Adakah anda tahu bahawa essential oil mampu memberikan manfaat kepada kanak-kanak autisme dan anak-anak yang mengalami ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)?
Biasa dengar essential oil ni banyak digunakan sebagai terapi urutan di spa-spa jer kan?
Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Penyebab utama autism ialah :
- Komunikasi
- Tindak balas sosial
- Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.
Tanda dan gejala
Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :
Komunikasi
- Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
- Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
- Kurang cerdas semasa bermain
- Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
Tindak balas sosial
- Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
- Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
- Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
- Suka bermain sendirian
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
- Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
- Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
- Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
- Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Komplikasi
Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.
- Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
- Peringkat akhir kanak-kanak – suka menyerang, mencederakan diri sendiri
- Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan
Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :
- Membaiki kemahiran sosial
- Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
- Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
- Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.
Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:
- Kelakuan ganas
- Hiperaktif
- Kebimbangan yang mungkin timbul
Rehabilitasi
Beberapa pencegahan termasuk :
- Terapi pertuturan dan bahasa
- Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak
- Cara pulih kerja ( occupational therapy )
- untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
- berbagai rangsangan pancaindera / deria
- Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
- Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas
- Pendidikan khas
- kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )
- Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration )
- Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
Kanak-kanak dengan gangguan spektrum autisme selalunya akan berasa resah apabila melalui peralihan rutin harian dan mempunyai masalah tidur.
Ramai ibu bapa telah menggunakan minyak essential untuk menenangkan anak dan membantu mereka tidur dengan lebih nyenyak.
Dr. Jill Hollway dan sekumpulan penyelidik di Pusat Perubatan Ohio State University Wexner telah membuat kajian mengenai trend penggunaan minyak essential untuk membantu kanak-kanak autisme. Kajian ini masih dijalankan dan keputusan kajian ini belum diketahui lagi.
Tetapi jika anda ingin mencuba kaedah ini, dapatkan nasihat doktor dan pakar dulu untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau masalah.
Beberapa Peringatan Penting Apabila Menggunakan Minyak Essential
- Ia adalah minyak yang sangat kuat dan tepu. Ikut jumlah yang dicadangkan dan ingat hanya sedikit minyak diperlukan setiap kali. Lebih banyak tidak bermakna ia lebih baik.
- Ia perlu dicairkan dengan minyak lain mengikut sukatan yang betul. Semak dengan pakar ataupun beli minyak yang telah dicairkan.
- Semak dengan profesional yang berkelayakan untuk menentukan sama ada ia boleh digunakan secara topikal atau secara aroma.
- Pastikan penutup ditutup rapat dan jauhkan dari suhu tinggi, supaya ia boleh tahan lebih lama.
- Simpankan dengan baik dan jauhkan dari kanak-kanak. Ada yang boleh melecurkan kulit apabila ia belum dicairkan dengan minyak lain.
Minyak Essential dan Kebaikannya
1) Minyak Kemenyan (Frankincense)
Bagi kanak-kanak dengan autisme atau ADHD, minyak kemenyan boleh membantu mereka kekal fokus. Di samping boleh membantu meningkatkan sistem imun, ia juga boleh mengurangkan tindak balas tekanan dan emosi negatif
Baca review pengguna Frankincense oil
2) Minyak Vetiver
Pada tahun 2001, kajian yang dijalankan oleh Dr. Terry Friedman telah mendapati minyak vetiver boleh menenangkan kanak-kanak dan membantu mereka yang mudah terganggu, yang menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian, dan yang tidak sabar.
Baca review pengguna Vetiver oil
3) Minyak Cendana (Sandalwood)
Minyak cendana menggalakkan pemikiran yang jelas, terutamanya apabila digunakan dengan diffuser. Ia juga mempunyai kesan yang menenangkan dan yang boleh membantu kanak-kanak autisme.
Baca review pengguna Sandalwood oil
4) Minyak Cedarwood
Bau Minyak Cedarwood menenangkan dan menggalakkan pengeluaran serotonin, yang kemudiannya ditukar kepada melatonin di dalam otak. Ini boleh membantu kanak-kanak tidur dengan lebih baik.
Baca review pengguna Cedarwood oil
5) Minyak Lavendar
Ia boleh menenangkan kanak-kanak dengan autisme, membantu meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan kebimbangan serta tekanan emosi.
Baca review pengguna Lavendar oil
6) Minyak Mandarin
Ramai kanak-kanak gemar aroma limau yang manis. Ia juga boleh membantu mengurangkan keresahan dan mengurangkan insomnia.
Baca review pengguna Mandarin oil
7) Minyak Pudina (Peppermint)
Minyak ini paling serba guna antara semua minyak essential di dunia. Sesuai untuk kanak-kanak autisme, ADHD, dan ADD, ia boleh menenangkan badan dan meningkatkan fokus mental serta memberi sensasi yang sejuk apabila digunakan.
Baca review pengguna Peppermint oil
8) Minyak Ylang-Ylang
Di kenali sebagai sedatif yang berkesan, minyak ini juga antiseptik, dan boleh mengurangkan kemurungan serta kekejangan. Ia mempunyai kesan positif ke atas emosi manusia dan boleh membantu meningkatkan aliran darah ke bahagian tertentu di badan.
Baca review pengguna Ylang-Ylang oil
9) Minyak Bergamot
Minyak ini dianggap minyak penting bagi mereka dengan autisme kerana ia boleh mewujudkan perasaan kegembiraan, kesegaran, dan perasaan bertenaga. Pada masa yang sama, minyak bergamot boleh menenangkan badan dan mengurangkan tekanan dan kemurungan.
Baca review pengguna Bergamot oil
10) Minyak Chamomile
Ia adalah minyak essential terbaik apabila mengalami tekanan dan kemurungan. Menurut kajian, wap chamomile yang disedut, berkesan untuk menenangkan orang.