Salah satu keperluan yang penting untuk persediaan  menyambut orang baru ialah car seat. Walaupun di Malaysia belum mewajibkan kita memakai car seat untuk kanak-kanak, tetapi untuk keselamatan apa salahnya.

Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap keselamatan anak-anak, adalah amat penting untuk membeli carseat dan melatih anak-anak supaya duduk di dalam carseat. Kerana malang tidak berbau. Kisah diatas adalah sebahagian daripada kisah ibu bapa yang terlepas pandang terhadap keselamatan anak-anak. Malang tidak berbau dan tidak dapat diduga.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, adalah penting untuk membeli sebuah carseat untuk anak-anak dan melatihnya supaya duduk di dalam carseat, sehingga anak-anak sudah pandai menjaga diri apabila duduk di dalam kereta.

Bencana menimpa tidak kira waktu, lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang kerap membawa anak berjalan jauh untuk melancong.

Masa si suami sedang memandu, memang tidak digalakkan untuk si ibu memangku anak sahaja. Dikhuatiri ketika anak dan ibu sedang tidur, berlaku kemalangan di dalam kereta. Kebanyakan kes kematian anak kecil semasa kemalangan disebabkan anak dipangku sahaja lalu tercampak keluar kereta. Si ibu pula tertidur dan anak tidak dipegang erat.

Foto: BabyCenter

Memudahkan ibu bapa memandu seorang diri

Untuk ibu yang selalu memandu tanpa suami di sisi, dan hanya membawa anak kecil, alat ini amat diperlukan. Anak yang masih bayi atau kanak-kanak berusia bawah 5 tahun memerlukan pengawasan orang dewasa semasa tinggal di dalam kereta.

Oleh itu, ibu yang sedang memandu tidak mampu memandu dan memujuk anaknya di dalam kereta. Walaupun pada permulaannya amat payah, namun apabila dibiasakan, anak kecil mampu duduk dengan tenang di dalam carseat.

Bayi atau anak kecil boleh berdikari-tidur sendiri

Anak yang sudah kenyang dengan susu dan apabila lampin anak sudah ditukar, anak boleh tidur sendiri tanpa mengharapkan ibunya mendodoikannya tidur. Apabila sudah terbiasa tidur di dalam carseat, dengan gegaran di dalam kereta seoalah-olah di dalam buaian si comel pasti tidur lena.

Anak tahu apa itu perbuatan yang rutin

Apabila kita membiasakan anak tidur di dalam carseat, kita telah mengajar anak untuk biasa dalam aktiviti yang rutin. Dengan itu, anak lebih berdisiplin dan mudah untuk mengawal anak. Anak mudah keliru jika anak tidak diajarkan perkara yang rutin.

Tips memilih carseat yang elok

Yang selamat

Carseat yang bagus mampu membuatkan anak selesa di dalam kereta lebih-lebih lagi untuk ibu bapa yang selalu membawa anak dalam perjalanan jauh, serta selamat. Ciri-ciri carseat yang selamat ialah memiliki tali keledar yang mampu menahan anak daripada jatuh dan mempunyai kusyen yang tebal untuk melindungi anak daripada hentakan.

Yang boleh digunakan untuk jangka masa yang lama

Banyak pilihan carseat di pasaran. Yang hanya boleh digunakan hanya pada umur tertentu pun ada dijual,misalnya dari umur 0-1 tahun, 1-4 tahun dan daripada anak berusia 0-4 tahun. Harga Carseat amat mahal. Jadi ibu bapa buatlah pilihan yang bijak semasa membeli.Ibu bapa dsarankan untuk membeli carseat yang tahan lama dan boleh digunakan untuk jangkamasa panjang.

Pilihan carseat untuk anak kecil dari 0-4 tahun amat digalakkan. Ibu bapa haruslah mengukur baju di badan sendiri dan haruslah bijak memilih carseat yang penuh dengan ciri-ciri keselamatan dan juga bersesuaian dengan kemampuan.

Foto: ibudanayah.com

Kita sering mendengar terjadinya kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian di kalangan bayi dan kanak-kanak. Amat menyedihkan apabila mendengar dan melihat bayi dan kanak-kanak ini meninggal dunia kerana mereka tidak dilengkapi dengan alatan keselamatan seperti carseat atau booster. Biasanya bayi akan dipegang ibu yang duduk di hadapan dan apabila berlakunya kemalangan, bayi akan tersepit di papan pemuka. Seriau bila tengok ada ibu-bapa yang pangku anak sambil biarkan anak pegang stereng kenderaan!

Tahukah anda, di United Kingdom, seseorang itu boleh dikenakan tindakan undang-undang jika memangku anak dalam kereta? 

Masih cetek pengetahuan serta ilmu rakyat Malaysia berkenaan kepentingan carseatuntuk bayi. Ramai juga yang beralasan bahawa bayi mereka tidak mahu duduk di dalam carseat atau harga carseat yang tinggi di pasaran. Berkenaan harga carseat yang mahal, saya yakin masih ada carseat yang berkualiti dan mampu milik untuk semua. Demi keselamatan anak, saya yakin ibu bapa akan cuba untuk mendapatkannya.

Tahukah anda menggunakan kerusi kereta bayi – atau lebih dikenali sebagai baby car seat – adalah penting untuk keselamatan bayi serta mengelak sebarang impak yang teruk berlaku sekiranya kemalangan? Kerusi kereta bayi dengan pelbagai jenis kegunaan dan rekaan mampu melindungi bayi anda serta memudahkan anda untuk memantau bayi ketika memandu.

Bahkan kerusi kereta bayi juga memudahkan anda untuk memberi susu atau menyuapkan makanan kepada bayi ketika dalam perjalanan. Dapatkan kerusi kereta bayi terbaik dengan seleksi produk yang telah kami pilih berikut. 

1. Fisher Price Infant Car Seat 

Foto: AllBiz

Sebuah kerusi bayi yang direka khusus untuk bayi baru lahir, produk dari Fisher Price ini sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berusia 15 bulan. Kerusi bayi juga dilengkapi lima sistem keselamatan ditambah dengan tiga tali pinggang keselamatan utama untuk melindungi bayi. Ia dialas padat dengan kusyen lembut yang boleh ditanggal dan dibasuh untuk memudahkan ibu bapa. 

Baca review pengguna Fisher Price Infant Car Seat 

 

2. Sweet Cherry Oxford Carrie Carseat 

Foto: Shopee

Produk kerusi kereta bayi mempu milik, Sweet Cherry Oxford Carseat ini boleh digunakan sebagai carrier untuk bayi. Dengan tangkai dibahagian atas, kerusi ini boleh ditanggalkan dari kereta untuk membawa bayi kemana sahaja anda mahu. Ciri keselamatan kerusi termasuk tali keselamatan dibahagian pinggang dan dada untuk melindungi bayi. 

Baca review pengguna Sweet Cherry Oxford Carrie Carseat 

 

3. Nuna Pipa Icon – Caviar 

Foto: Scrooge.co.uk

Sebuah produk kompak dan kecil, kerusi kereta bayi dari Nuna ini juga ringan dan boleh dipegang serta dibawa kemana sahaja. Kerusi ini mampu menampung berat sehingga 13-kilogram dan memiliki ciri mudah dipasang dalam tempoh hanya lima saat. Bagi keselesaan bayi, kerusi bayi ini dilengkapi kusyen padat dan lembut serta kanopi yang melindungi bayi dari cahaya matahari. 

Baca review pengguna Nuna Pipa Icon – Caviar 

 

4. Sweet Heart Paris Car Seat with Shock Absorbtion 

Foto: Shopee

Kerusi kereta bayi yang memiliki ciri keselamatan unggul, kerusi ini dilengkapi ciri penyerapan impak (shock absorption) serta kusyen perlindungan impak dibahagian sisi dan tali pinggang. Tambahan, semua kusyen boleh ditanggal dan dibasuh bagi memudahkan ibu bapa dan memberi keselesaan kepada bayi. Berikan keselesaan disamping melindungi bayi anda dengan produk dari Sweet Heart Paris ini. 

Baca review pengguna Sweet Heart Paris Car Seat with Shock Absorbtion

 

5. Sweet Heart Paris CS28 Love Story Car Seat/Carrier 

Foto: unimall2u

Sebuah produk dua dalam satu, kerusi kereta bayi ini boleh bertukar menjadi carrier dan juga rocker. Kerusi ini mendapat kelulusan keselamatan dari Eropah dan telah diuji dan dijamin ciri keselamatannya .

Produk yang sesuai untuk travel dan kegunaan seharian ini juga memiliki kusyen alas yang boleh ditanggal dan dibasuh, menjamin keselesaan bayi dan ibu bapa. 

Baca review pengguna Sweet Heart Paris CS28 Love Story Car Seat/Carrier