HomeMalayPositif @ Negatif? 10 Petanda Awal Anda Hamil

Positif @ Negatif? 10 Petanda Awal Anda Hamil

Semakin anda menghampiri tempoh haid anda, semakin anda berdebar-debar untuk mengetahui adakah haid anda akan muncul ataupun tidak? Dalam erti kata yang lebih mudah, adakah anda berjaya hamil? Kit kehamilan mungkin belum dapat mengesan kandungan HCG dalam air kencing anda. Jadi, apakah tanda-tanda awal lain yang menunjukkan anda berjaya hamil?

Cepat letih
Anda mudah tercungap-cungap semasa berjalan ataupun menaiki tangga? Ataupun kurang nafas semasa melakukan kerja-kerja harian seperti berkebun? Mungkin ini tanda-tanda anda sedang hamil. Janin yang sedang membesar di dalam rahim anda memerlukan oksigen. Jadi, anda akan mula merasakan kekurangan oksigen terutama semasa melakukan kerja-kerja berat. Awas! Anda mungkin akan berterusan mengalami masalah ini sepanjang kehamilan.

Sakit payudara
Adakah anda mengalami sakit-sakit payudara seolah-olah payudara anda semakin membesar? Rasa sengal dan kurang selesa semasa memakai coli terutama coli yang berdawai adalah antara tanda-tanda awal anda hamil. Kawasan areola (keliling puting payudara) yang semakin gelap juga adalah tanda anda berbadan dua. Untuk keselesaan, pilihlah coli yang bersesuaian.

Lesu
Walaupun tidak melakukan kerja-kerja berat, namun badan anda terasa letih dan tidak bermaya. Hal ini kerana hormon dalam badan anda sedang meningkat. Wanita hamil akan kerap berasa letih terutama semasa berada dalam trimester pertama.

Loya-loya
Ini adalah tanda yang paling kerap dikaitkan dengan kehamilan. Rasa mual atau loya yang dialami adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Awas! Jangan tertipu dengan tanda mual palsu kerana ada juga wanita yang mengalami loya-loya sebelum
datang haid.

Tompokan darah
Oh tidak! Beberapa titik darah ada di seluar dalam anda. Namun, darah yang keluar hanya sedikit berbanding darah haid yang biasa, malah ia keluar beberapa hari awal daripada tarikh sepatutnya anda haid. Anda mungkin mengalami pendarahan implantasi di mana telur yang telah bersenyawa melekat pada dinding rahim dan menyebabkan pendarahan berlaku.

Kerap ke tandas
Tanda-tanda awal wanita hamil adalah kerap membuang air kecil. Ada kalanya anda akan kerap ke tandas sehingga menyebabkan tidur anda terganggu. Semasa kehamilan, tubuh anda menghasilkan cecair tambahan untuk janin, dan menyebabkan pundi kencing anda terasa seperti ditekan-tekan.

Pening kepala
Selain mual-mual, anda juga akan kerap berasa pening atau pitam disebabkan perubahan hormon. Jangan ambil sebarangan ubat untuk menghilangkan rasa pening anda!

Senak perut
Adakah anda alami senak pada abdomen seperti rasa senggugut ketika haid? Rasa senak perut mungkin petanda anda akan haid atau disebabkan kehamilan. Jika disebabkan kehamilan, ini adalah tanda rahim anda sedang menegang sebagai persediaan untuk menerima kunjungan bayi.

Mengidam
Tiba-tiba anda teringin untuk makan nasi kerabu walaupun sebelum ini anda tidak menggemari nasi kerabu. Atau mungkin juga anda sudah tidak lalu untuk makan coklat yang selama ini menjadi kegemaran anda. Jika anda mengalami situasi seperti ini, mungkin ini petanda anda berjaya hamil.

Perubahan emosi
Adakah anda kini menjadi semakin sensitif biarpun disebabkan perkara yang kecil? Contohnya, suami anda terlupa untuk membeli barang yang anda pesan dan ini menyebabkan anda berasa kecil hati. Perubahan emosi atau mood swings adalah disebabkan oleh tubuh anda sedang menyesuaikan diri dengan hormon kehamilan. Usah risau suami! Mood swings akan berakhir tidak lama lagi!

Sumber: www.parenting.com

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan