Menguruskan badan melalui penggunaan cuka epal begitu hangat diperkatakan sejak kebelakangan in. Mungkin hasil daripada pengalaman kejayaan menurunkan berat badan oleh beberapa pengguna hasil daripada amalan cuka epal telah menyakinkan ramai pihak. Ia diyakini berkesan bagi sesiapa sahaja yang ingin kurus dalam masa yang singkat. Lebih menarik lagi katanya, seseorang tidak perlu merasa lapar. Ini kerana menurut mereka lagi, cuka epal mampu memberikan rasa kekenyangan berpanjangan sehingga mampu menurunkan keinginan mereka terhadap makanan.

Kebanyakan perkongsian di media sosial, media massa dan internet merupakan hasil perkongsian pengguna cuka epal bukan dari latar belakang yang kukuh mengenai diet pemakanan. Bukan juga dari pengalaman pakar-pakar perubatan yang mampu membuktikan keberkesanan menurunkan berat badan melalui penggunaan cuka epal secara tepat. Apa yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman peribadi disokong sedikit info yang diperolehi secara rawak di internet.

Jadi, apakah kesan sebenar cuka epal kepada tubuh badan seseorang? Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenainya, mari kita lihat terlebih dahulu kegunaan sebenar cuka epal sebelum ia viral di media sosial.

Kegunaan Sebenar Cuka Epal

Suku nomad purba dikenali sebagai kaum Aryan dipercayai masyarakat pertama yang menghasilkan cuka daripada epal. Akan tetapi pada masa itu, tujuan asal penghasilan cuka epal adalah dalam pembuatan arak.

Memang benar terdapat arak yang dihasilkan daripada epal iaitu melalui prosese fermentasi. Untuk penghasilan arak, bakteria dan yis ditambah ke dalam jus epal. Gula yang terkandung dalam epal akan ditukarkan kepada alkohol.

Pada zaman dahulu, cuka epal digunakan sebagai bahan antibiotik untuk rawatan penyakit. Masyarakat samurai Jepun pada masa lalu memanfaatkan ia sebagai tonik untuk kekuatan tubuh badan. Tentera Amerika pada masa lalu pula menggunakan cuka epal untuk mencegah gangguan gastrik, rawatan pneumonia dan sejenis penyakit bawaan anjing dipanggil scurvy.

Bagaimana Pula Cuka Epal Dihasilkan ?

Untuk menghasilkan cuka epal sebenar, fermentasi alkohol tadi akan melalui peringkat kedua. Dalam fermentasi ini, bakteria acetobacter memainkan peranan menukarkan alkohol tadi menjadi asid asetik yang akhirnya menjadi cuka.

Asid asetik ini merupakan elemen kunci dalam cuka yang memberikan rasa masam yang tajam. Kandungan mineral asik asetik seperti fosforus, magnesium, potasium dan kalsium menjadikan cuka bermanfaat untuk tubuh badan kita.

Kekeliruan Mengenai Penggunaan ‘Cider’ Dalam Cuka Epal

Ramai yang keliru dari istilah ‘apple cider vinegar’. Ini kerana cider itu sendiri merujuk kepada minuman beralkohol. Sesetengah negara seperti Kanada, penggunaan istilah cider merujuk kepada minuman beralkohol bagi menggantikan perkataan ‘alkohol’ itu sendiri. Namun ada pula sesetengah negara menggunakan istilah cider yang hanya merujuk kepada minuman jus epal dan bukan alkohol.

Jadi, Benarkah Cuka Epal Berkesan Untuk Kuruskan Badan ?

Berbalik kepada persoalan mengenai manfaat cuka epal untuk kuruskan badan, cuka epal sememangnya mengandungi manfaat tertentu untuk tubuh badan seseorang. Ia diakui oleh doktor-doktor perubatan hampir di seluruh dunia.

Sejak viralnya penggunaan cuka epal di Malaysia, ia juga tidak lepas daripada mendapat komen daripada doktor tempatan. Antaranya perkongsian daripada Dr. Hafiz Sulaiman ini. Beliau telah memberi komen mengenai penggunaan cuka epal untuk penurunan berat badan beserta garis panduan penggunaan cuka epal secara tepat bagi mengelakkan mudarat di sebaliknya.

CUKA EPAL. BAHAYA DAN TAK BERKESAN?——————————————————————–Mungkin ramai…

Posted by Hafiz Sulaiman on Wednesday, July 18, 2018

Kebaikan Sebenar Cuka Epal Yang Anda Boleh Manfaatkan

Selain mengamalkan cuka epal mengikut garis panduan yang betul untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya mendapat manfaat kesihatan secara langsung kepada tubuh badan. Cuka epal diperakui mampu memberikan manfaat yang besar kepada tubuh badan seseorang. Berikut ialah beberapa manfaat yang anda bakal perolehi hasil dari amalan cuka epal.

Menurunkan Risiko Penyakit Kronik

Cuka epal kaya dengan bahan antioksida. Bahan antioksida agen penting untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Penyakit berkaitan kardiovaskular, kencing manis dan kanser adalah antara penyakit yang boleh dicegah melalui penyingkiran bahan bahan-bahan tidak baik yang masuk ke dalam badan menerusia sebatian antioksida.

Namun anda memerlukan nasihat oleh doktor dan pakar pemakanan untuk menentukan jumlah pengambilan cuka epal harian yang sesuai. Ini kerana pengambilan secara berlebihan juga boleh member kesan sebaliknya kepada tubuh badan.

Mengurangkan Kolestrol Dalam Darah

Kolestrol yang tinggi dalam darah adalah penyebab kepada pelbagai jenis penyakit kardiovaskular. Kolestrol ini boleh menyebabkan berlaku penyumbatan pada salur darah. Walaupun tiada kajian saintifik yang kukuh berkaitan keberkesanan cuka epal dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah, namun kandungan agen asid asetik berupaya mengurangkan kolestrol dalam darah.

Dengan mencampurkan beberapa titis cuka epal dalam air suam, ia dapat membersihkan salur darah anda lalu menlancarkan pengaliran darah ke seluruh badan.

Menghilangkan Bau Badan

Bagi mereka yang mengalami masalah bau badan, cuka epal adalah penyelesaian terbaik untuk anda. Bau badan terhasil disebabkan bakteria yang melekat di bawah ketiak dan badan yang berpeluh. Anda boleh menggunakan kapas yang disapu dengan cuka epal untuk membersihkan bawah ketiak dari bakteria yang melekat. Pastikan ia tidak di sapu selepas mencukur kerana asid cuka akan memedihkan kulit anda. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan sedikit cuka epal ke dalam air mandian sebagai terapi untuk wangian badan.

Mengawal Gula Dalam Darah. Namun..

Cuka epal juga dikatakan bermanfaat untuk mengawal dan mengurangkan bacaan gula dalam darah. Namun begitu, belum terdapat sebarang kajian saintifik serta keterangan kukuh yang dapat mengukuhkan dakwaan itu melainkan berdasarkan pengalaman peribadi pesakit. Kesan ini boleh dilihat selepas pengambilan makanan pada waktu tertentu yang diikuti dengan minuman air yang dicampur bersama dua ke tiga sudu cuka epal.

Gunakan Pada Kulit

Di luar negara, ramai pengguna menggunakan cuka epal untuk kegunaar luar iaitu pada kulit. Mereka menjadikan cuka epal sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan harian kulit. Lebih baik lagi jika cuka epal yang digunakan itu 100% dihasilkan secara organik. Cuka epal turut diperakui sebagai agen antibakteria yang baik untuk kecantikan kulit.

Anda boleh mengembalikan kesegaran dan kebersihan kulit wajah melalui amalan pembersihan menggunakan cuka epal di bahagian muka. Anda boleh menjadikan cuka epal sebagai rawatan pilihan sama ada untuk masalah jerawat, jeragat, kulit kusam dan minyak.

Manfaat Lain Cuka Epal

Betapa banyak kebaikan cuka epal yang boleh anda manfaatkan. Maka tidak hairanlah ia digunakan sejak berabad lamanya terutama bagi masyarakat Eropah.

  • Mengandungi potasium yang menguatkan kuku, mengatasi masalah rambut gugur dan rawatan untuk selesema.
  • Mengandungi pektin yang mesntabilkan tekanan darah.
  • Mengandungi asid maleik iaitu agen antibakteria untuk menentang virus, bakteria dan fungus.
  • Mengandungi kalsium untuk kesihatan gigi dan kekuatan tulang.

Bagi masyarakat di Malaysia, cuka epal agak baru diperkenalkan. Masih ramai yang baru ingin berjinak-jinak dengan cuka epal bagi menyelami lebih banyak khasiatnya untuk badan manusia.

Berpada-Pada Dalam Penggunaan Cuka Epal

Disebabkan sifat cuka epal yang berasid, anda perlu sedikit berhati-hati dalam penggunaan. Mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan cuka epal tidak disarankan melalui sukatan sudu. Sebaliknya, cuba amalkan beberapa titis sahaha terutama apabila dicampur dalam minuman dan makanan.

Selain itu, elakkan membeli cuka epal yang dijual dalam botol plastik. Sifat asid cuka mampu menghasilkan kesan tindak balas apabila dibungkus di dalam plastik. Apabila masuk ke dalam badan, ia boleh menyebabkan bahaya pada organ dalaman. Sebaliknya, beli cuka epal yang dibungkus dalam botol kaca.

Elakkan minum cuka epal ketika perut kosong. Sebaiknya ambil selepas setiap kali makan.

Pilihan Editor :

Bragg Organic Raw Unfiltered Apple Cider Vinegar

HEINZ APPLE CIDER VINEGAR

Surya Apple Cider Vinegar with Natural Honey