HomeMalayTips Penjagaan Kanak-Kanak Pengidap Asma

Tips Penjagaan Kanak-Kanak Pengidap Asma

Seorang kanak-kanak yang menghidap asma agak sukar menjangkakan bilakah serangan asma akan berlaku ke atas diri mereka. Kanak-kanak yang terpaksa menghadapi serangan asma setiap hari sebenarnya menunjukkan tanda-tanda atau simptom asma yang teruk. Ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap asma perlu memberi perhatian yang sepenuhnya kepada perkara-perkara yang menggalakkan serangan asma ke atas anak mereka. Penyakit asma di kalangan kanak-kanak boleh berlaku pada sebarang peringkat umur.

Penyakit asma adalah antara penyakit yang semakin berkembang di kalangan kanak-kanak. Penyakit asma boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada tidak serius, sederhana dan peringkat yang boleh mengancam nyawa mereka.

Punca Asma Di Kalangan Kanak-Kanak

Sesuatu penyakit tidak akan berlaku tanpa sebab. Kebiasaannya, asma di kalangan kanak-kanak berlaku disebabkan beberapa faktor di bawah.

  1. Alahan terhadap persekitaran dan makanan
  2. Sejarah keluarga atau keturunan
  3. Jangkitan pada salur pernafasan
  4. Lahir secara pra-matang
  5. Gemuk atau obesiti
  6. Pendedahan kepada asap rokok
  7. Perubahan cuaca

Kanak-kanak lelaki dikatakan lebih berisiko menghidapi asma berbanding kanak-kanak perempuan. Namun begitu, serangan asma boleh terjadi kepada sesiapa sahaja apabila berlaku serangan faktor luaran dan dalaman yang merangsang serangan asma.

Kanak-kanak yang tidak mempunyai sejarah keluarga dari kalangan ibu dan bapa juga berisiko mengidap penyakit asma. Pendek kata, serangan asma boleh berlaku kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira faktor yang mempengaruhinya.

Gejala-Gejala Asma

Kanak-kanak yang mengidap asma akan menunjukkan gejala-gejala pernafasan yang sukar seperti sesak nafas. Sesak nafas adalah gejala umum apabila berlaku serangan asma sama ada kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Selain kesukaran untuk bernafas dengan normal, pesakit asma kanak-kanak akan menunjukkan gejala berikut :

  • Batuk
  • Sukar tidur di waktu malam
  • Letih kerana terpaksa menarik nafas dengan kuat
  • Bunyi tarikan nafas yang kuat
  • Wajah pucat dan membentuk lingkaran bawah mata kerana masalah untuk tidur
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Tips Penjagaan Kanak-Kanak Yang Mengidap Asma

Ibu bapa adalah antara individu yang paling susah apabila anak mereka menghadapi serangan asma. IIa bukan sahaja memberi kesan terhadap gaya hidup dan mengehadkan aktiviti anak-anak. Malah ia juga turut memberi kesan kepada kelancaran rutin harian ibu bapa khususnya pasangan yang perlu bekerja mencari rezeki.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang diuji dengan anak-anak pengidap asma yang masih kecil dan masih belum mampu menguruskan diri sendiri dengan sepenuhnya, anda boleh mengambil beberapa langkah pencegahan dan penjagaan sewajarnya. Dengan mengalmalkan tips penjagaan kanak-kanak yang mengidap asma, sekurang-kurangnya risiko serangan asma dapat dikurangkan dan langkah berjaga-jaga di peringkat awal boleh mengawal keadaan apabila berlaku serangan asma ke atas mereka.

Elakkan Habuk & Debu

Pesakit asma paling sensitif terhadap habuk dan debu yang berterbangan. Habuk ini boleh masuk menerusi rongga hidung yang boleh menyebabkan mereka bersin, batuk dan seterusnya berlaku serangan asma.

Pastikan persekitaran rumah anda sentiasa bersih yakni bebas dari debu dan habuk. Lap perabot dan barangan rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu. Jangan biarkan anak anda yang mengidap asma berada di persekitaran rumah ketika pembersihan rumah dilakukan. Jangan biarkan kanak-kanak terlibat semasa membersihkan habuk. Kain kotor yang berdebu walaupun dalam keadaan basah boleh menyebabkan berlaku serangan asma.

Bantal, sofa dan tilam tempat tidur bilik anak anda perlu sentiasa dibersihkan untuk memastikan ia bebas dari habuk, debu, kulat dan hama. Kesemua agen yang tidak sihat ini akan meningkatkan risiko serangan asma sewaktu mereka tidur pada waktu malam.

Elakkan Membela Haiwan

Pesakit asma juga alah terhadap bulu haiwan seperti kucing, anjing, burung dan hamster. Haiwan yang dibiarkan bebas di dalam rumah akan meninggalkan kesan-kesan bulu di pelbagai sudut rumah terutamanya di bahagian sofa dan katil dalam bilik tidur. Adakalanya kukar untuk anda membersihkan bulu-bulu haiwan yang melekat di sofa dan katil.

Kanak-kanak juga cenderung untuk bermain dengan haiwan peliharaan. Mereka akan memegang dan membelai haiwan peliharaan. Namun perlakuan ini tidak selamat bagi seorang kanak-kanak yang mengidap penyakit asma. Cara terbaik adalah dengan mengelakkan membela sebarang jenis haiwan di dalam rumah.

Pertimbangkan Penggunaan Pelembap Udara

Pelembap udara atau air humidifier adalah alat untuk kediaman rumah yang berfungsi mengekalkan kelembapan udara pada tahap normal. Ia sesuai digunakan pada musim panas dan sejuk di mana ia akan mengekalkan udara persekitaran dalam rumah supaya tidak terlalu kering yang boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.

Perubahan cuaca sejuk dan panas adalah salah satu faktor serangan asma. Pelembap udara juga berfungsi melembapkan sudut ruangan rumah anda. Hama akan wujud apabila kurangnya kelembapan dalam udara. Dengan menyebarkan sudut rumah dengan kelembapan melalui air humidifier, kebersihan udara dapat ditingkatkan.

10 Perkara Yang Anda Ingin Tahu Tentang Pelembap Udara / Air Humidifier

Elakkan Bau-Bauan

Bau haruman wangian yang menyengat hidung amat sensitif bagi pesakit asma. Apabila menghidup wangian ini, mereka cenderung untuk bersin. Bersin yang berlaku tanpa henti akan meningkatkan risiko serangan asma ke atas kanak-kanak.

Menyimpan Bekalan Ubat-Ubatan

Selain mengambil langkah pencegahan asma, penyediaan ubat-ubatan amat penting apabila berlaku serangan asma. Seperti yang dinyatakan, serangan asma boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa disangka. Oleh itu penting untuk memastikan bekalan ubat-ubatan dan alat penyedut atau inhaler sentiasa ada bersama kanak-kanak tersebut.

  1. Jika anak anda bersekolah atau dihantar ke rumah pengasuh, pastikan ubat dan alat penyedut disediakan di dalam beg sekolah atau beg khas. Simpan di ruangan yang senang dicapai atau dilihat.
  2. Jika di dalam rumah, simpan ubat dan penyedut di sudut yang senang dicari dan dicapai. Elakkan daripada menyimpan di tempat-tempat tersembunyi atau tempat terlalu tinggi sehingga sukar untuk mereka capai.
  3. Sediakan bekalan ubatan di dalam bilik tidur mereka untuk memudahkan jika berlaku serangan asma pada waktu malam.
  4. Jika di luar semasa berjalan-jalan, pastikan anda membawa beg khas bersaiz kecil yang menyimpan semua bekalan ubat-ubatan dan penyedut.

Vaksin Suntikan Flu

Suntikan vaksin flu penting bagi semua kanak-kanak terutamanya bagi mereka yang mengidap penyakit asma. Selesema akan menyebabkan gangguan pada sistem pernafasan. Mereka akan cenderung untuk bersin tanpa henti. Gejala bersin akan meningkatkan risiko serangan asma.

Suntikan Alahan

Sesetengah serangan asma yang berlaku disebabkan alahan boleh dicegah lebih awal melalui suntikan immunotheraphy. Biasanya doktor akan menentukan jenis alahan melalui pemeriksaan tertentu untuk memastikan jenis suntikan alahan yang sesuai diberikan kepada kanak-kanak.

Elakkan Bermain Secara Terlalu Aktif

Kanak-kanak pengidap asma juga boleh bersukan dan bermain. Namun mereka tidak boleh terlalu aktif terutama jika serangan asma berlaku terlalu kerap. Kebiasaannya, apabila usia kanak-kanak meningkat, serangan asma ini akan semakin berkurangan. Jadi ketika serangan asma masih dalam peringkat yang teruk, hadkan aktiviti fizikal anak seperti aktiviti berlari, mengejar bola, melompat dan sebagainya.

Maklumkan Kepada Guru Sekolah Atau Pengasuh

Guru dan pengasuh adalah individu yang akan menjaga anak semasa anda ke tempat kerja. Oleh itu penting untuk anda memaklumkan tentang keadaan penyakit asma kepada mereka yang terbabit. Sentiasa berhubung dengan semua guru anak and di sekolah supaya mereka boleh memantau tentang keadaan anak anda jika berlaku serangan asma. Anda juga boleh bertukar-tukar nombor telefon sengan semua guru anak anda.

Nombor Telefon Kecemasan

Penting apabila berlaku kecemasan terutama jika anak anda diserang asma pada waktu malam. Anda boleh menyimpan nombor telefon doktor peribadi yang merawat anak anda. Simpan juga nombor kecemasan hospital berhampiran dengan anda.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan membawa anak ke hospital, simpan nombor telefon pemandu teksi, ahli keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan anda yang boleh membantu menghantar pesakit ke hospital.

Maklumkan kepada anak anda tentang nombor kecemasan yang boleh dihubungi jika terjadi serangan asma ketika di sekolah atau rumah pengasuh.

Ajar Kanak-Kanak Tentang Pengurusan Asma

Selain ibu bapa bertindak mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengubatan, penting bagi ibu bapa mengajar anak-anak tentang pengurusan asma. Ia boleh diajar secara berperingkat mengikut kesesuaian umur dan pemahaman mereka.

Pengurusan asma yang boleh diajar kepada kanak-kanak melibatkan beberapa perkara penting. Antaranya :

  1. Mengamalkan tabiat kebersihan diri dan ruangan mereka seperti bilik tidur dan rumah.
  2. Mengajar pengambilan ubat mengikut preskripsi yang betul.
  3. Kaedah penggunaan penyedut asma dengan betul.
  4. Pengurusan bekalan stok ubat-ubatan iaitu sentiasa memastikan jika stok bekalan ubat-ubatan dalam simpanan mereka telah habis.
  5. Mengelakkan diri dari punca-punca serangan asma seperti menjauhkan diri dari perokok, mengelakkan sentuhan langsung kepada haiwan dan mengurangkan minuman berais atau sejuk.
  6. Segera memberitahu guru atau pengasuh jika mereka mula mengenalpasti serangan asma akan berlaku.
  7. Menerangkan kepada mereka tentang simptom awal serangan asma.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan