Tabiat minum kopi di kalangan rakyat Malaysia ini bermula dari sejak zaman dulu lagi apabila ia diperkenalkan oleh pegawai askar Inggeris semasa tempoh penjajahan British. Ada juga menyatakan kopi datang ke Tanah Melayu lebih awal dari itu.

Dulu kopi juga sinonim dengan kopitiam iaitu bisnes kedai kopi yang dijalankan oleh peniaga keturunan Cina Hainan dan Hokkien di pekan-pekan dan warung kopi di kampung-kampung. Kini, budaya kopi bukan lagi sekadar di kopitiam dan warung kopi.

Kewujudan kedai kopi moden bercirikan mewah dan gaya funky telah menjadikan budaya kopi ini sebagai satu urban lifestyle di bandar-bandar besar terutama di kalangan generasi muda hari ini.

Kredit: Coffeeandtealover.com

Kopi tempatan juga bukanlah satu-satunya pilihan yang ada kerana kedai kopi moden ini turut memperkenalkan kopi jenis espresso, macchiato, mocha, latte, cappuccino dan sebagainya. Harganya pula bukanlah dalam kadar mampu minum kerap kerana ia boleh mencecah RM7.00 ke atas bagi secawan kopi.

Kopi adalah minuman harian masyarakat Malaysia dan secara umumnya mengambil kopi O tanpa gula dengan jumlah yang sederhana adalah baik untuk kesihatan. Mengambil kopi O dengan gula yang sedikit iaitu sekadar satu sudu masih boleh dikira sihat namun jika diambil dengan pemanis gantian lain seperti stevia atau sukralose tanpa kalori adalah lebih baik.

Kopi yang dicampur dengan krimer tidak sihat kerana krimer mengandungi asid lemak ‘trans’ yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh menjadi punca kepada masalah pengerasan saluran darah (atherosklerosis) yang akhirnya boleh menyebabkan masalah penyakit jantung.

Sementara itu, bahan kafein dalam kopi berfungsi untuk menghalang kesan pencetus saraf adenosine (neurotransmitter) yang boleh menyebabkan keletihan serta mengantuk. Biasanya paras adenosine akan meningkat menjelang waktu petang dan akan membuatkan seseorang itu berasa letih dan mengantuk terutama menjelang malam.

Kafein juga membantu merangsang otak untuk kekal aktif dan mengurangkan rasa letih. Kafein juga meningkatkan paras pencetus saraf seperti dopamin dan norepinefrin. Kafein begitu cepat meresap ke dalam darah dan berdasarkan kajian secawan kopi akan memberikan kesan seawal 20 minit selepas diminum sehingga sejam untuk kesan maksimum kepada otak kita.

Kajian terkini menunjukkan minum kopi yang mengandungi kafein mempunyai faedah kesihatan jika diambil dalam dos yang sederhana. Syaratnya kopi yang diambil itu tidak mengandungi gula yang berlebihan dan juga tidak diambil bersama krimer.

Dalam pada itu, laporan yang diterbitkan dalam International Journal of Cardiology pada November 2009 berhubung 21 kajian kohort tentang kopi sejak tahun 1966 sehingga 2008 telah membuat kesimpulan bahawa minum kopi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kajian lain juga menunjukkan kopi mampu memberikan kesan positif terhadap kawalan tekanan dengan bertindak menghalang reseptor adenosine A2A yang mengawal kadar tekanan. Kajian juga menunjukkan kafein meningkatkan metabolisme tubuh sehingga 11 peratus dan membantu membakar lemak sehingga 13 peratus.

Terdapat pelbagai kajian lain yang menunjukkan kopi membantu melindungi kerosakan hati sehingga 84 peratus. Kajian turut menunjukkan kopi juga membantu memanjangkan jangka hayat dengan mengurangkan risiko kematian pramatang akibat penyakit kronik sehingga 30 peratus terutama dalam kalangan wanita dan pesakit diabetes.

Kajian juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko kanser hati sehingga 64 peratus, kanser kolorektal sehingga 38 peratus dan kanser kulit sehingga 20 peratus. Kajian yang menarik juga menunjukkan kopi mengurangkan risiko gout sehingga 40 peratus kepada lelaki dan 57 peratus kepada wanita.

Dalam perkembangan berkaitan pengambilan kopi dengan kadar yang disyorkan adalah antara dua hingga empat cawan (tanpa gula yang tinggi dan tanpa dicampurkan krimer). Bagaimanapun pengambilan kopi melebihi empat cawan sehari atau lebih daripada 400mg kafein sehari akan menyebabkan tangan menggigil, keresahan, kerisauan, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur.

Di bawah adanya pilihan untuk sediap jenis bancuhan yang boleh anda fikirkan. Setiap pilihan pun adalah terbaik untuk categori mereka sendiri untuk tahun ini. Cuba jika tidak percaya!

1. BLACK+DECKER 12-Cup Thermal Coffeemaker

Foto: Amazon.com

Anda mungkin tidak akan menyangka sudah berapa lama teko kopi itu telah berada di atas kaunter dapur anda lagi. Mesin pembancuh kopi dengan kuantiti sesuai untuk 12 cawan dari Black+Decker ini memiliki skrin digital yang boleh memberitahu anda sudah berapa lama kopi tersebut sudah dibuat oleh rakan serumah anda. Bukanlah ia penting kerana muncungnya telah dilindungi dari dimasuki udara untuk mengekalkan kesegaran selama berjam-jam.

2. OXO On Barista Brain 9 Cup Coffee Maker 

Foto: Consumer Reports

OXO baru sahaja melibatkan diri dalam pembuatan mesin mudah dipasang (berlainan dengan kepakaran mereka dalam peralatan dapur manual) dan kami sangat obses dengannya. Mesin yang anggun ini meniru cara penuangan kopi tanpa perlu menghabiskan RM15 untuk satu cawan kopi ataupun menukar pakaian anda untuk mendapatkannya di luar. Hanya dengan menggunakan pemproses mikro, rasa yang dihasilkan sememangnya tiada bandingan. 

3.  Keurig K575 Single Serve Programmable Coffee Maker

Foto: best Coffee Maker

Jika anda tinggal di rumah yang besar dan sibuk, mesin terbaru Keurig K575 adalah pilihan tepat untuk anda. Takungan airnya boleh menampung sehingga 10 cawan sebelum anda perlu mengisinya semula. Ia menerima pelbagai saiz cawan K pod yang berlainan dan muncungnya memiliki tenaga untuk mengawal pilihan dan juga membenarkan anda untuk memanaskan air biasa jika anda merupakan peminat teh! Sejujurnya ia adalah sejenis mesin yang ajaib. 

4. Bonavita BV1900TS 8-Cup Stainless Steel Coffee Maker 

Foto: Falcon Zero

Pembancuh kopi inilah yang sering diperkatakan oleh orang ramai dan selalu mendapat pujian konsisten dari pengulas Amazon dan CNET. Jangan rasa tertekan nak menghabiskan kopi anda sebelum ia menjadi sejuk, kerana adanya pemanas 1500-watt yang kuat dan efisyen yang boleh membantu anda untuk mengekalkan suhu bancuhan ideal 195 hingga 200 darjah selsius. Tambahan jika anda berani: terdapat pilihan mod pra-infusi yang dapat merendam bijian kopi panggang untuk membenarkan pengeluaran gas sebelum membancuh. Ini apa yang dipanggil win-win situation! 

5. Hamilton Beach BrewStation Summit Ultra 48465 

Foto: Amazon.com

Bancuhlah dengan cara yang anda ingini dengan mod empat jenis bancuhan, termasuk sederhana, agresif, berais ataupun kuantiti kecil. Hidangan secara satu tangan adalah mudah dengan dispensing bar mesin ini untuk mendapatkan bancuhan segera.

6. KitchenAid 12-Cup Coffee Maker in Onyx Black 

Foto: Kitchen Collection

Siapa yang tidak gemar pada peralatan KitchenAid? Anda hanya perlu tekan sekali untuk kopi yang sempurna setiap kali. Mesin ini dapat menjimatkan masa pagi anda dengan pemprograman 24 jam bancuhan sehingga 12 cawan kopi sederhana dan agresif. Tambahan pula, ciri-ciri pause and pour ini membolehkan anda berhentikan proses bancuhan tersebut seketika agar anda boleh mengambil secawan kopi dan teruskan rutin hidup anda. 

Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.