Orang tua-tua selalu kata selepas 3 bulan pasti perkahwinan menjadi hambar tidak seperti bulan pertama.
Memanglah perkahwinan akan jadi hambar kalau suami dan isteri tidak mahu bekerjasama dalam menyemarakkan kembali keceriaan rumah tangga. Cara untuk hidupkan semula harmoni hubungan anda dan pasangan bermula dengan tunjang agama dan keintiman.
Kami fokuskan kepada hubungan intim suami isteri yang bermula dari kamar tidur. Berduaan dalam kamar tidur menaikkan lagi aura intim dan ghairah apabila bersama. Tapi bagaimana untuk mengekalkan rasa tersebut? Ini tips dari kami.
Kekal privasi
Kalau boleh jangan tayang sudut bilik tidur anda kepada orang lain terutamanya didalam media sosial. Sentiasa pastikan bilik tidur anda dan pasangan hanya diketahui oleh kamu berdua. Jadikan ia sebagai rahsia bersama dan suatu tempat dimana anda menghabiskan masa ghairah tanpa pengetahuan orang lain.
Pilihan pakaian
Cuba berani untuk memakai pakaian tidur yang seksi atau langsung tidak berpakaian ketika didalam kamar tidur! Luangkan masa untuk mengenali setiap sudut tubuh kamu dan pasangan bersama. Sekali-sekala buatlah peragaan pakaian dalaman bak model Victoria’s Secret pada suami kamu.
Sentiasa kemas
Pastikan suasana bilik sentiasa kemas dan tidak kotor supaya kamu berdua selesa. Tapi janganlah bergantung pada pasangan sahaja untuk mengemas.
Sebenarnya bukan di kamar tidur sahaja anda kena jadi romantik pada pasangan, di luar juga harus tapi bagi pendapat kami di kamar tidurlah masa yang terbaik untuk lebih rapat dan dekat bersama pasangan.
Sering mendengar keluhan suami isteri yang tak puas menikmati hubungan intim bersama? Ada yang
merungut selepas mencapai orgasma, suami terus hanyut dibuai lena. Ha…tak syoklah macam tu
kan?
Jika mahu momen asmara kekal lebih lama, jom cuba tip ini agar baik suami mahupun isteri terus
kekal berada dalam dakapan masing-masing.
- Mulakan Dengan Ciuman
Jangan lupa kepentingan ciuman mesra yang mengambil sedikit masa kerana nafsu seks
wanita boleh meningkat melalui ciuman kasih sayang yang suami berikan. - Beri Suami Peranan Utama
Suami memang suka jika diberi peranan mengawal permainan. Jadi biarkan si suami yang
menentukan bagaimana rentak permainan. - Lebih Kreatif
Saling memberi kejutan kerana ramai wanita mempunyai fantasi mereka terhadap suami.
Begitu juga sebaliknya. Tidak perlu tertumpu pada teknik dan posisi yang sama.Jadilah lebih
kreatif meneroka keseronokan baharu. - Kurangkan Tekanan
Perlu diketahui bahawa keadaan anda sebelum melakukan hubungan seks. Jika seseorang
dalam keadaan tertekan, ghairah seksualnya akan hilang. Untuk aktiviti seksual yang
menyeronokkan, biarlah ia berlangsung dalam mood romantis. - Berbincang Dengan Pasangan
Berterus terang tentang hubungan seks yang macam mana pasangan mahukan. Anda boleh
tanya apa yang kurang dalam hubungan seks anda supaya ia boleh diperbaiki dan lebih
menyeronokkan. - Alih Perhatian
Kalau suami sudah mencapai orgasma, minta dia pegang bahagian lain di tubuh isteri bagi
mengalih perhatiannya agar momen indah itu berpanjangan. - Teknik ‘Pause’
Teknik berhenti sekejap juga boleh digunakan . Selepas berhenti, lakukan pemanasan agar ia
boleh kembali ‘naik’. - Lakukan Seks Sebelum Keluar
Disarankan suami isteri bersama sebelum keluar ke satu-satu tempat. Sesetengah pasangan
gemar melakukan seks selepas pulang ke rumah. Ini menjadikan seks tidak seronok kerana
faktor badan dan minda sudah penat. - Teknik Mula Dan Berhenti
Ini salah satu petua paling mudah untuk melambatkan orgasma pada suami. Apabila
pasangan anda sudah ingin mencapai klimaks, anda berhenti memberi rangsangan.
Kemudian selepas rasa ingin pancut itu hilang, barulah kalian mulakan kembali aksi. - Makan Buah Beri Biru
Makanan boleh dijadikan sebagai senjata untuk meningkatkan stamina seksual anda.
Antara makanan yang disaran pakar adalah buah beri biru. Buah ini mengandungi pelbagai
vitamin dan nutrien yang mampu meningkatkan stamina.
Malam pertama adalah malam yang melibatkan pasangan baru berkahwian, apabila sang suami menggauli isterinya dengan melakukan hubungan intim.
Untuk pengetahuan semua, mengikut Islam, hal ini sebenarnya mempunyai tertib tersendri dan haruslah mengikut syari’at jika anda dan pasangan adalah seorang muslim sejati.
Untuk kebaikan semua, bagi pasangan yang bakal bernikah tidak lama lagi, ini Wanista lampirkan adab-adab terbaik yang boleh anda amalkan sebelum, semasa dan selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan halal buat kali pertama.
1. Beri Salam Pada Isteri
Suami hendaklah mengucapkan salam terlebih dahulu (Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh) kepada isteri sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W.
2. Bergurau
Hendaklah suami membuat gurauan atau berbual ringan dengan isterinya agar suasana tidak tegang. Boleh juga diawali dengan memberikan minuman atau manisan seperti coklat/buah-buahan kepada pasangan. Do something sweet for your partner 🙂
3. Suami Berdoa Untuk Isteri
Suami boleh letakan tangannnya di atas kepala isteri lalu membacakan doa:
Allahummaa innii as-aluka min khairihaa wa khairi maa jabaltahaa alaihi Wa ‘audzubika min syarrihaa wa syarri maa fiihaa wa syarri maa jabaltahaa alaihi…
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk kebaikan dirinya dan kebaikan tabiat (sikap atau perilaku) yang dia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya (keburukannya) dan kejelekan tabiat (sikap atau perilaku) yang ia bawa.” (HR. Bukhari)
4. Buat Solat Sunat Dua Rakaat
Hal ini bagi memberikan ketenangan kepada pasangan supaya tidak terkejut atau berasa terlalu gementar.
Ha, sebab tu sebelum berkahwin cepat-cepat suruh bakal suami korang tu betulkan bacaan solat mereka. Pastikan Al-Quran sudah dikhatamkan agar tiada masalah untuk menjadi imam kepada anda apabila sudah halal kelak. Paling tidak, suami perlu tahu… hafal… dan lancar bacaan surah lazim.
5. Disunnahkan Memberus Gigi
Islam amat mementingkan kebersihan. Sebelum melakukan hubungan intim, pastikan anda dan pasangan sudah mandi dan memberus gigi.
Jangan biarkan hubungan intim menjadi tidak mesra kerana salah seorangnya ‘makan hati’ apabila mulut pasangannya berbau busuk dan sebagainya.
6. Baca Doa Sebelum Berhubungan Intim
Yang ini penting namun sering dilupakan. Solat sunat sahaja tidak cukup kerana syaitan gemar mengganggu pasangan saat berlakukan hubungan intim.
Untuk itu baca doa supaya zuriat yang mungkin terhasil daripada hubungan intim ini sentiasa dipelihara Allah dan dijauhi pengaruh syaitan, iblis mahupun jin.
سْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا.
“Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang hendak Engkau kurniakan kepada kami.” (HR. Bukhari-Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Maka, jika Allah menetapkan atau mentakdirkan lahirnya seorang anak daripada hubungan antara keduanya, nescaya syaitan tidak akan membahayakan dan mencelakakannya selama-lamanya.”
7. Suami Boleh Buat Apa Sahaja Namun Hanya Pada Kemaluan Isteri
Sebagaimana firman Allah S.W.T:
“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam (ladang bagimu), maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu (ladang) itu bagaimana saja kamu kehendaki (kapan saja kamu sukai)… Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa engkau kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang beriman.”(Q.S. Al Baqarah: 223)
Asbabun Nuzul ayat diatas adalah:
Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Pernah suatu ketika Umar ibnu Khattab menemui Rasulullah S.A.W, seraya berkata, “Ya, Rasulullah, celakalah aku”. Beliau Rasulullah kembali bertanyakan, “Apa yang membuatmu celaka, wahai Umar ibnu Khattab?”
Umar ibnu Khattab kemudian menjawab, “Aku membalikkan pelanaku (isteriku) tadi malam”.
Namun Rasulullah S.A.W tidak memberikan jawapan atas pertanyaan tersebut sehinggalah turunnya ayat sebagaimana firman Allah S.W.T seperti di atas tadi.
Kemudian, Rasulullah S.A.W bersabda…
“Gauli atau cumbuilah isterimu dari arah depan mahupun belakang. Akan tetapi hindarilah atau jangan menyetubuhinya dari dubur (punggung) ataupun ketika ia sedang haid (datang bulan).”
8. Masih Boleh Bercumbu Dengan Isteri Ketika Isteri Haid
Jika sang suami teringin berjima’ dengan isteri namun isteri sedang dalam haid. Isteri masih boleh membenarkan suami mencumbuinya asalkan tidak memainkan peranan menggunakan kemaluannya untuk bersetubuh (termasuklah dubur kerana jatuh pada hukum haram).
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:-
“Lakukanlah apa saja kecuali jima’ atau bersetubuh.”
Hadith sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim no. 302 dan Abu Dawud no. 257… Dan dibawakan oleh sahabat Anas bin Malik R.A.
9. Berjima’ Pada Bila-Bila Masa
Adalah dibolehkan untuk suami menggauli atau mencampuri isterinya pada bila-bila masa yang dikehendakinya kecuali ketika isteri sedang dalam haid atau uzur yang akan memberi keburukan kepada keduanya.
10. Sunnah Berwuduk & Mandi Wajib
Para ulama berpendapat kuat bahawa sunnah untuk berwuduk dan wajib untuk mandi wajib ini hendaklah dilakukan oleh suami sebaik sebelum tidur.
Isteri juga wajib untuk mandi wajib tetapi tidak disunnahkan dilakukan sebelum tidur seperti suami, mungkin boleh dilakukan sebelum bersiap solat Subuh.