Salah satu daripada impian indah bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga semestinya adalah untuk pergi honeymoon yakni berbulan madu. Tak kisahlah sama ada pengantin yang baru saja berkahwin mahupun pasangan yang sudah lama berkahwin sekalipun, pastinya mahukan sebuah bulan madu yang tenang dan senyap untuk dihabiskan masa bersama secara berdua terutama di dalam suasana kawasan laut serta pantai yang cantik dan romantik. Ada juga di kalangan pasangan yang mahukan suasana berbulan madu di kelilingi kawasan berbukit dengan udara yang sejuk dan segar. 

Tidak kisahlah laut pantai atau pergunungan yang penting masa berkualiti yang boleh dihabiskan bersama serta gambar yang cantik-cantik untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan. Apa yang pasti, anda boleh  menjimatkan wang dengan berbulan madu di dalam negara kerana di Malaysia ini terdapat banyak tempat menarik yang sangat indah dan amat sesuai untuk berbulanmadu bersama pasangan seperti anda. Cantiknya tempat-tempat ini sudah semestinya setanding dengan tempat peranginan lain di negara luar. 

Foto: Gadiza Lombok

Bagi pasangan yang baru berkahwin, bulan madu (honeymoon) boleh menetapkan kadar kehidupan yang baru bersama-sama. Masa percintaan seperti ini adalah yang paling diingati dan apa yang menjadikan ia lebih-lebih lagi adalah destinasi yang pasangan pilih untuk melawat.

Destinasi bulan madu Malaysia mempunyai semua ciri-ciri untuk memberi satu pengalaman yang benar-benar hebat. Mengapa? Anda mungkin tanya, disinilah boleh anda buat keputusan sendiri:

  • Harga lumayan: Malaysia merupakan salah satu destinasi percutian yang paling ekonomi di Asia.
  • Perjalanan darat agak murah.
  • Bahasa Inggeris yang biasa dituturkan, jadi tidak jadi masalah bagi para pengunjung untuk berkomunikasi.
  • Sesuai untuk pelancong mewah serta backpackers.
  • Iklim adalah indah, kecuali bulan monsun (Julai – Pertengahan September)
  • Mempunyai campuran kemodenan dan budaya Pan-Asia
  • Tawaran matahari, pasir, hutan hujan, bukit dan pengembaraan
  • Pelbagai makanan yang sedap

Foto: New York Post

Jom kami kongsikan 8 tempat paling menarik di Malaysia untuk honeymoon.

1. Cameron Highlands

Foto: LokaLocal

Cuacanya yang sejuk membuatkan Cameron Highlands menjadi antara destinasi utama pilihan pasangan pengantin baru untuk berbulan madu. Selain cuaca yang sejuk dan persekitaran yang segar, Cameron Highlands dimininati kerana banyak aktiviti menarik yang ada di sana.

Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah memetik strawberi, melawat taman rama-rama dan taman lebah, jalan-jalan berpegangan tangan di kebun teh dan kemudian bersantai sambil minum teh panas bersama scones yang enak. Pasar malamnya juga sangat menarik. Ada pelbagai barang jualan dari masakan panas sehinggalah sayur-sayuran segar, coklat, baju, cenderamata dan buah-buahan.

Jangan lupa singgah ke Taman Sedia. Kalau teringin nak tengok sayur-sayuran yang besar anda boleh jejakkan kaki ke Mardi.

Ada banyak hotel dan homestay di Cameron Highlands. Pilih sahaja nama yang sesuai dengan bajet anda. Bab makanan? Tak perlu risau. Ada banyak kedai makan di sana. Sebelum pulang jangan lupa untuk shopping sayur-sayuran dan buah-buahan di Kea Farm.

2. Kundasang

Foto: Borneo Tours

Kundasang juga tak kurang menariknya, terutama bagi pengantin baru dari semenanjung. Tempat pertama yang wajib anda pergi ialah Desa Cattle Dairy Farm yang juga dikenali sebagai ” Little New Zealand “. Bila bergambar, ala-ala kat New Zealand gitu. Aiskrim kat sini juga sangat sedap.

Kemudian jangan lupa pergi ke Kinabalu Park. Kinabalu Park ialah Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia. Tarikan utama di Taman ini adalah tidak lain tidak bukan daripada kemegahan Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketiggian 4095,2 meter.

Tempat menarik yang lain ialah Kundasang War Memorial, Mini Strawberry Farm, Vegetable Market Farm, Poring Hotspring, Sabah Tea, Sungai Moroli Ikan Tagal Kg Luanti, Tugu Replika Kobis, Mount Kinabalu Heritage & Spa, Taman Arnab, dan banyak lagi. Serius, Kundasang memang best.

3. Frasers Hill

 

Foto: Malaysia.Travel

Kalau anda nakkan tempat honeymoon yang super duper sejuk dan tak terlalu crowded, Frasers Hill adalah pilihan terbaik untuk anda. Ada banyak hotel di sini, pilih yang mana sesuai dengan bajet anda. Apa aktiviti yang ada? Mula-mula sampai anda wajib bergambar di Menara Jam.

Kemudian anda boleh ke The Paddock untuk naik kuda dan memanah. Nak romantik sikit, boleh bersampan sambil bagi makan ikan di Allen’s Water. Air Terjun Jeriau juga sangat menarik. Kalau anda sukakan jungle terkking, jangan lepaskan peluang untuk melalui trek yang disediakan.

Untuk yang sukakan golf, wajib cuba main golf di sini. Pencinta burung, aktiviti bird watching di sini adalah sangat menarik.

4. Genting Highlands

Foto: Klook

Genting Highlands juga dikenali sebagai kota keriangan. Cuacanya sejuk dan berkabus. Umpama masuk ke alam mimpi. Kalau selepas hujan, lagi tebal kabusnya. Jangan lupa untuk bawa sweater, kalau tak menggigil dibuatnya. Apa yang menarik di sini?

Tarikan terbaru ialah Genting Premium Outlet. Syurga membeli-belah. Pengantin perempuan pasti senyum hingga ke telinga bila sampai di sini. Butik Coach, Michael Korrs, Louis Vuitton, Victoria Secret, Guess menanti anda. Barangan lelaki juga ada, jangan risau. Ada butik Adidas, Puma, dan sebagainya.

Ada juga taman rama-rama dan taman lebah untuk anda kunjungi. Kalau teringin nak petik strawberi, boleh singgah di Little Cameron Highlands. Bila anda sampai ke puncak, anda boleh berseronok di taman tema indoor dan taman tema outdoor.

5. Pulau Langkawi

Foto: brad.erva-doce.info

Pulau Langkawi yang juga dikenali sebagai Pulau Lagenda memang tak asing lagi buat penduduk Malaysia. Anda boleh datang ke sini melalui kapal terbang atau feri. Boleh juga bawa kereta sendiri dengan menaiki Ro-ro. Pilih yang mana sesuai untuk anda.

Tentang penginapan? Anda tak perlu risau. Ada banyak hotel, resort dan homestay yang boleh anda pilih. Tempat menarik? Senarainya sangat panjang. Di antara yang wajib anda kunjungi ialah Dataran Lang untuk bergambar dengan helang besar mercu tanda Langkawi. Kemudian anda boleh pergi shopping coklat dan pinggan-mangkuk di Haji Ismail Group.

Kemudian boleh naik kereta kabel dan  melawat Telaga Tujuh. Jangan lupa untuk ke Makam Mahsuri dan Pantai Cenang. Aktiviti island hopping juga sangat best. Bila sampai di Tasik Dayang Bunting, anda boleh minum sedikit air tasik yang katanya boleh menyuburkan.

6. Pulau Perhentian

Foto: ARBA Travel

Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kalau anda sukakan night life dan tempat yang happening, anda boleh pilih Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda sukakan ketenangan dan mahu snorkeling sepanjang hari, anda boleh pergi ke Pulau Perhentian Besar.

Aktiviti di sini ialah snorkeling, scuba divingmelawat Kincir Angin D’Lagoon,melihat habitat penyu, dan banyak lagi.

7. Pulau Redang

Foto: HolidayGoGoGo

Pulau Redang juga tak kurang menariknya. Anda boleh bersantai di tepi pantai, scuba diving, snorkeling, melihat penyu, bermain bola tampar pantai, dan menunggu matahari terbenam. Lokasi yang wajib anda kunjungi ialah Pantai Pasir Panjang, Pantai Telok Kalong, Pantai Teluk Dalam, Pasir Mak Simpan dan Pasir Mak Kepit.

8. Pulau Lang Tengah

Foto: myeho.com

Walau pun kurang popular berbanding pulau lain di Malaysia, Pulau Lang Tengah adalah antara pulau yang paling cantik di Malaysia. Apa yang menarik, tak ramai orang di sini. Jadi suasananya lebih tenang. Aktiviti snorkeling pun tak sesak. Anda yang sukakan ketenangan wajib honeymoon di sini.

Snorkeling di sini adalah antara pengalaman paling menarik yang pernah kami alami. Hidupan lautnya sanat cantik dan air sangat jernih.