Amalan berpantang selepas bersalin amat dekat dengan tradisi masyarakat Melayu. Sebenarnya amalan amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh masyarakat Melayu. Malah ia merupakan ikutan  tradisi yang dipraktikkan oleh pelbagai bangsa di dunia ini sejak zaman berzaman. Tidak terkecuali juga masyakarat Cina dan India di Malaysia secara khusus. Setiap bangsa mempunyai kaedahnya yang tersendiri dalam amalan berpantang. Terutama dari segi penggunaan kelengkapan berpantang.

Berpantang secara tradisional selalunya melibatkan penggunaan herba dan jamu. Prosesnya juga agak rumit kerana ia memerlukan penjagaan yang teliti dalam tempoh 44 hari terhadap ibu dan bayi. Ada juga yang memilih berpantang menerusi kaedah moden. Kaedah ini tidak terlalu renyah serta kurang pantang larangnya berbanding kaedah tradisional. Kebiasaannya ia diamalkan menerusi pengambilan suplemen dan vitamin bagi membantu ibu menjana kembali kekuatan fizikal, memperbaiki peredaran dalaman dan mendapatkan semula bentuk badan tanpa perlu terikat kepada peraturan seperti yang perlu dilalui dalam amalan berpantang secara tradisional.

Walau apa pun kaedah berpantang yang dipilih, tujuan utama berpantang selepas bersalin untuk mengembalikan bentuk badan asal, memulihkan organ pembiakan dan peranakan wanita dan menyembuhkan luka dalaman dalam masa 44 hari seperti yang disarankan dalam amalan berpantang. Tempoh pemulihan ini juga tidak semestinya secara tepat dalam tempoh 44 hari. Ada juga wanita yang mengambil masa kurang atau lebih daripada 6 minggu. Hal ini bergantung kepada keadaan wanita itu sendiri selepas bersalin dan bagaimana proses berpantang dan pemulihan yang dilalui.

Kelengkapan Berpantang Secara Tradisional

Ada yang berpendapat amalan berpantang secara tradisional hanya sesuai untuk golongan berada yang mempunyai kemampuan kewangan yang selesa. Mungkin ada benarnya juga pendapat itu kerana apabila dilihat dari segi kelengkapan yang diperlukan dalam amalan berpantang, pelbagai bahan, ramuan dan jamu semulajadi perlu disediakan. Antara rawatan asas dan bahan diperlukan adalah herba-herba tradisional, urutan, diet yang ketat serta penggunaan alatan bantuan seperti bengkung dan rawatan tungku panas. Anda juga perlu mengupah individu berpengalaman yang bertanggungjawab untuk menjaga dan menyediakan semua kelengkapan ini dalam tempoh tersebut. Sudah tentu ia memerlukan kos yang agak tinggi.

Namun pada hari ini anda tidak perlu lagi risau kerana kini sudah terdapat produk kelengkapan berpantang dan bersalin yang mula dijual di pasaran pada harga yang berpatutan. Setiap pengeluar menawarkan set bersalin yang berbeza dari segi ramuan. Bagi yang ingin membeli set bersalin dan berpantang yang tersedia dalam kotak, terdapat beberapa panduan sebelum anda memilih set berpantang yang memenuhi keperluan anda.

1.Jenama

Pilihan jenama terletak di tangan pengguna. Terdpat beberapa jenama pilihan di pasaran yang menawarkan kelebihan dalam pek pembungkusan masing-masing. Sesetengah jenama yang wujud sudah pun dikenali oleh pengguna. Ada juga jenama baru yang agak asing di pasaran tetapi menawarkan kelebihan tersendiri yang anda boleh terokai. Pemilihan jenama adalah mengikut keselesaan dan kesesuain pengguna.

2. Bajet

Tidak dinafikan bajet pengguna menjadi faktor penting dalam pemilihan set bersalin. Set yang mahal tidak bermakna ia lebih baik dari set bersalin dengan harga yang lebih rendah. Pengguna perlu terlebih dahulu menentukan bajet yang diperuntukkan sepanjang tempoh berpantang.

3. Label

Penting bagi pengguna membaca label kandungan yang terdapat dalam sesuatu produk set bersalin. Bagi pengguna yang membeli secara atas talian, pastikan penjual menyediakan maklumat yang lengkap bertepatan dengan label sebenar yang terdapat pada kotak pembungkusan supaya pengguna dapat memastikan sama ada kandungannya bersesuaian ataupun tidak. Sesetengah pengguna mungkin mengalami alergi terhadap bahan tertentu.

4. Kuantiti

Kuantiti suatu set bersalin akan menentukan berapa kali penggunaan diperlukan. Jadi anda boleh membuat anggaran kuantiti set bersalin yang diperlukan sepanjang 44 hari tempoh berpantang tersebut. Dari sini juga anda boleh membuat anggaran kasar bajet yang diperlukan.

5. Tarikh Luput

Semak tarikh luput sebelum membeli sesuatu set bersalin. Ini penting bagi mengelakkan pembaziran dan kesan buruk daripada penggunaan yang telah melepasi tarikh luput.

6. Ulasan pengguna

Lakukan tinjauan pengguna sebelum anda memilih sesuatu jenama set bersalin. Ulasan, komen dan nasihat pengguna adalah berdasarkan kepada pengalaman pengguna itu sendiri. Anda boleh membuat tinjauan sendiri melalui sumber internet.

Set Berpantang & Bersalin Paling Popular Di Malaysia

1.NR Set Bersalin (Nona Roguy)

Dihasilkan daripada rumusan bahan tradisional daripada sumber alam semulajadi tumbuhan herba yang sesuai digunakan untuk ibu yang bersalin secara normal atau pembedahan. Set ini dilengkapi dengan pil PhytoNatal iaitu ubat kapsul yang membantu mengatasi masalah kelesuan, imunisasi, kemurungan, meroyan dan lain-lain. Krim barut Herbanika pula membantu anda menjalani pemecahan lemak bagi mengembalikan kelangsingan badan di bahagian utama seperti pinggang dan perut. Menerusi mandian dengan Lulur Herbanika, kulit anda akan kembali cantik, bersih dan parut pembedahan dapat dipudarkan semula. Minyak Herbaneka pula disediakan untuk berurut bagi kelegaan sendi, urat dan otot. Uncang cucian digunakan untuk cucian alat sulit wanita dan minuman akar herbaneka pula mengandungi bahan antioksida yang akan menyingkirkan toksin daripada badan.

Baca ulasan pengguna mengenai set bersalin ini


2. Set Bersalin Tanamera

Ia dilengkapi dengan 10 jenis barangan kelengkapan untuk ibu bersalin. Antaranya produk mandian herba, cucian feminin, teh herba untuk melancarkan pengaliran darah, minyak urutan herba, minyak kelapa untuk rawatan parut pembedahan, sabun mandian dan skrub untuk menyingkirkan kulit mati serta lain-lain herba untuk merawat semula kekuatan dalaman dan luaran wanita selepas bersalin.


3. V’Asia Maternity Set (Set Bersalin) 10 in 1

Set bersalin ini menyediakan kelengkapan bersalin bukan sahaja untuk ibu, malah untuk si bayi yang baru lahir. Antara barangan yang terdapat dalam set bersalin ini ialah jus jamu kolagen, losyen herba, minyak herba untuk ibu dan anak, sabun herba pencerah, pembersihan feminin, tunku dan barut untuk bayi anda. Semua kelengkapan ini mengandungi kebaikannya tersendiri untuk manfaat ibu dan bayi selepas melahirkan. Gunakan mengikut aturan yang betul dan anda akan dapat merasai kebaikannya.

Baca lebih lanjut mengenai set bersalin ini


4. D’ herbs Set Bersalin Mak Bidan

Set ini dilengkapi dengan beberapa jenis barangan penting untuk ibu bersalin dalam tempoh berpantang. Antara pati herba untuk pemulihan dalaman, pilis untuk sapuan seluruh badan, krim panas untuk membakar lemak dan selulit, kapsul untuk pengecutan rahim, minyak telon dan tungku herba untuk rawatan pembuangan angin dan membuang darah kotor dalam badan.

Baca lebih lanjut mengenai set bersalin ini


5. Set Bersalin Orang Kampung

Set bersalin lengkap untuk wanita bersalin termasuk peralatan bengkung. Ia mengandungi 10 produk terpilih seperti lulur mandi, pilis, kapsul kacip fatimah, minyak telon, minyak gamat dan minyak merah dan beberapa lagi produk penting untuk ibu bersalin. Set ini berpandukan kepada petuan tradisional orang kampung dalam amalan berpantang selepas bersalin. Kelengkapannya diolah bagi memastikan wanita boleh menggunakannya tanpa keraguan.