Antara perkara paling seronok yang dirasai ketika bermalam di hotel ialah apabila dapat mandi menggunakan alat pemanas air selepas semalaman merasai kesejukan pendingin hawa ketika tidur. Adakalanya perasaan ini membuatkan kita teringat-ingat sehingga apabila pulang ke rumah pun kita terasa seperti ingin memiliki alat pemanas air dalam bilik mandi. Mandian air panas telah diamalkan sejak berkurun lamanya oleh pelbagai peradaban bangsa di dunia. Orang Jepun terkenal dengan mandian di kolam air panas onsen tidak mengira musim sama ada musim panas mahupun musim sejuk. Masyarakat Roman pada zaman dahulu kala menyediakan rumah mandian air panas tertutup di kalangan orang-orang kenamaan.

Kebaikan mandian air panas

Manfaat utama mandian air panas adalah untuk kesihatan dalaman, luaran dan untuk ketenangan rohani.

  • Rendaman dalam tab mandian air panas yang dititiskan dengan haruman lavender sebagai contoh boleh memberikan ketenangan fizikal dan mengurangkan stres akibat kepenatan sepanjang hari.
  • Mandian air panas dapat memperbaiki dan melancarkan aliran darah. Ini disebabkan salur darah yang paling dekat pada lapisan kulit akan mengembang dan ini memperbaiki semula perjalanan darah dalam badan. Apabila aliran darah menjadi lancar, risiko penyakit berkaitan kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung dapat dikurangkan.
  • Rerendam dalam air panas juga dikatakan dapat membakar 130 nilai kalori iaitu bersamaan dengan 30 minit berjalan kaki.
  • Seseorang yang terkena selesema dan batuk akan lebih lega dan cepat sembuh apabila mandi dengan air panas.

Oleh itu tidak hairanlah jika mandian air panas begitu popular di seluruh dunia sejak zaman lampau. Mandian air panas yang terbaik ialah kolam air panas semulajadi dari perut bumi yang menghasilkan garam galian untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Namun pada hari ini mandian air panas boleh dimiliki di dalam bilik mandi dengan alat pemanas air moden. Walaupun kebaikannya tidak mampu menyamai kelebihan mandian kolam air panas semulajadi, ia satu-satunya jalan paling mudah untuk seseorang menikmati mandian air panas tanpa terhad kepada kekangan masa.

Untuk lebih selesa lagi, anda boleh mencampurkan air panas ini dengan minyak pati haruman, bunga-bungaan dan perahan limau nipis. Kaedah ini memberikan aroma kesegaran dan ketenangan kepada jiwa seseorang.

Pemanas Air Untuk Rumah

Membeli pemanas air tidak sama seperti membeli barangan harian seperti untuk tujuan makan dan pakai. Kita tidak membeli alat pemanas air setiap hari. Oleh kerana itu kita tidak mempunyai info dan pengetahuan asas yang cukup sebelum membuat pilihan pemanas air di pasaran. Anda sebenarnya tidak perlu merasa malu jika tidak mempunyai apa-apa pengetahuan teknikal mengenai alat pemanas air. Tambahan lagi terdapat pelbagai model dan jenis pemanas air di pasaran yang menawarkan kelebihan masing-masing.

Pemanas Air Tanpa Tangki

Bagi yang merancang untuk membeli alat pemanas air, ikuti beberapa tips berguna ini bagi memastikan anda membuat pemilihan alat pemanas air yang tepat untuk rumah anda. Kebiasaannya pemanas air di rumah individu adalah dari jenis tankless atau pemanas air tanpa tangki yang disambungkan terus ke saluran paip air rumah anda. Jadi dalam tips ini kami kongsikan info mengenainya.

Anda dapat membeli pemanas air tanpa tangki gas atau pemanas air tanpa tangki elektrik. Gas jauh lebih cepat dan lebih efisien dalam memanaskan air. Disebabkan output dan respon masa pemanasan sangat diperlukan bagi pemanas air jenis ini, sebahagian besar pemanas air tanpa tangki seluruh rumah memiliki bahan pembakar dalam bentuk gas seperti propana dan minyak tanah. Pemanas air jenis ini lebih efisien kerana rekabentuknya yang kompak dan penggunaan tenaga lebih efisien.

Tips Memilih Pemanas Air Tanpa Tangki

Dalam beberapa perkara, pemilihan pemanas air tanpa tangki lebih mudah kerana ia tidak melibatkan tangki penyimpanan. Jadi anda tidak perlu khuatir memikirkan tentang saiz tangki yang sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Satu perkara yang mungkin menjadi masalah tentang pemanas air tanpa tangki ialah apabila air yang disalurkan keluar tidak memanaskan air pada suhu yang sepatutnya mengikut tetapan iaitu hanya suam-suam kuku sahaja. Apapun anda boleh ikuti tip ini sebelum membeli.

1.Pilih pemanas air yang efisien dari segi penggunaan tenaga

Memilih unit pemanas air yang menjimatkan penggunaan tenaga secara efisien perlu dipastikan di tahap maksimum bagi mengelakkan sebarang masalah dari segi penggunaan tenaga elektrik.  Satu perkara yang perlu diingat adalah bahawa kecekapan dan penjimatan akan menurun apabila keperluan air panas isi rumah meningkat. Pun begitu ianya masih pilihan terbaik untuk anda berbanding dengan pemanas air tradisional.

Indikator Tenaga Faktor (EF) adalah penarafan yang digunakan untuk mengukur kecekapan unit yang paling banyak digunakan oleh kebanyakan barang elektrik termasuk alat pemanas air. Semakin tinggi penarafan nilai EF, semakin efisien pemanas air tersebut. Walau bagaimanapun, penarafan EF tidak menggambarkan secara keseluruhan maklumat mengenai kos tenaga.

Pemanas air menggunakan unit tangki mempunyai nilai penarafan EF yang lebih tinggi. Akan tetapi disebabkan gas kini merupakan sumber bahan api yang lebih murah daripada elektrik, unit gas lebih cenderung menjumlah kos operasi tahunan yang lebih rendah.

Pemanas air tanpa tangki adalah lebih cekap dari segi penggunaan tenaga. Apabila teknologi rekaannya bertambah baik dan permintaan meningkat, kos pembelian dan pemasangan seharusnya lebih rendah.

2. Memilih jaminan barangan

Setiap pengeluar dan model menyediakan jaminan yang berbeza di antara satu sama lain. Kebanyakan pengeluar menghendaki anda untuk mendaftarkan pemanas air yang dibeli bagi memastikan pemasangannya dilakukan secara profesional sebagai memenuhi syarat untuk perlindungan jaminan.

Lakukan perbandingan tawaran jaminan antara syarikat pengeluar dan model dalam senarai pilihan anda. Pengeluar dengan tawaran yang munasabah dari segi jangka masa jaminan dan prosedur tuntutan jaminan merupakan petunjuk yang baik bahawa pengeluar tersebut yakin dengan kualiti unit pemanas air yang dijual.

3. Pilihan saiz pemanas air yana tangki yang sesuai

Saiz suatu pemanas air akan ditentukan berdasarkan kenaikan suhu yang diperlukan untuk mencapai kadar aliran air tertentu. Dengan mengambil kira dua faktor ini, anda akan dapat memilih sistem pemanas air tanpa tangki yang paling sesuai mengikut keperluan keluarga anda.

Sebagai panduan anda boleh menganggarkan pemanas air tanpa tangki anda akan menyalurkan air antara 2 sehingga 5 gelen air panas bagi setiap minit. Sistem unit yang dipacu oleh pemanasan gas dapat menghasilkan kadar aliran air yang lebih tinggi daripada sistem elektrik. Ini berbeza dengan pemanas air tradisional yang ditentukan oleh kapasiti tangki tersebut.

Oleh itu, mencari unit pemanas air tanpa tangki bersaiz yang betul untuk memenuhi permintaan air panas seisi rumah adalah sangat penting kerana anda tidak mempunyai tangki simpanan untuk menampung sebarang kekurangan semasa tempoh puncak puncak penggunaan.

4. Pemilihan bahan bakar untuk pemanas air tanpa tangki anda

Jenis bahan bakar yang anda pilih akan memberi kesan kepada saiz dan kecekapan tenaga unit pemanas air anda. Faktor ini akan menentukan perbelanjaan bulanan dan tahunan anda. Mengubah bahan bakar juga akan mempengaruhi kesemua kos yang terlibat.

Pilihan bahan api yang paling biasa digunakan adalah gas asli, propana, dan elektrik. Kebiasaannya jenis bahan api yang anda pilih akan ditentukan oleh bahan bakar yang terdapat di kawasan anda. Jika kawasan anda menawarkan lebih daripada satu pilihan, anda harus membandingkan kos setiap bahan api serta kecekapan unit tangki sebelum membuat keputusan. Pemanas air tanpa tangki yang menggunakan bahan bakar gas adalah pilihan yang sangat baik jika anda mempunyai pilihan untuk penggunaan gas asli atau propana.

5. Kos membaik pulih

Kebiasaannya unit pemanas air tanpa tangki jarang mendatangkan masalah walaupun anda tidak melakukan penyelenggaraan secara tahunan. Akan tetapi ia lebih terdedah kepada faktor ralat kod yang akan memberi masalah kepada pemanasan air.

Masalah utama yang biasa terjadi kepada pemanas air tanpa tangki ialah pembentukan bahan mineral daripada air. Pembentukan mineral ini akan memberi kesan kepada keupayaan penukaran suhu air di mana ia mungkin akan menjadi lebih sukar. Masalah akan terjadi di mana mungkin air sukar dipanaskan atau pemanasan air meningkat melebihi suhu yang sepatutnya. Apabila masalah ini terjadi, kadar jangka hayat uni pemanas air anda menjadi merosot.