HomeMalayTampil cantik dengan 5 pewarna rambut halal & trendy

Tampil cantik dengan 5 pewarna rambut halal & trendy

Tidak kira sama ada bertudung atau tidak, keinginan untuk memiliki rambut rona perang atau kemerahan pastinya ada dalam diri setiap wanita. Mungkin kerana fitrah semula jadi wanita yang mahu sentiasa cantik, ramai menyimpan angan untuk bergaya persis selebriti biarpun hanya di rumah.

Namun, suatu hal yang kerap membantutkan niat kebanyakan wanita atau lelaki untuk mewarnakan rambut adalah kerana perasaan waswas pada isi kandungan produk serta kemusykilan sama ada ia mampu menyerap air.

 

Foto: Woman’s Day

Tak pelik sebenarnya kalau kita tengok ramai orang zaman sekarang mewarnakan rambut mereka. Zaman semakin moden, semua benda dah jadi sebagai trend sekarang. Umum pun tahu, umat islam tidak digalakkan mewarnakan rambut dengan pewarna untuk mengelakkan amal ibadah kita tidak diterima Allah. Walaupun ada pewarna yang mempunyai lambang halal, namun tidak semestinya pewarna itu boleh dibuat solat dan sebagainya. Apa pula yang perlu dilakukan sekiranya orang islam mewarnakan rambut yang tidak mempunyai lambang halal atau sah untuk diguna? Bagaimana pula dengan mandi wajib? 

Jenama Pewarna Rambut Yang Halal 

Seiring peredaran masa,  model juga perlu berubah. Untuk segelintir orang trend seperti ini barangkali bukan menjadi sebuah kemestian. Tetapi bagi remaja masa kini pasti sering memerhatikan model seperti ini. Tentu akan membuat seseorang yang menggemari style yang up to date. Salah satu style yang sering menjadi perhatian ialah style rambut dan Jenama Pewarna Rambut Yang Halal. Biarpun hanya dilihat sebagai hal kecil saja, namun tentu saja penggayaan serta warna rambut menjadi fokus ikutan para wanita. Tidak harus ada perubahan yang banyak, hanya dengan mengganti style rambut sahaja. 

Pada waktu ini masih menggunakan model rambut yang lama, maka itu sekarang para penikmat remaja kekinian sudah dapat mendapatkan Jenama Pewarna Rambut Yang Halal gaya rambut dengan model rambut yang menjadi top saat ini. Selain memiliki model yang trend, gaya rambut tahun ini juga tentunya lebih baru dan lebih fresh. Terdapat berbagai style rambut yang dapat diterapkan dan pasti akan menjadikan kamu tidak ketinggalan model.

Penggunaan seperti pewarna rambut berkimia dan inai menjadi mekanisme utama dalam mengubah warna rambut.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Anisah Ab. Ghani berkata, menjaga kecantikan memang digalakkan oleh Islam tetapi pelaksanaannya mestilah berlandaskan hukum syarak.

 

Foto: Matrix

Wanita hari ini terlalu dimomokkan dengan kepentingan menjaga kecantikan baik rupa paras, rambut mahupun penjagaan tubuh badan agar kelihatan lebih muda, bergaya dan langsing. Namun, apakah kecantikan adalah segala-galanya dalam hidup ini dan hukumnya menurut pandangan Islam?

Menurutnya, hukum mewarna rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak yang terlibat dalam kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Katanya, mewarna rambut bagi wanita hanya dibolehkan kepada mereka yang bersuami dan memakai tudung. Tujuan mewarna pula adalah untuk mencantikkan diri untuk suami dan mengeratkan tali perkahwinan itu dengan memperindahkan diri hanya untuk tontonan suami.

5 Pilihan pewarna rambut halal 

Disini kami senaraikan 5 jenis pewarna rambut halal yang boleh menjadi pilihan bagi wanita muslimah . 

1) Pewarna rambut Shurah

Terdiri daripada 7 varian warna yang menawan. Ia dirumus khas dengan bahan-bahan semulajadi seperti Ekstrak Inai, Susu Kambing dan Pati Sari Botani yang menghasilkan warna yang menarik untuk rambut yang sihat berseri.

Dirumus khas Tanpa Ammonia untuk mewarna dan menutupi rambut beruban dan mengembalikan warna asli rambut anda. Ia boleh didapati dalam tiga jenis warna: 11 – Hitam Asli, 22 – Perang Asli dan 66 – Kayu Manis Asli.

Foto: Tesco Groceries

Pewarna Rambut Shurah boleh mewarna, melembap dan melindungi rambut anda semasa dan selepas pewarnaan rambut. Hasilnya, rambut anda menjadi sihat berseri dengan warna yang sekata.

Mengandungi susu Kambing yang membekalkan nutrien-nutrien penting yang dapat membekalkan khasiat pada kulit kepala anda untuk melembap dan menyuburkan rambut agar lebih sihat, lembut dan mudah diurus.

2) Gumash Nourishing Hair Color 

Kini anda dah tak perlu rasa ragu ragu untuk mewarnakan rambut. Tak payah risau samaada SOLAT anda SAH atau TIDAK. Gumash adalah PEWARNA RAMBUT SAH WUDHU’ yang diiktiraf oleh 2 panel syariah yang dilantik khas bagi produk ini.

Foto: gumashhaircolor.blogspot.com

Gumash Hair Color mengandungi argan oil. Seperti yang kita tahu, argan oil ini banyak kelebihan contohnya ia dapat meningkatkan keanjalan rambut serta menjadikan rambut lebih bersinar dan cantik. Produk ini juga  mengandungi cocoa butter yang dapat membantu melembapkan rambut, memudahkan pengurusan rambut, menghalang sebarang kerosakan pada rambut dan lain lain lagi. Selain itu, Gumash Hair Color dihasilkan tanpa parabens dan ammonia yang membahayakan tubuh badan.
Gumash Hair Color buat masa ini didatangkan dengan tiga warna yang berbeza iaitu black, dark brown dan juga dark red. InsyaAllah dimasa akan datang, mereka akan menghasilkan warna warna lain untuk memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna seperti copper dan light blonde.

3) L’Oreal Professionnel Majirel

L’Oreal Professionnel Majirel, pewarna ini bukan sahaja bebas daripada bahan berasaskan haiwan, tetapi juga telah diuji ketelapanya. Terbukti warna ini telap air dan mesra wudhu. Ia sesuai dipakai oleh semua orang terutama sekali para wanita yang berhijab. Pewarna rambut ini memberikan hasil warna yang mewah serta bertahan menawan litupan sempurna walaupun rambut beruban.

 

Foto: Overstock.com

L’Oreal Professionnel bersama pengasasnya, Eugene Schueller mengamalkan prinsip dengan mengekalkan DNA: Penyelidikan dan inovasi dalam perkhidmatan kecantikan. Mereka tidak pernah berhenti meningkatkan penguasaan warna untuk menawarkan kepada pendandan rambut dengan pelbagai teknologi tinggi, pilihan palet paling banyak dan pigmen serta teknik utama untuk menghasilkan warna yang menawan dan unik. Jenama ini juga yang pertama di dunia yang melancarkan pewarna rambut yang tidak berbahaya untuk digunakan.

Dengan pewarna rambut L’Oreal Professionnel Majirel yang telap air ini, dapat menghilangkan segala keraguan anda dalam melakukan tugasan harian. Kini anda bebas memiliki rambut berwarna dengan warna kesukaan anda!

4) Pewarna rambut Super Lebat D’herbs

Pewarna Rambut Super Lebat Hitam D’Herb tidak mengeringkan dan menjadikan rambut hitam dan perang secara semulajadi. Dirumuskan khas daripada 100% herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein untuk kesuburan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Pewarna rambut yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan menjanjikan pengalaman mewah yang selesa ketika proses mewarna. Setiap helaian rambut akan dirawat dan dibelai dengan bahan premium terpilih.

 

Foto: eliza trading

Produk ini sudah melalui kajian menyeluruh, bukan saja sekadar fungsinya untuk mewarnai rambut tanpa merosakkan rambut tetapi paling utama ia halal dan telap air. Ini sekali gus membantu pengguna menjauhi was-was akan sempurnanya wuduk.

Krim pewarna ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti ammonia dan paraben yang boleh merosakkan tekstur kulit kepala hingga menimbulkan masalah kegatalan dan munculnya kelemumur.

5) Garnier color natural

Anda ingin mewarna rambut anda dan pada masa yang sama inginkan rambut kekal sihat bersinar? Jangan risau kerana Garnier Color Naturals ada penyelesaiannya. Garnier telah memperkenalkan rangkaian pewarna rambut yang telus air dan merawat rambut agar terjaga dan warna berkilau.

Rangkaian pewarna rambut Garnier Color Naturals kini diperkuasakan dengan bahan semula jadi untuk rambut yang dirawat, malah ia telus air (water permeable).

 

Foto: blanja.com

Selain daripada teknologi boleh telus air, rangkaian pewarna rambut Colors Naturals Garnier yang baharu ini adalah bebas ammonia. Ini bermakna bukan sahaja krim ini memberikan tekstur rambut yang lebih baik, merawat rambut serta memberikan warna menarik, dan berbau wangi sewaktu penggunaan.

Garnier Color Naturals ini menggunakan bahan-bahan berasaskan alam semula jadi, seperti minyak zaitun, avocado, dan badam yang memberikan warna dan ketahanan rambut selama lapan (8) minggu. Garnier Color Naturals adalah dibukti secara klinikal untuk memberikan rambut berkilau x5, menutup uban dan senang digunakan.

 

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan