HomeMalayRaikan #MYCadburyFlavours dengan Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa baru

Raikan #MYCadburyFlavours dengan Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa baru

Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa

Jenama coklat kesukaan ramai meraikan cita rasa Malaysia dengan menyokong 

gerai-gerai kuih menerusi pelancaran perisa edisi terhad terbaru.  

 Seri Muka, Ketayap dan Onde-Onde… semua kuih-muih ini berkongsi rasa yang sememangnya sinonim dengan identiti kebangsaan  – rasa pandan dan kelapa. Cadbury Dairy Milk dengan bangganya memperkenalkan inovasi terbaru mereka, Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa yang menggabungkan kehalusan coklat susu dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma untuk meraikan rasa yang membentuk identiti negara kita. Dengan perisa baru ini, Cadbury Malaysia ingin membangkitkan sifat murah hati rakyat Malaysia bagi menyokong penjaja-penjaja kuih tempatan yang terjejas akibat pandemik yang sedang melanda ketika ini menerusi inisiatif yang bertemakan #MYCadburyFlavours.

Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa adalah varian edisi terhad ketiga yang dihasilkan mengikut cita rasa para peminat coklat di Malaysia oleh Cadbury Malaysia susulan sambutan hangat terhadap Cadbury Dairy Milk Kopi C dan Cadbury Dairy Milk Durian yang mula diperkenalkan sejak 2018. Keenakan coklat susunya yang halus digabungkan dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma menghasilkan satu rasa ikonik warisan tempatan yang sentiasa digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira generasi.

Bagi meraikan Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa dan cita rasa Malaysia ini, Cadbury Malaysia akan menabur bakti kepada komuniti yang menjadi sebahagian inspirasi rasa tempatan tersebut dengan menyokong perniagaan mereka menerusi penggunaan tanda pagar #MyCadburyFlavours. Menerusi penggunaan tanda pagar tersebut dan dengan kerjasama rakyat Malaysia, Cadbury Malaysia akan mempromosikan perniagaan para penjaja di platform digital serta menerusi iklan berbayar di dalam media sosial.

Pandemik yang melanda telah mengakibatkan banyak perniagaan berskala kecil tempatan mengalami kerugian. Dalam tempoh yang serba mencabar seperti ini, adalah penting untuk kita terus mengekalkan daya kita sebagai satu bangsa dan saling membantu. Bagi mencapai hasrat ini, Cadbury Malaysia  berharap untuk memberikan wira-wira warisan tempatan kita ini pengiktirafan yang sewajarnya dengan meningkatkan kesedaran mengenai mereka bagi membolehkan mereka mengekalkan perniagaan mereka, dan menyokong sumber pendapatan mereka menerusi kempen ini.

Sertai Cadbury Dairy Milk Malaysia dalam usaha mempromosikan gerai-gerai kuih tempatan. Kempen menerusi Instagram yang dipacu oleh cinta rakyat Malaysia terhadap makanan, mengalu-alukan setiap individu untuk berkongsi gerai kuih kesukaan mereka bagi mewujudkan kesedaran serta sebagai sokongan kepada penjaja-penjaja kuih tempatan yang sentiasa mengekalkan rasa warisan zaman berzaman seperti rasa pandan dan kelapa. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menyertai inisiatif ini:

  1. Kongsikan gambar gerai kuih atau penjaja kuih kegemaran anda di laman sosial dengan menggunakan tanda pagar #MYCadburyFlavours dan @Cadbury_MY
  2. Pinkan lokasi (jika berkenaan) atau sertakan nama dan lokasi gerai tersebut di dalam kapsyen anda
  3. Selain daripada itu, anda boleh menyemak suapan Instagram melalui tanda pagar #MyCadburyFlavours dan temui lokasi gerai menarik di sekitar kediaman anda.

“Cadbury Dairy Milk telah menawan hati para pengguna di Malaysia menerusi pelbagai pilihan perisa produk coklatnya selama hampir 50 tahun. Kami amat terharu dengan sokongan daripada para pengguna kami di Malaysia selama ini. Oleh itu, kami ingin memperkenalkan Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa sebagai tanda penghargaan dan ingatan jenama kami yang telah wujud di Malaysia sejak sekian lamanya. Sebagai sebuah jenama yang memperjuangkan kemurahan hati, kami berasa amat gembira kerana dapat melancarkan bukan sahaja produk tetapi kempen yang berupaya membantu perniagaan para penjaja kuih tempatan yang terus mengekalkan cita rasa tempatan ini. Semoga kita semua dapat bersatu padu sebagai satu bangsa untuk  terus #SapotLokal dan membantu pemilik perniagaan tempatan mengharungi tempoh yang serba mencabar ini,” kongsi Ketua Pemasaran Mondelez International Malaysia dan Singapura, Arpan Sur

Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa boleh didapati secara eksklusif mulai Ogos di semua pasar raya utama di seluruh negara serta di dalam platform e-dagang Shopee dan Lazada pada harga runcit yang disyorkan:

  • RM 2.90 untuk 37g
  • RM 8.50 untuk 160g

Ketahui lebih lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa dan #MYCadburyFlavours dengan mengunjungi laman sesawang rasmi www.cadbury.com.my atau kekal berhubung melalui laman Facebook (www.facebook.com/CadburyMalaysia) dan Instagram  (www.instagram.com/Cadbury_MY).  

Anda telah mencuba Therapy Lip Balm BAHARU Mentholatum? Jangan ragu untuk berkongsi pendapat anda dengan kami!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan