HomeMalaySesuaikah Susu Kambing Untuk Bayi ? Ini Penjelasan Kami

Sesuaikah Susu Kambing Untuk Bayi ? Ini Penjelasan Kami

Sebagai ibu bapa tentunya anda menginginkan ramuan susu yang menyediakan keperluan vitamin dan nutrien yang lengkap untuk tumbesaran mereka yang sempurna. Setiap jenis susu mengandungi khasiat dan kebaikannya tersendiri. Lebih-lebih lagi susu semulajadi seperti susu ibu. Majoriti ibu bapa lebih berminat membekalkan anak mereka dengan susu ibu, susu lembu atau susu soya sebagai makanan awal. Bagaimana pula dengan susu kambing? Sesuaikah susu kambing untuk bayi?

Kurangnya pendedahan maklumat awal tentang susu kambing menjadikan ibu bapa di Malaysia tidak begitu cenderung memilih susu kambing sebagai sumber makanan awal bagi bayi mereka. Bagi anda yang ingin mempertimbangkan susu kambing sebagai makanan awal bayi anda, penjelasan ini mungkin boleh memberikan sedikit info berguna untuk anda.

Susu Kambing vs Susu Kambing Formula.

Diharapkan ibu bapa tidak keliru dalam membincangkan topik susu kambing. Terdapat dua jenis susu kambing yang boleh diberikan kepada bayi iaitu formula susu kambing dan susu kambing mentah.

Susu kambing mentah yang selamat diberikan kepada bayi perlulah dipasteurkan terlebih dahulu untuk membunuh mikroorganisma berbahaya yang mungkin terdapat dalam susu yang tidak diproses. Ia biasanya dijual dalam kotak atau botol minuman di pasaraya. Minuman dari susu kotak yang dipasteurkan lebih mudah untuk diminum kerana tidak perlu dibancuh menggunakan air panas seperti susu formula.

Susu kambing formulasi yang terdapat di pasaran pula direka untuk memenuhi keperluan pemakanan khusus bagi anak kecil. Formulasinya diperkaya dengan formula tambahan seperti DHA omega-3 dan pelbagai kandungan vitamin dan mineral lengkap menyamai komposisi susu kambing dan susu ibu. Susu kambing formulasi terdapat dalam bentuk adunan susu tepung yang perlu dibancuh dengan air panas.

Adakah Benar Kebaikan Formulasi Susu Kambing Menandingi Susu Ibu ?

Semua komposisi susu formulasi adalah berasaskan kepada susu ibu. Formulasi susu kambing pula merupakan gabungan kedua-duanya iaitu susu ibu dan juga susu kambing.

Walaupun susu formulasi seperti susu kambing boleh dijadikan alternatif kepada susu ibu, bukan semua unsur kebaikan yang terkandung dalam susu ibu boleh didapati dalam susu formula.

Susu ibu mengandungi beribu-ribu molekul bioaktif dari jenis yang berbeza dengan fungsi masing-masing. Sebagai contoh, susu formula bayi tidak mengandungi unsur bioaktif seperti sel hidup. Unsur bioaktif dalam susu ibu sangat membantu dalam meningkatkan kematangan sistem imunisasi serta perkembangan organ dalam badan.

Komposisi unsur-unsur dalam susu ibu adalah sangat dinamik untuk dijadikan sebagai pemakanan awal bayi yang terbaik. Syarikat-syarikat pengeluar susu terus menerus berusaha membangun dan menguji menerusi kajian perubatan untuk mencipta susu formula yang mengandungi kesemua unsur bioaktif bagi mendapatkan formula susu menyamai susu ibu.

Umur Paling Sesuai Susu Kambing Untuk Bayi

Kebanyakan pakar kanak-kanak menyarankan bayi diberikan susu ibu sehingga selewat-lewatnya usia mereka mencecah dua tahun. Ini kerana kandungan vitamin dan nutrien dalam susu ibu jauh lebih tinggi dibandingkan dengan susu kambing.

Namun, jika anda mempertimbangkan untuk menggantikan susu ibu dengan susu kambing lebih awal, usia paling awal yang sesuai ialah umur satu tahun. Bagi formula susu kambing, ia boleh dimulai lebih awal iaitu pada usia bayi mencecah 6 bulan.

Cukupkah Memberi Susu Kambing Sahaja Kepada Bayi ?

Tidak cukup memberikan susu kambing semata-mata kepada bayi. Ia perlu dibekalkan bersama dengan makanan lain dengan nutrien yang pelbagai untuk menyeimbangkan kandungan nutrien yang tidak terdapat dalam susu kambing.

Sesuaikah Ibu Mengandung Minum Susu Kambing ?

Ibu-ibu mengandung digalakkan meminum susu semasa mengandung. Salah satunya ialah susu kambing yang turut diperkaya dengan unsur kalsium, protein dan vitamin D yang bermanfaat untuk perkembangan fetus.

Ibu mengandung boleh meminum sekurang-kurangnya 3 gelas susu sehari iaitu dari jenis susu rendah lemak. Terdapat juga susu formula untuk ibu mengandung dari jenis susu kambing yang dimasukkan unsur asid folik.  Asid folik penting untuk melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan saraf.

Walaubagaimanapun, unsur asid folik yang terkandung dalam susu kambing masih kurang dari segi komposisinya. Ibu-ibu mengandung masih perlu mendapatkan nasihat doktor bagi mendapatkan nasihat jumlah pengambilan asid folik yang sesuai.

Adakah Susu Kambing Mempunyai Kesan Sampingan ?

Kesan sampingan susu paling biasa berlaku ialah alergik susu. Tidak kira sama ada susu kambing atau susu lainnya, sesetengah bayi mungkin tidak sesuai meminum susu kambing.

Bayi yang mengalami alergik kepada susu lembu tidak digalakkan untuk digantikan dengan susu kambing. Kemungkinan besar bayi yang mengalami alergik susu lembu akan menghadapi masalah sama apabila digantikan dengan susu kambing. Ini kerana, kebanyakan kandungan nutrien dalam susu kambing dan susu lembu mempunyai perbezaan ketara atau tiada perbezaan langsung untuk dibuat perbandingan.

Bayi yang mengalami ekzema kesan daripada alergik susu lembu perlu mendapatkan rawatan doktor dan bukan dengan cara menggantikan secara drastik dengan susu kambing.

Simptom Alergik Susu Kambing

Kesan alergik susu kambing boleh dilihat dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu selepas pengambilan susu kambing.

Di antara simptom alergik susu kambing ialah :

  • Cirit-birit
  • Najis berdarah
  • Muntah-muntah
  • Suka menggigit
  • Hilang selera makan
  • Ruam pada kulit seperti ekzema

Kelebihan Susu Kambing Kepada Bayi

1) Komposisi Protein Yang Lebih Baik

Komposisi kandungan protein dalam susu kambing lebih baik dan lebih mudah dihadam berbanding susu lembu. Protein susu kambing ini akan menjadi lebih lembut berbanding protein lembu apabila memasuki sistem pencernaan Ini menjadikan ia begitu baik untuk disesuaikan dengan sistem pencernaan bayi yang sedang berkembang.

2) Membantu merawat sembelit

Salah satu unsur yang dimasukkan dalam formulasi susu kambing ialah unsur prebiotik. Unsur ini sangat membantu bayi yang mengalami masalah sembelit. Sebelum anda membeli sebarang jenama susu kambing formula, semak dahulu jika terdapat unsur prebiotik. Maka susu itulah yang terbaik untuk bayi anda.

3) Kurang kesan alergi

Salah satu sebab kenapa bayi mudah mengalami kesan alergik daripada susu lembu adalah kerana badan mereka tidak dapat menghadam salah satu unsur di dalamnya dipanggil A1 casein.

Sementara susu kambing pula mengandungi unsur A2 casein iaitu unsur sama seperti dalam komposisi susu ibu. Ramai yang berpendapat bahawa menggantikan susu ibu selepas satu tempoh penyusuan bayi kepada susu kambing adalah lebih baik berbanding dengan susu lembu.

4) Kurang kandungan laktosa (gula susu)

Susu kambing mengandungi kurang laktosa berbanding susu lembu. Untuk mencernakan laktosa sebagai bekalan tenaga kepada bayi, badan kita memerlukan sejenis enzim iaitu laktase bagi memecahkan ia kepada bentuk yang lebih kecil untuk penyerapan dalam badan. Penghasilan laktase berkurang apabila meningkatnya umur seseorang. Apabila laktosa tidak boleh dicernakan, berlakulah penolakan susu yang sering terjadi di kalangan bayi yang meminum susu lembu.

5) Membina tulang yang kuat

Seperti kebanyakan pilihan susu semulajadi, susu kambing juga diperkaya dengan unsur kalsium. Malah kandungannya lebih tinggi berbanding susu lembu. Kanak-kanak mampu membina tulang yang kuat dan membesar dengan cergas.

Pilihan Editor :

Karihome Goat Milk Growing-Up Formula Step 3

Lazz Goat’s Milk

D’Herbs Ibu Susu Kambing

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan