HomeMalayPsst! Ini Sebab Kenapa Wanita Gemuk Selepas Berkahwin

Psst! Ini Sebab Kenapa Wanita Gemuk Selepas Berkahwin

Kenapa wanita gemuk selepas berkahwin? Jawapan yang paling sering kita dengar adalah kerana makan terlalu banyak!

Amat mudah untuk mengatakan kebanyakan wanita berkahwin akan bertukar saiz badan secara drastik daripada saiz S ke saiz XXL kerana makan berlebihan sehingga tidak sedar berlakunya kenaikan berat badan. Setuju atau tidak jika dikatakan wanita menjadi gemuk selepas kahwin sebagai satu petanda mereka melalui alam rumahtangga dengan bahagia dan berada di bawah jagaan suami dengan sewajarnya?

Di beberapa negara arab, wanita yang masih kurus selepas berkahwin dianggap tidak bahagia dan suami akan dituduh tidak memberi isteri makan dengan secukupnya. Jadi, perlukah wanita menjadi gemuk selepas kahwin?

Punca Wanita Gemuk Selepas Berkahwin

Tidak dinafikan ramai wanita mula mengalami perubahan saiz badan yang mendadak selepas beberapa tahun mengharungi alam perkahwinan. Lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Lagilah naik berat badan mereka sehingga adakalanya ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan sendiri terkejut melihat perubahan saiz badan yang berlaku. Semakin comel dan montel pula selepas berkahwin.

Wanita menjadi gemuk bukan semata-mata kerana mereka seronok melayan nafsu makan sendiri. Tanggungjawab seorang isteri dan ibu sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang kita fikirkan. Mereka perlu menjalankan tanggungjawab sepenuhnya menjaga makan, pakai untuk suami dan anak-anak.

Tanggungjawab inilah antara penyebab utama kenapa wanita gemuk selepas berkahwin. Mari kita lihat apa yang dihadapi oleh seorang isteri dan ibu selepas berkahwin yang mengehadkan masa mereka untuk bersenam.

1. Hamil & Menjadi Ibu, Sentiasa Sibuk Melayan Keluarga

Kenaikan berat badan wanita selepas mengandung dan melahirkan anak sebenarnya bukan berpunca daripada kehamilan itu sendiri. Tidak dinafikan terdapat wanita yang mengalami pertambahan selera makan secara luar biasa ketika hamil dengan mengidam pelbagai jenis makanan.

Bila ditanya kenapa makan banyak sangat, jawapannya ialah “Anak dalam perut mengidam”.  Ataupun kata mereka lagi “Mestilah makan banyak sebab ibu mengandung kena kongsi makanan dengan anak yang dalam perut”. Sesiapa sahaja akan rasa kasihan dan dan lucu dengan jawapan seumpama itu dari seorang ibu hamil.

Akan tetapi perubahan corak dan gaya hidup yang mereka lalui selepas menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu menyebabkan mereka tidak lagi mempunyai masa yang cukup untuk gaya hidup sihat.

Selepas mengandung dan menjadi ibu, wanita akan lebih banyak menghabiskan masanya dengan memasak, mengemas rumah, bekerja, melayan suami, membeli belah barangan rumah, memandikan anak, menyusukan bayi dan pelbagai lagi tanggungjawab sebagai seorang ibu. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan wanita menjadi gemuk selepas berkahwin dan menjadi seorang ibu. Ini kerana mereka tiada masa yang banyak untuk bersenam dengan bersungguh-sungguh.

2. Melayan Suami & Keluarga Makan Setiap Hari

Selepas berkahwin, wanita menjadi semakin teruja menunjukkan bakat sebagai chef atau tukang masak yang hebat di dapur. Pelbagai jenis resepi baru, sedap dan menarik yang mereka ingin cuba untuk dihidangkan kepada suami dan keluarga. Setiap wanita yang berkahwin inginkan keluarga menikmati air tangan mereka kerana ia bukan sahaja lebih sedap. Malah nilai air tangan ibu itu mengalirkan rasa kasih sayang yang mendalam antara keluarga.

Apabila suami makan, sudah tentu isteri tidak akan membiarkan si suami makan berseorangan. Tidak sopan namanya seandaianya isteri membiarkan suami bersendirian menikmati makanan di meja makan tanpa layanan sewajarnya dari seorang isteri. Jikalaupun isteri telah kenyang, mereka juga tidak sanggup membiarkan suami makan seorang diri. Tambahan lagi suami tentunya tidak berselera jika makan berseorangan. Jadi nak atau tidak, isterilah yang perlu melayan dan makan bersama-sama suami sehingga selesai.

3. Tak Nak Membazir, Terpaksa Menghabiskan Lebihan Makanan

Memasak untuk diri sendiri tidak sama seperti memasak untuk seluruh ahli keluarga. Memasak untuk hidangan keluarga memerlukan bahan-bahan masakan dan kuantiti hidangan yang banyak. Tetapi malang pula apabila hidangan yang dimasak tidak dihabiskan oleh suami dan anak-anak. Untuk mengelakkan berlaku pembaziran, seorang ibu adakalanya terpaksa berkorban menghabiskan makanan yang tidak habis dimakan.

Jika dibuang makanan tersebut, pastilah berlaku pembaziran. Membuang makanan pula bukanlah suatu perkara yang baik untuk diamalkan. Kerana tidak mahu membazir, ibulah yang akan menghabiskan makanan tersebut.

4. Hanya Menyayangi Suami, Tidak Berminat Lelaki Lain

Perasaan terhadap lelaki ketika masih bujang dan selepas menjadi isteri kepada seorang lelaki amat jauh perbezaannya. Semasa zaman bujang wanita sentiasa ingin kelihatan menarik di mata mana-mana lelaki sebagai tarikan magnet mengundang jodoh. Pada masa itu, saiz badan yang langsing dan kurus amat penting. Setiap lelaki yang hadir dalam hidup mereka berpotensi sebagai suami. Mereka sanggup mengamalkan diet dan bersenam kerana mereka perlu menjaga penampilan untuk seorang bakal suami dari sekian ramai lelaki yang mereka kenali.

Berbeza halnya selepas berkahwin. Wanita tidak lagi berminat untuk memandang lelaki lain selain daripada suaminya. Usaha untuk menjaga berat badan dan penampilan diri mula menurun. Ditambah pula dengan kesibukan sebagai isteri, ibu dan pekerja, penjagaan saiz badan bukan lagi keutamaan. Fokus yang diberikan hanya menumpahkan kasih sayang kepada suami dan anak-anak. Saiz badan tidak lagi penting untuk dinilai oleh mana-mana lelaki asalkan dapat membahagiakan hati suami dan anak-anak.

5. Badan Terlalu Penat Untuk Bersenam

Apabila berat badan semakin bertambah, wanita menjadi semakin cepat penat. Berjalan kaki beberapa meter sahaja sudah cukup membuatkan mereka mengah. Ini antara alasan paling kuat yang menyebabkan mereka sering mengelakkan diri daripada bersenam. Kebanyakan wanita tidak berupaya untuk memulakan langkah pertama ke arah usaha menurunkan berat badan disebabkan faktor kepenatan fizikal. Ia mungkin disebabkan umur yang semakin meningkat dan kepenatan melalui jadual hari yang panjang.

6. Tiada Dorongan Dari Suami

Sikap suami sendiri yang malas untuk bersenam dan lebih berminat terhadap aktiviti makan-makan menjadikan isteri turut terikut-ikut mengamalkan tabiat yang sama. Sebagai isteri, mereka sudah tentunya akan melayan suami mengikut apa yang mereka inginkan. Jika suami sentiasa mendorong dan menguruskan masa supaya mereka sama-sama dapat bersenam setiap hari, sudah tentu seorang isteri turut bersemangat untuk menjaga berat badan.

Walaupun suami menyedari perubahan yang berlaku pada bentuk badan isteri, suami adakalanya bersikap tidak kisah dan mengambil sikap tidak endah kerana tidak mahu membebankan isteri dengan aktiviti yang berat dan memenatkan. Ini menyebabkan isteri semakin jauh membiarkan diri hanyut dalam dunia kegemukan mereka.

7. Gembira Bersama Keluarga

Pernahkah anda dengar orang mengatakan bahawa kegembiraan menjadikan seseorang itu lebih berselera untuk makan? Sebaliknya kesedihan mampu memutuskan selera makan seseorang?

Mungkin ada benarnya bahawa kebahagiaan bersama suami dan anak-anak menyebabkan isteri semakin berselera untuk makan. Wanita akan sentiasa berselera menikmati apa jua jenis makanan apabila perasaan hati sentiasa gembira dikelilingi oleh suami dan anak-anak yang memahami dan menyayangi dirinya.

Menjaga Diri Daripada Obesiti Adalah Satu Kebajikan

Disebabkan faktor-faktor positif dan negatif ini, wanita didapati semakin tidak kisah membiarkan berat badan mereka semakin bertambah dari hari ke hari. Wanita tidak seharusnya menumpukan perhatian mereka untuk menjaga kebajikan suami dan anak-anak sepanjang hari tanpa henti. Kaum wanita perlu ingat bahawa usaha menjaga berat badan juga adalah suatu kebajikan yang memberikan banyak impak positif kepada diri dan keluarga.

Ramai wanita yang tidak menyedari bahawa menjaga kesihatan dengan bersenam dan berusaha mengelakkan diri daripada tergolong sebagai obesiti adalah suatu kebajikan yang dilakukan secara tidak langsung terhadap suami dan keluarga.

Jadi, para isteri apa lagi yang anda tunggu? Jom kita sama-sama bersenam supaya tidak lagi dipandang hina sebagai isteri yang gemuk!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan