Kuala Lumpur, 8 April 2019 – Tugas menavigasi di pusat beli-belah tidak pernah semudah ini – dan selumayan ini! Aplikasi Mudah Alih Sunway Pyramid keluaran terbaharu merupakan aplikasi mudah alih pusat beli-belah yang pertama dilengkapi dengan navigasi premis masa nyata (real-time indoor navigation), ia bakal merevolusikan pengalaman membeli-belah anda.

Dengan lebih daripada 1,000 bilangan kedai khusus yang menarik terletak di Sunway Pyramid, bukan mudah untuk pembeli-belah mencari lokasi yang ingin dituju dalam perkarangan berkeluasan 1.8 juta kaki persegi ini yang meliputi empat aras bangunan.

Sunway Pyramid bekerjasama dengan pasukan Google Indoor Maps untuk mengintegrasikan aplikasi mudah alih dengan enjin peta Google untuk versi aplikasi yang akan datang – pelanggan tidak perlu lagi menghabiskan masa mencari kedai kegemaran atau direktori ke destinasi yang dikehendaki.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Beli-Belah Sunway, Kevin Tan berkata, “Sebagai sebuah destinasi gaya hidup yang mendengar keperluan para pelanggannya, ini merupakan satu kaedah yang baik untuk memberikan mereka kemudahan, serta ganjaran eksklusif dan kandungan yang sesuai untuk menzahirkan sebuah pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan – semuanya di hujung jari mereka. Kami berharap dengan pengenalan Aplikasi Mudah Alih Sunway Pyramid ini, para pengunjung mempunyai lebih banyak sebab untuk memilih kami sebagai destinasi gaya hidup kegemaran mereka.”

Bukan itu sahaja, pembeli-belah juga akan diberikan ganjaran dengan penggunaan aplikasi tersebut, lantas memberikan mereka lebih banyak nilai atas masa yang diluangkan di pusat beli-belah ini. Ganjaran eksklusif yang terhad kepada aplikasi tersebut menanti pembeli-belah di kedai-kedai seperti YSL, Laneige, Sulwhasoo, Yves Rocher, Chanel, Dorothy Perkins, Topshop, Topman, Miss Selfridge, Burton Menswear London, Nelissa Hilman, Hush Puppies, Love Bonito, JD Sports, NY Steak Shack, Genki Sushi, Coffee Bean & Tea Leaf, Mr Roti Canai, Brotzeit, O.W.L, Gem Studio dan Tomei.

Apa yang menarik lagi, pengguna juga boleh menjawab kuiz melalui aplikasi tersebut untuk mengenal pasti persona membeli-belah masing-masing. Ketahui sama ada anda ialah seorang ‘Trendsetter’, ‘Digital Genius’, ‘Family Hero’, ‘Smart Spender’ atau ‘Golden Groover’ dengan menjawab beberapa soalan mudah – maklumat ini berserta corak navigasi pembeli-belah, dan tabiat penebusan serta pencarian akan dipertimbangkan untuk memperibadikan kandungan yang relevan dan tepat bagi setiap pengguna.

Untuk mengenali Aplikasi Mudah Alih Sunway Pyramid ini secara lanjut, pembeli-belah boleh menyertai sebuah acara yang menyeronokkan bakal diadakan di Water Feature, Aras G dari 12-28 April.

Setelah aplikasi tersebut dimuat turun dan proses pendaftaran dibuat, pembeli-belah boleh mengimbas ID Keahlian mereka untuk menikmati pelbagai ganjaran dan hadiah seperti sampel daripada Laneige, L’occitane, Clinique, Sulwhasoo, baucar tunai daripada Genki Sushi, susu kocak percuma daripada NY Steak Shack, baucar membeli-belah dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti lain merangkumi sesi mewarna untuk kanak-kanak, kerusi urut untuk bersantai, dan ruang kios foto.

Aplikasi Mudah Alih Sunway Pyramid ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple AppStore bermula 12 April 2019. Untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai tatacara penggunaan aplikasi ini, sila layari pautan YouTube di sini.

Maklumat lanjut mengenai Aplikasi Mudah Alih Sunway Pyramid dan senarai penuh berkaitan kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam program ini serta ganjaran, boleh didapati dengan melayari http://sunwaypyramid.com/mobile-app.

Maklumat terbaharu juga boleh didapati di platform media sosial Sunway Pyramid atau anda boleh melayari www.sunwaypyramid.com/hubungi 03-7494 3100.