HomeMalaySimpanan Darah Tali Pusat

Simpanan Darah Tali Pusat

Tahukah anda bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2002 telah mempersetujui akan penggunaan sel stem dan simpanan darah tali pusat bayi untuk tujuan perubatan hukumnya adalah harus.

Dalam perkara ini sebenarnya, ramai ibu bapa yang kurang pendedahan dan maklumat tentang sel stem darah tali pusat. Jadi, berlaku banyak salah faham tentang hal ini. Bagi merungkai kekeliruan anda tentang simpanan sel stem dan darah tali pusat, Pengarah Makmal di salah satu bank sel stem di Malaysia, Dr Maneerat akan menceritakan lebih lanjut tentang prosedur simpanan darah tali pusat dan tips memilih bank darah tali pusat.

MamaPapa: Boleh Dr ceritakan bagaimana prosedur pengambilan darah tali pusat daripada bayi baru lahir?

Dr Maneerat: Pertama, kita perlu mengambil darah tali pusat. Darah tali pusat hanya boleh diambil daripada tali pusat sejurus sahaja selepas bayi dilahirkan (sama ada bersalin secara normal ataupun secara pembedahan). Pengambilan darah ini tidak akan memudaratkan ibu dan bayi, malah tidak akan mengubah prosedur kelahiran yang biasa dilakukan.

Sebelum bayi dilahirkan, kit pengambilan berserta kod pengenalan unik akan disediakan sebagai prosedur pengambilan untuk setiap bayi. Kod unik ini akan bersambung dengan informasi yang telah anda berikan semasa pendaftaran dengan pusat bank, seperti tarikh luput, tarikh pengambilan dan sebagainya. Pengambilan darah tali pusat juga amat mudah serta selamat untuk ibu dan bayi. Proses pengambilan turut dihadiri oleh doktor yang merawat, dan hanya mengambil masa kira-kira 5 minit sahaja selepas kelahiran bayi.

Gambar rajah di bawah menunjukkan cara-cara proses pengambilan.

Doktor akan memotong tali pusat. Bayi akan diasingkan daripada uri.

Jarum dari beg pengumpulan akan dicucuk pada saluran vena tali pusat.

Darah disalurkan dari tali pusat ke dalam beg pengumpulan melalui tarikan graviti.

Sebaik sahaja darah tali pusat diambil, beg pengumpulan akan diletakkan dalam kit pengumpulan yang direka khas dan dibawa ke makmal untuk diproses.

Seterusnya, langkah memproses sel. Sebaik sahaja darah tali pusat tersebut tiba di makmal, kit pengumpulan akan didaftar pada sistem IT yang direka khas. Proses bermula dengan melabel unit pendaftaran daripada sistem IT untuk memastikan integriti data. Unit darah tali pusat ini akan diproses di dalam bilik tapisan yang bersih, bertujuan untuk melindungi sampel daripada tercemar. Proses ini akan dijalankan oleh pakar teknologi makmal yang terlatih.

Setiap unit darah tali pusat ini akan diproses dengan menggunakan sistem teknologi automatik SWISS, iaitu sistem yang digunakan oleh kebanyakan bank darah tali pusat di seluruh dunia. Tujuannya adalah untuk memastikan penemuan maksimum sel stem. Selepas pemulihan sel, kualiti dan kuantiti sel stem bayi akan ditentukan termasuklah dengan cara menguji kesterilan sel stem terakhir yang sudah diproses. Ujian lanjut pada darah maternal dan sel stem akan dilakukan untuk penyakit berjangkit bagi memastikan sel tersebut dapat bertahan dalam simpanan dan selamat untuk kegunaan terapeutik pada masa akan datang.

Bagi langkah simpanan sel stem pula, sel stem terakhir yang telah siap akan dicampurkan bersama larutan pengawet cryo untuk melindungi setiap sel tunggal sepanjang tempoh simpanan, di bawah suhu ultra rendah. Ini juga untuk memastikan sel supaya dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang. Sebagai langkah kedua untuk memastikan integriti unit sel stem, setiap beg simpanan cryo ini akan divakum (tutup) dengan beg pembungkus filem bagi persediaan untuk proses pembekuan. Sel stem darah tali pusat ini akan disimpan di dalam tangki Cryopreservation, yang mengandungi nitrogen cair dengan suhu takat beku -196°C. Jaringan suhu ini akan dipantau daripada sistem pemantauan web bagi menstabilkannya dan memastikan ia kekal berada dalam suhu beku untuk simpanan yang lebih lama sehinggalah tiba hari untuk digunakan.

MamaPapa: Berapa lama darah tali pusat ini boleh disimpan?

Dr Maneerat: Berdasarkan garis panduan antarabangsa, pengawetan cryo sel stem adalah dalam tempoh 48 jam selepas diambil.

Secara teorinya, tiada tarikh luput untuk simpanan darah tali pusat yang telah menjalani pengawet cryo dan disimpan dalam suhu -196°C. Berdasarkan artikel daripada Blood Journal (5 Mei 2011), sel pengawet cryo yang disimpan sehingga 23.5 tahun dikenal pasti mengandungi kadar pemulihan yang berefisien tinggi iaitu antara 80-100%. Dalam pada itu, Bahagian Kesihatan New York turut memberitahu bahawa tiada bukti sehingga kini yang menunjukkan sel cryo yang diawet kehilangan ketahanan atau aktiviti biologikal selepas tempoh yang lama.

MamaPapa: Apa lagi yang boleh disimpan dari bayi baru lahir untuk kegunaan masa hadapan?

Dr Maneerat: Selain daripada darah tali pusat, dua jenis sel lain dapat ditemui dalam tisu tali pusat. Wharton’s Jelly (bahagian dalam tali pusat) mengandungi sejenis sel stem iaitu sel stem mesenchymal (MSCs), manakala lapisan tali pusat mengandungi sekurang-kurangnya dua jenis sel stem- MSCs dan sel stem epithelial (EpSCs). Simpanan kedua-dua darah tali pusat dan tisu tali pusat ini membolehkan kadar yang tinggi dalam menambah pilihan seseorang untuk lebih banyak permohonan terapeutik pada masa akan datang.

MSCs adalah sel stem yang boleh terbahagi kepada pelbagai jenis sel stem. MSCs boleh ditemui dalam Wharton’s Jelly dan lapisan tali pusat. Sel stem ini adalah pendinding tulang dan sel tisu. MSCs juga boleh terbahagi kepada sel lemak, sel hati, sel saraf, sel tulang dan sel tisu. MSCs boleh digunakan sebagai sel terapeutik untuk tisu atau pertumbuhan semula organ yang disebabkan oleh kecederaan fizikal atau kerosakan biologi berpunca daripada penyakit degeneratif atau penuaan e.g: osteoarthritis, gangguan tulang atau tisu, kecederaan saraf tunjang, penyakit autoimun, hati, jantung dan lain-lain.

EpSCs pula terletak di bahagian luar lapisan tali pusat, yang boleh terbahagi kepada sel kulit, sel kornea, sel hati, sel menghasilkan musin dan sel bahagian dalam telinga. EpSCs juga berguna untuk membaiki tisu lembut/ luka, pertumbuhan semula lapisan organ dan menggantikan membran kornea mata.

MamaPapa: Bagaimana untuk mendapatkan pusat bank darah tali pusat yang boleh dipercayai?

Dr Maneerat: Harga tidak sepatutnya menjadi faktor utama. Jika bank darah tali pusat tidak mencapai standard yang tinggi dan tidak berpengalaman untuk mengendali, mengangkut, memproses dan menyimpan, sel stem darah tali pusat si manja anda pasti tidak boleh digunakan semasa anda memerlukannya. Jika bank tersebut tidak stabil dari segi kewangan dan tidak mempunyai tadbir urus korporat yang efisien, lokasi dan cara simpanan darah tali pusat anak anda akan turut terkesan.

Jadi, nasihat saya, sebelum anda memilih bank untuk menyimpan sel stem tali pusat bayi anda, ambil berat akan aspek-aspek berikut:

Adakah bank darah tali pusat ini memenuhi keperluan perubatan dan peraturan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan?

Kementerian Kesihatan akan mengawal dan memeriksa semua bank sel stem yang ada di negara ini. Setiap bank mesti mematuhi peraturan dan syarat perbankan sel stem mengikut yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Adakah bank tersebut mempunyai pengalaman klinikal di Malaysia?

Perhatikan rekod prestasi bank tersebut, kadar kejayaannya dalam menjalankan transplan dan terapi lain sel stem darah tali pusat.

Adakah bank darah tali pusat ini stabil dari segi kewangan dan telus?

Tidak dinafikan ada yang menjadikan perbankan darah tali pusat sebagai urusan perniagaan. Anda perlulah mencari bank yang bereputasi baik, stabil dan telus untuk memastikan sel stem bayi anda pada tangan yang selamat.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan