknya sendiri sebagai rawatan di social media dan blog, beliau mula dapat perhatian dari ramai ibu bapa lain dan guru-guru yang bergelut dengan isu skrin/gajet dengan anak-anak mereka.

Ingin tahu apa yang perlu dilakukan selain dari memberi gajet atau membuka kartun di TV supaya anak fokus dan duduk diam? Atau sudah terlambat, anak anda sudah ketagih gajet serta mula tantrum apabila tidak dapat gajet? Ikuti tips dan panduan Puan Adlil di Facebooknya : https://www.facebook.com/rajiahnasir

 

Kami harap perkongsian kami tentang ketiga-tiga pakar parenting tempatan pilihan kami ini dapat membantu anda untuk meningkatkan lagi skil parenting anda dalam mengecapi kebahagiaan sesama keluarga. Ingin kami ingatkan supaya anda jangan sesekali malu atau rasa segan untuk akui kesilapan kita kerana kita semua masih belajar dan menimba ilmu untuk kebaikan anak-anak, tiada salahnya.

100comments akan sentiasa bersama anda, membantu menyediakan maklumat terbaik untuk kehidupan yang lebih sejahtera dan bahagia untuk anda dan keluarga. Teruskan bersama kami!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan