HomeMalayTips Memilih Selimut Bayi Yang Sesuai

Tips Memilih Selimut Bayi Yang Sesuai

Tips memilih selimut bayi merupakan salah satu ilmu penting bagi ibu bapa. Sebagai seorang dewasa anda mungkin tiada masalah dalam memilih selimut yang sesuai untuk diri sendiri. Seorang dewasa selalunya tidak begitu cerewet menentukan jenis selimut yang diingini kerana kemampuan mereka dalam memahami selera dan keperluan sendiri.

Namun untuk memilih selimut untuk seorang bayi, adakalanya seorang ibu atau bapa sendiri akan menggaru-garu kulit kepada yang tidak gatal. Seorang bayi tidak mampu menyatakan sama ada mereka selesa menggunakan selimut yang disediakan oleh ibu bapa mereka. Mereka hanya mampu bereaksi sama ada melalui senyum tawa, merengek dan menangis. Maka dengan itu, ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan mereka tidak tersalah pilih ciri-ciri selimut terbaik untuk bayi mereka. 

Sebenarnya, tugas penting bagi ibu bapa ini tidaklah terlalu rumit jika anda mengetahui sedikit sebanyak info dan tips memilih selimut bayi. Malah ia sebenarnya jauh lebih mudah dari apa yang kita fikirkan.

Fahami Dahulu Fungsi Selimut

Pertama sekali, kita perlulah memahami bahawa tujuan utama pemakaian selimut adalah untuk melindungi diri dari kesejukan. Tentu sekali ia menjadi pendamping setia anda saat kesejukan ketika berlaku hujan atau ketika menghadapi musim sejuk di negara empat musim.

Jika cuaca tidak sejuk sekalipun, selimut berfungsi untuk melindungi kulit dari gigitan serangga kecil seperti nyamuk dan semut.

Selain itu, fungsi selimut juga untuk membangkitkan rasa selesa dan nyaman pada saat-saat tertentu seperti semasa dalam ketakutan dan kesedihan. 

Tidakkah kita pernah mendengar atau menonton di televisyen aksi kanak-kanak atau orang dewasa yang lari bersembunyi di bawah selimut saat berada dalam ketakutan ketika melihat hantu?

Perbezaan Tubuh Bayi Dengan Orang Dewasa

Seorang bayi kecil yang baharu lahir tidak memiliki lapisan lemak yang tebal seperti manusia dewasa. Kecuali apabila usia mereka semakin meningkat sehingga bergelar kanak-kanak, saiz badan mereka mungkin akan berubah dan keadaan ini akan berbeza bagi setiap kanak-kanak. Ketebalan lapisan lemak akan berbeza di antara kanak-kanak yang kurus dan gemuk.

Seorang bayi tidak memiliki kemampuan mengawal suhu tubuh mereka seperti kanak-kanak dan orang dewasa. Mereka juga mengalami kehilangan haba lebih cepat berbanding dan tidak mempunyai banyak lemak untuk berfungsi sebagai penebat haba seperti orang dewasa.

Jadi ibu bapa perlu memastikan setiap jenis pelindung tubuh badan bayi mereka seperti baju dan selimut mampu memberikan rasa selesa dan nyaman.

 

Tips Memilih Selimut Bayi Yang Sesuai

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memutuskan untuk membeli selimut seorang bayi. Berikut ialah tips memilih selimut bayi yang sangat berguna anda boleh diamalkan.

1. Pertimbangkan Keadaan Cuaca Setempat

Perhatikan jenis cuaca dan iklim setempat atau negara tempat anda berada. Malaysia sebagai contoh mengalami iklim khatulistiwa yang tiada musim sejuk dan musim panas yang terlalu ekstrim.  

Terdapat hari-hari di mana Malaysia akan mengalami penurunan hujan yang lebat, menjadikan suhunya agak selesa di antara 25 darjah celsius sehingga 28 darjah celcius. Dalam suhu purata sebegini, satu lapisan selimut atau selimut yang sederhana tebal sudah memadai untuk bayi anda.

Apabila matahari terik pula, suhu maksimum di Malaysia mampu mencecah 36 darjah celcius dan mungkin sehingga 40 darjah celcius di beberapa negeri seperti Perlis. Dalam purata cuaca sebegini, selimut yang sesuai untuk bayi anda tidak perlu terlalu tebal dan berlapis-lapis.

Di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland dan Bukit Tinggi, cuaca akan menjadi lebih sejuk terutama pada waktu malam dan awal pagi. Jadi anda boleh mempertimbangkan selimut yang lebih tebal untuk bayi anda.

2. Pertimbangkan Faktor Keselamatan

Bahaya berkaitan keselamatan boleh berlaku bila-bila masa dan tanpa kita sedari, selimut juga berpotensi menjadi ancaman keselamatan kepada bayi.

Selimut yang terlalu berseni dengan hiasan juraian bebenang dan reben tidak sesuai untuk bayi. Perhiasan selimut seumpama ini boleh terurai sendirinya dengan mudah apabila ditarik secara lembut oleh bayi. Reben yang panjang berisiko melilit leher bayi yang boleh mengakibatkan sesak nafas. Risiko bayi tercekik juga boleh berlaku apabila mereka memasukkan material ini ke dalam mulut sendiri tanpa kita sedari.

Berhati-hati juga dengan selimut yang dijahit sendiri dengan benang kait. Lubang-lubang selimut yang terlalu besar mampu ditembusi oleh saiz jari, lengan dan kepala bayi. Lubang-lubang pada selimut adalah tidak selamat bagi seorang bayi.

3. Material Selimut

Selimut yang selesa bagi seorang bayi mestilah dari jenis yang lembut dan tidak menyebabkan sensitif kepada kulit bayi yang halus. Salah satu jenis kain yang lembut ialah kapas. Carilah selimut yang dihasilkan daripada kain kapas atau cotton. Sebagai contoh selimut cotton muslin ini begitu lembut, ringan dan mempunyai ciri anti-fungus untuk kesihatan bayi anda. Kain jenis kapas mempunyai sistem pengudaraan yang baik bergerak keluar masuk melalui selimut.

Salah satu cara menentukan sama ada selimut itu memiliki pengudaraan yang baik ialah dengan mengujinya di hadapan udara kipas. Jika anda masih dapat merasakan aliran udara bergerak menerusinya, bermakna selimut tersebut memiliki sistem pengudaraan yang baik.

Seboleh-bolehnya, dapatkan selimut yang diperbuat daripada kapas organik dan bukan dari jenis sintetik.

4. Perhatikan Saiz & Berat Selimut

Semasa memilih selimut, pastikan ketebalan dan saiznya bersesuaian kerana kedua-dua faktor ini akan mempengaruhi berat selimut. Anda perlu memastikan bahawa berat selimut tersebut selesa untuk diletakkan di atas badan seorang bayi mengikut kapasiti keupayaan mereka menanggung berat. Jika selimut terlalu berat, kemungkinan mereka akan susah untuk bernafas dan merasa tidak selesa semasa tidur.

Saiz selimut yang sesuai bagi seorang bayi pula di antara 45 sehingga 60 inci. Saiz ini cukup untuk menutupi bayi dari bahagian leher sehingga hujung kaki. Jangan memilih selimut bersaiz terlalu besar kerana dibimbangi selimut itu akan membungkus bahagian kepala. Seorang bayi mampu menarik selimut dengan tangan mereka tetapi belum mampu untuk membuka atau mengangkat selimut yang menutupi wajah mereka. Kita tidak mahu berlaku kes bayi lemas akibat terperangkap dalam selimut yang terlalu besar.

5. Selimut Untuk Tidur Waktu Malam

Kerapkali apabila bayi terjaga waktu malam, tiba-tiba anda mendapati selimut mereka telah beralih kedudukannya. Sebagai ibu bapa, seboleh-bolehnya kita ingin melihat bayi tidur dengan lena sepanjang malam. Salah satu faktor yang mempengaruhi tidur bayi yang lena sepanjang malam ialah selimut. Bayi yang berselimut sepanjang malam selalunya dapat menikmati tidur dengan selesa sehingga ke pagi.

Selimut tidur bayi seharusnya berada tetap di atas badan mereka sehingga ke pagi. Baharulah mereka dapat menikmati tidur yang lena.

Anda boleh menyediakan sekurang-kurangnya dua jenis selimut iaitu selimut untuk siang hari dan selimut yang berlainan jenis untuk malam hari. Bayi anda boleh menggunakan selimut yang lebih tebal pada waktu malam memandangkan udaranya yang lebih nipis dan sejuk. 

6. Selimut Mudah Untuk Dicuci

Terdapat pelbagai jenis fabrik bagi selimut bayi. Kaedah basuhan bagi setiap fabrik juga berbeza. Sebagai ibu, anda perlu mahir mengenal jenis-jenis fabrik untuk mengenalpasti kaedah basuhan paling sesuai bagi mengelakkan material selimut menjadi rosak.

Anda tentu tidak mahu jika selimut bayi yang baru dibeli dan selesa dipakai oleh bayi anda tiba-tiba rosak.

Ikuti panduan bagaimana membasuh selimut bayi mengikut material dengan cara yang paling sesuai supaya tidak merosakkan selimut bayi anda.

Cara Membasuh Selimut Bayi Agar Kekal Lembut Dan Tahan Lama

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan