Kuala Lumpur, Oktober 2019 –  HerbaLine Wellness Group telah memperkukuh tapaknya dalam perniagaan kesihatan makanan dengan pembukaan kedai makan vegetarian Gaya Jepun baharunya yang dinamakan “Shiang Hai”.

Shiang Hai pasti akan menambat selera mereka yang mempunyai cita rasa tersendiri dan mencari nilai yang lebih baik dalam nikmat hidup. Shiang Hai, yang secara literal bermakna “laut beraroma”, sesungguhnya telah diilhamkan oleh keinginan untuk meneroka  dunia penyediaan makanan yang lebih sihat dan lebih lazat. Khasiat kebaikan makanan semula jadi telah memberi inspirasi kepada Shiang Hai untuk membantu merealisasikan keinginan ini.

Khasiat Kebaikan Semula Jadi Terbaik dalam Sushi Gulung 

Kebanyakan orang menganggap makanan vegetarian hambar dan membosankan. Tanggapan ini pasti akan bertukar apabila mereka mencuba sushi vegetarian daripada Shiang Hai.

  • Tidak lagi membosankan – Anda teringin makan salad gulung? Atau buah mangga dalam sushi? Anda boleh pilih pelbagai jenis sushi vegetarian yang menarik, lazat, sihat dan serba bergaya. Kami membuat dan mempersembahkan sajian kami dengan sedikit sentuhan kelainan.
  • Menarik pandangan – Sushi gulung aneka warna dengan bahan dan ramuan semula jadi di dalam.
  • Gabungan sempurna – Menggabungkan inti segar seperti pisang, mangga, alfalfa, ubi bit, buah naga, taugeh dan sebagainya untuk memberikan kelazatan, dengan sedikit sos yang disediakan dengan serta-merta bagi memastikan kesegarannya.
  • Tiada rasa bersalah – Sekarang anda boleh menikmati banyak sushi gulung tanpa merisaukan tentang karbohidrat atau sos masin. Berintikan sayuran hijau, buah-buahan atau hasil tumbuhan segar, sajian yang dinikmati tidak akan membuat anda rasa seperti kembung atau terlalu kenyang!
  • Sushi ikut keperluan & kecenderungan anda – Tiada sushi lain yang lebih sihat, lebih menarik dan memberikan lebih banyak khasiat kebaikan semula jadi daripada yang disediakan di sini. Sesetengah sushi gulung diberi nama menarik berasaskan alam seperti Sungai Suci, Sinar Mentari dan sebagainya untuk disesuaikan dengan perasaan, keinginan dan selera anda.

Kami juga menyediakan kek sushi hari jadi untuk anda memperingati hari lahir anda!  Sepinggan sushi aneka warna yang lazat untuk dikongsi dengan seisi keluarga dan rakan taulan. Anda hanya perlu menyalakan lilin!

  • Sentuhan Master – Resipi dicipta oleh Master Chef yang berbakat besar.

Selain daripada itu, Restoran Vegetarian Gaya Jepun Shiang Hai kini menawarkan sehingga 70 jenis sajian vegetarian yang disediakan oleh barisan chef mahir.

Kebanyakannya bukan makanan vegetarian biasa kerana penekanan diberikan kepada aspek kelazatan rasa, sos, kombinasi bahan yang berkhasiat, dan cara masakan yang sihat, menjadikan Shiang Hai tempat menikmati makanan vegetarian yang menarik untuk gaya hidup moden dan sihat. Restoran ini menyediakan suasana dan persekitaran yang segar dan bergaya untuk pengamal makanan vegetarian sepenuhnya dan mereka yang mahu mengambil sebanyak mungkin makanan vegetarian dan menjadikannya sebagai gaya hidup sihat.

Sajian penambat selera

  • Sushi Mangga
  • Sushi Ubi Bit
  • Sushi Sungai Suci
  • Sushi Pisang
  • Sushi Langit Biru
  • Kari Cendawan Terkenal Shiang Hai
  • Tauhi Kemakmuran
  • Heavenly King Combo (set Nasi Goreng dengan Sushi Gulung)
  • Jus Biji Anggur

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 – 5621 1016 atau kunjungi laman Facebook fb/shianghaimalaysia.

Alamat: Tingkat Bawah, Mentari Plaza, Bandar Sunway, 40, Jalan PJS 8/2, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari 10 pagi – 9 malam