Risau Lantai Rumah Dipenuhi Bakteria? Lindunginya Dengan 10 Pembersih Ini

Product Details

Lantai rumah merupakan ruang paling besar yang perlu dicuci. Ia melibatkan lantai di bahagian ruang tamu, ruang bilik, dapur, tangga rumah dan juga lantai bilik air di tandas. Setiap ruangan mempunyai kaedah pembersihan yang berbeza kerana tidak semua lantai dalam rumah menggunakan material yang sama. Ada rumah yang menggunakan lantai kayu untuk kelihatan lebih mewah dan klasik. Ada yang menggunakan lantai porselin, granit, marbel, batu kapur dan sebagainya. Tambahan lagi tidak semua ruangan rumah akan menggunakan jenis lantai yang sama. Rumah yang menggunakan lantai simen pula lebih cenderung untuk melapisinya dengan karpet getah supaya lebih selesa untuk berpijak dengan tapak kaki.

Walau apa jua jenis material lantai rumah anda, pembersihan lantai rumah adalah antara rutin penjagaan rumah yang perlu sentiasa dilakukan secara berjadual. Menyapu dan menvakum lantai adalah kaedah paling senang dilakukan bagi memastikan habuk, debu, pasir dan sampah kecil tidak menyebabkan penghuni rumah merasa tidak selesa untuk berjalan.

Lantai yang bersih tidak cukup dengan hanya menyapu

Namun menyapu dan vakum sahaja tidak memadai untuk memastikan lantai rumah kita bebas daripada pengumpulan bakteria dan kuman yang boleh menjadi punca penyakit. Anak-anak kita yang masih bayi misalnya pasti akan merangkak sebelum mampu berjalan seperti kita. Sudah semestinya angan dan kaki mereka menyentuh lantai secara langsung. Siapa tahu kemungkinan lantai rumah anda dipenuhi oleh bakteria punca penyakit dan ini memberi risiko kepada bayi yang masih kecil. Maka tidak hairanlah jika bayi anda kerap jatuh sakit. Lantai rumah yang tidak bersih mungkin menjadi salah satu punca yang anda tidak sedari!

Oleh itu, selain memastikan lantai rumah sentiasa disapu dan vakum daripada habuk debu dan sampah kecil, anda juga perlu memastikan ia bebas dari pengumpulan bakteria. Jadi bagaimana anda ingin memastikan lantai rumah bebas dari bakteria?

Membersihkan lantai dari bakteria punca penyakit

Salah satu caranya ialah melalui penggunaan pembersih lantai dengan kuasa anti bakteria. Apabila menyebut pembersih lantai, sudah semestinya kita tidak boleh lari daripada kerja mengemop lantai.

Mengemop lantai sememangnya kerja yang agak melecehkan bagi sesetengah orang. Namun langkah ini penting bagi memastikan lantai rumah dibersihkan secara menyeluruh. Sebenarnya kerja mengemop lantai boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan juga bagi sesetengah orang. Sesetengah pengguna yang membeli cecair pembersihan lantai di pasaran bukan sahaja berpuas hati dengan tahap kebersihan lantai hasil daripada penggunaan sesuatu produk. Bau haruman daripada prdouk pembersihan lantai juga membuatkan pengguna merasa selesa dan nyaman. Hati yang malas boleh berubah menjadi rajin untuk mengemop apabila mereka berpuas hati dengan cecair pembersihan lantai yang digunakan dari sudut kebersihan dan bau harumnya.

Pelbagai pilihan pembersih lantai boleh didapati di pasaran. Setiap jenama menawarkan kelebihan kuasa pembersihan masing-masing. Adakalanya bahan pencuci yang mahal tidak semestinya lebih baik daripada jenama yang murah. Anda boleh memilih mengikut kelebihan yang ditawarkan oleh setiap produk. Bagi anda yang tercari-cari produk cucian lantai rumah, berikut ialah 10 pilihan produk cucian yang menjadi pilihan ramai pengguna di pasaran Malaysia.


1. AJAX Fabuloso Lavender Fresh Antibacteria

Kesegaran haruman bunga lavender semamangnya membangkitkan ketenangan dan disukai ramai penggunaan dalam apa jenis produk termasuk produk pembersihan lantai. AJAX Fabuloso Lavender Fresh Antibacteria mempunyai keupayaan membunuh kuman yang melekat pada lantai rumah sehingga 99.9%. Lantai rumah anda lebih diyakini kebersihannya selepas setiap kali penggunaan. Ia menjadikan setiap sudut ruangan rumah anda harum, bersih dan lebih menyegarkan. Mengemop dengan AJAX Fabuloso Lavender Fresh Antibacteria sekurang-kurangnya sekali seminggu dan ia berupaya membunuh kuman dan melindungi untuk tempoh masa yang lama. Ia juga berkesan menghilangkan kesan kotoran degil yang melekat di celahan jubin, kesan tumpahan makanan seperti minyak dan sebagainya. Selain lavender, terdapat pilihan haruman lain seperti bunga ros dan epal hijau.

Baca apa kata pengguna mengenai AJAX Fabuloso Lavender Fresh Antibacteria


2. Daia Floor Cleaner

Produk pembersihan lantai oleh Daia ini dihasilkan dengan tambahan aromaterapi daripada pelbagai sumber alam terutamanya sumber buah-buahan dan bunga-bungaan. Ia diformulasikan dengan minyak pati murni yang bukan sahaja berfungsi sebagai pembunuh kuman yang berkesan tetapi juga membangkitkan pengalaman terapeutik untuk badan dan minda. Dengan kecekapan pembersihan yang hebat, anda kini lebih yakin dengan persekitaran lantai rumah yang bersih dan segar. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk menghapuskan kesan melekit di tapak kaki anda semasa berjalan di atas lantai. Pembersih lantai oleh Daia ini pasti dapat memenuhi keperluan anda dalam cucian lantai yang sebenar.

Baca apa kata pengguna mengenai Daia Floor Cleaner


3. Good Maid Spring Fresh Floor Cleaner

Formulasi SUPERCLEAN yang boleh digunakan untuk membersihkan semua jenis lantai rumah. Membersihkan lantai secara efektif melalui tindakan anti bakteria untuk kebersihan lantai yang lebih terjamin. Penggunaan cecair pencuci lantai Good Maid Spring Fresh Floor Cleaner ini tidak memerlukan kepada bilasan air. Oleh itu ia lebih menjimatkan masa dan tenaga anda. Juga tidak meninggalkan kesan melekit daripada bahan sabun yang boleh meninggalkan kesan tapak kaki apabila dipijak dan kesan melekit pada tapak kaki anda sendiri. Lantai rumah akan terlihat lebih bersinar selepas penggunaannya. Anda boleh memilih daripada tiga jenis pilihan haruman iaitu lavender, bunga rosa dan bunga matahari.

Baca apa kata pengguna mengenai Good Maid Spring Fresh Floor Cleaner


4. Zip Crystal Spring All Purpose Cleaner

Harumkan rumah anda dengan kesegaran aroma semulajadi daripada produk pembersihan lantai pelbagai guna Zip All Purpose Cleaner. Ia terdiri daripada lima pilihan wangian yang akan merangsang deria aroma anda melalui kesegaran Floral Valley, Crystal Spring, Lavender Field, Sunshine Park dan Citrus Garden. Seluruh sudut rumah pastinya lebih segar sepanjang hari dan semestinya anda dan keluarga akan lebih selesa.

Dengan perumusan awalnya, Zip All Purpose Cleaner lebih berkesan dalam menghilangkan kesan minyak dan kotoran degil serta memberikan efek kilauan lantai yang lebih memancar. Perumusannya telah terbukti tidak melekit dan tidak mengambil masa yang lama untuk kering sepenuhnya. Ia juga membunuh sehingga 99.9% bakteria pada lantai untuk memberikan kebersihan rumah anda secara lebih menyeluruh selamat untuk seluruh isi keluarga anda.

Baca apa kata pengguna mengenai Zip All Purpose Cleaner


5. Magiclean Fresh Lemon Floor Cleaner

Magiclean Floor Cleaner dihasilkan daripada formula R&D “Teknologi Magnet” daripada Jepun. Formula cucian lantai ini diperbaharui supaya lebih berkuasa dalam pembersihan lantai, keupayaan penyerapan kotoran yang lebih tinggi dan mampu menghilangkan kesan lekitan lantai sehingga 4 kali lebih berkuasa. Penggunaan Magiclean Floor Cleaner juga tidak mengambil masa yang lama untuk dikeringkan sesuai untuk anda yang ingin cepat meninggalkan rumah dalam keadaan bersih. Kaki anda akan lebih bebas dari kesan kotoran, lekitan dan selamat dari kesan basahan yang mengambil masa untuk kering. IA mempunyai keupayaan menbunuh bakteria sebanyak 99.9% yang sesuai digunakan ke atas semua jenis lantai.

Baca apa komen pengguna mengenai Magiclean Floor Cleaner


6. Melilea Lea Mind Shining Floor Cleaner


Bagi rumah yang menghadapi masalah kehadiran serangga-serangga kecil yang merayap di atas lantai seperti semut dan lipas, Melilea Lea Mind Shining Floor Cleaner menyediakan penyelesaiannya untuk anda. Ia dihasilkan daripada bahan esktrak minyak pokok pine yang berkesan untuk mencegah kehadiran serangga.

Ia merupakan pencuci lantai yang menyelesaikan semua masalah lantai yang tidak bersih, berbau, tidak berkilau dan tidak mencegah kehadiran serangga kecil bertukar kepada sebaliknya. Lantai rumah akan semakin bersih apabila terhindar daripada serangga kotor seperti lipas. Ia menjadikan lantai anda kelihatan bersinar dan menghasilkan aroma segar dengan haruman semulajadi. Sesuai untuk semua jenis cucian lantai termasuk lantai bilik air dan tandas, dinding dan cucian longkang. Lantai rumah anda juga akan bebas daripada pertumbuhan kulat dan bakteria.

Baca komen pengguna mengenai Melilea Lea Mind Shining Floor Cleaner


7. Mr Muscle Kiwi Kleen I Love You Anti Bacterial Floor Cleaner

Pencuci lantai dengan kemampuan anti-bakteria ini menghasilkan cucian lantai yang bersih untuk tempoh yang berpanjangan. Cecair cucian yang berwarna merah ini akan menghasilkan keharuman yang segar pada seluruh permukaan lantai rumah anda yang pastinya menyebarkan aroma keharuman yang menyegarkan untuk keselesaan seisi keluarga. Ia melindungi lantai anda dari kuman yang tidak kelihatan menjadikan ia selamat untuk bayi kecil bermain di atasnya. Ia juga menghasilkan kesan kilatan dengan lebih sempurna. Ia sesuai digunakan untuk permukaan yang keras dan tidak berliang supaya anda boleh menjimatkan masa membersih dan menikmati kehidupan.

Baca komen pengguna mengenai Mr Muscle Kiwi Kleen I Love You Anti Bacterial Floor Cleaner


8. TLC Green Eco-Friendly Floor Cleaner

TLC adalah antara jenama produk yang giat menghasilkan bahan cucian rumah bersifat mesra alam. TLC Green Floor Cleaner adalah formula berasaskan tumbuhan yang boleh dibiodegradasi atau dilupuskan dengan mudah tanpa meninggalkan kesan tidak baik terhadap kebersihan alam sekitar. Lantai rumah anda boleh dibersihkan dari sebarang jenis kekotoran termasuklah kesan degil yang sukar ditanggalkan seperti minyak dan kulat yang tumbuh di celahan jubin. Ia dilengkapi dengan bahan agen anti debu yang akan menjaga kebersihan lantai lebih lama selepas cucian. Oleh itu lantai rumah anda lebih bersih dan debu tidak melekat dengan cepat. Ia juga menghasilkan bau yang segar yang memberikan keselesaan kepada penghuni rumah. Hasil cuciannya tidak meninggalkan kesan melekat pada lantai dan kaki. Sesuai digunakan untuk semua jenis lantai.

Baca apa komen pengguna mengenai TLC Green Eco-Friendly Floor Cleaner


9. Bio-Home Floor Cleaner

Pencuci lantai Bio-Home Floor Cleaner selamat digunakan dengan tidak memberikan kesan sensitif bagi mereka yang menghadapi masalah kulit. Ia juga selamat untuk bayi. Selepas cucian dilakukan, bayi anda boleh bebas merangkak dan berjalan. Anda tidak perlu lagi risau tentang kesannya terhadap bayi. Penggunaannya tidak memerlukan bilasan air. Oleh itu masa cucian dapat dijimatkan. Menghasilkan bau aromatik yang menyegarkan seperti haruman semulajadi tumbuh-tumbuhan. Dihasilkan bersifat mesra alam dengan mengurangkan kandungan bahan kimia yang membahayakan manusia dan memberi kesan mudarat terhadap kebersihan alam sekitar.  Sesuai digunakan ke atas semua jenis material lantai.

Baca komen pengguna mengenai Bio-Home Floor Cleaner


10. Maxkleen Anti-Bacterial Floor Cleaner

Pencuci lantai dari Maxkleen dengan formulasi anti bakteria. Ia memberi perlindungan lantai daripada kuman yang tidak kelihatan menjadikan ia lebih selamat untuk seluruh keluarga anda. Disegari dengan aroma haruman campuran daripada buah-buahan sitrus, bungaa-bungaan, buah-buahan dan kesegaran semulajadi air. Ini menjadikan aroma wangiannya lebih unik kerana diformulakan daripada campuran unsur-unsur bau alam yang menyenangkan. Sangat berkesan dalam menanggalkan kesan kotoran degil di atas lantai. Ia juga sesuai digunakan untuk membersihkan dinding dalan lain-lain permukaan termasuk kabinet dapur.

Baca komen pengguna mengenai Maxkleen Anti-Bacterial Floor Cleaner


Ikuti langkah-langkah membersihkan lantai dengan berkesan

Sebelum mengemop lantai dengan cecair pencuci lantai, anda perlu melakukan langkah pembersihan awal bagi melancarkan proses pembersihan terutama yang melibatkan habuk, debu, sampah dan tumpahan cecair seperti ais manis dan minyak. Mencuci dan mengharumkan lantai dengan cecair pencuci perlu didahului dengan menyapu dan menvakum sampah sarap dan habuk. Langkah ini dapat menjimatkan banyak masa anda daripada melalui cucian yang sukar.

Langkah 1 : Menyapu lantai & vakum

Gunakan penyapu sesuai untuk membersihkan lantai daripada habuk dan sampah. Pastikan anda tidak ketinggalan membersihkan ruangan yang tidak nampak seperti bawah almari dan bawah meja. Kaedah menyapu yang betul juga penting untuk memastikan kesemua habuk terkumpul dapat dibuang dengan mudah dan masa menyapu dapat dijimatkan.

Kaedah yang betul semasa menyapu ialah dengan menyapu sampah secara sehala dan tidak bertentangan arah. Cara ini dapat membantu anda mengumpul sampah dengan lebih mudah pada satu tempat. Gunakan penyodok sampah untuk memudahkan pembuangan sisa sampah ini ke tempat yang sepatutnya iaitu  ke dalam tong sampah.

Jika mempunyai vakum, sapuan lantai boleh diikuti dengan menvakum. Gunakan penyedut vakum bercorong bulat atau bermuncung tirus untuk menyedut habuk terutama di ruangan semput termasuk celah perabot dan celah jubin. Anda boleh meninggalkan langkah menyapu jika vakum sampah dilakukan dengan menggunakan alat penyedut yang sesuai yang boleh menarik habuk dengan lebih mudah. Kaedah vakum sama juga seperti menyapu iaitu dengan menghalakan secara satu arah bagi memudahkan proses penyedutan habuk dan habuk juga tidak tersebar.

Langkah 2 : Mengemop lantai

Untuk mengemop lantai menggunakan cecair pencuci lantai khas, anda memerlukan peralatan mop dan bekas air yang besar. Sekurang-kurangnya baldi air bersaiz sederhana sudah memadai. Baldi mop yang dilengkapi dengan kebolehan mengeringkan bulu mop adalah satu kelebihan jika ada.

Penggunaan mop klasik dengan bulu kapas adalah dicadangkan kerana ia memudahkan anda untuk menmbuang habuk dan warna kekotoran yang melekat pada bulu mop. Terdapat juga pilihan peralatan mop yang lebih moden yang menggunakan span. Tetapi mop jenis ini agak sukar untuk dibersihkan terutama melibatkan kekotoran daripada bahan berwarna .

Gunakan air panas untuk hasil kebersihan yang lebih memuaskan. Campurkan ia dengan bahan cecair pencuci pilihan anda. Basahan pertama ke atas lantai perlu dilakukan dengan menggunakan mop iaitu mencelupkan mop yang masih kering ke dalam baldi berisi cecair pencuci, keluarkan dan dilalukan sekali pada satu arah di ruang lantai yang anda inginkan. Sebarkan cecair pencuci ke seluruh permukaan lantai menggunakan mop.

Ia kemudian diikuti dengan perahan mop. Kemudian mop seperti biasa sekurang-kurangnya tiga kali sehingga permukaan lantai menjadi hampir kering. Setiap pengulangan diikuti dengan perahan mop untuk menghilangkan air dari lantai. Akhir sekali bersihkan mop dan simpan di tempat yang sesuai untuk pengeringan.

360° Microfibre Spin Mop

PREMIE Stainless Steel Easy Magic Spin Mop

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...