HomeMalayPerlukah pakai stokin ketika berpantang? Ini jawapannya…

Perlukah pakai stokin ketika berpantang? Ini jawapannya…

Pakai stoking atau sarung kaki ketika berpantang bak aur dan tebing yang tidak dapat dipisahkan. Stoking memang sudah jadi aksesori wajib buat wanita selepas bersalin, ataupun keguguran.

Kalau tidak pakai, mulalah orang sekeliling membebel pasal kesan buruk ke atas kesihatan. Berikut perkongsian Bel Nawhen yang diolah semula. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu yang bakal bersalin.

KENAPA PERLU BERSTOKING?

1. KEKALKAN SUHU BADAN

Semasa berpantang, tubuh kita sebenarnya dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan hormon daripada kehamilan kepada kelahiran.

Jadi, untuk kekalkan suhu badan normal, kita perlu elakkan kaki terkena lantai sejuk. Ada orang tidak tahan sejuk lantai dan boleh menyebabkan dia menggigil kesejukan.

Jika dulu, lantai rumah daripada papan, sejuk angin luar boleh sebabkan menggigil. Masa kini lantai kebanyakan daripada simen, marmar dan pelbagai material lagi dan ia juga cepat sejuk di permukaannya.

2. CEDERA KAKI

Memakai stoking juga boleh mengelakkan kita dari risiko kecederaan kaki ketika berpantang kerana perlu banyak gerak bersama anak, silap langkah sikit cedera pula.

3. ELAK PEMBEKUAN BETIS

Pakai stoking bukan sebab mahu elakkan masuk angin. Tidak ada istilah angin masuk daripada kaki, masuk ke rahim atau masuk ke mana-mana liang tubuh.

Jika nak elakkan deep vein thrombosis (pembekuan darah di salur darah pada betis), anda perlu pakai stoking selain perlu aktif bergerak.

JIKA TAK SUKA STOKING?

Mungkin ada antara kita tidak selesa berstoking. Mana nak keluar masuk tandas lagi, silap sikit stoking basah kena air, sudah kena tukar lain. Payah.

Jadi, sebagai alternatif menggantikan stoking, boleh pakai selipar atau kasut dalam rumah bagi mengelakkan sentuhan secara langsung antara tapak kaki dengan lantai sejuk.

TIP PILIH STOKING?

1. PAKAI STOKING TED

TED ialah Thromboemboletic Deterring – compression. Stoking ini berfungsi memperbaiki aliran darah di bawah kaki mengalir ke atas supaya darah tidak berkumpul di bawah. Stoking in biasanya digalakkan dipakai ibu selepas bersalin secara pembedahan.

2. KETAT HINGGA BETIS

Sejenis stoking seperti dipakai pemain bola sepak. Stoking boleh beri tekanan kepada kaki dan menggalakkan pengaliran darah di kaki.

3. SERAP PELUH

Stoking ini bertujuan memberi keselesaan kepada kita. Apabila stoking mudah lembab dan tidak serap peluh, bakteria suka dan menginap di kaki. Lain pula jadinya.

4. TIDAK LICIN

Pastikan stoking dipilih selamat digunakan dan tidak mudah menyebabkan tergelincir.

Memakai stokin semasa berpantang seolah-olah sudah menjadi rutin bagi setiap ibu. Asal pakai stokin mesti orang akan anggap sedang berpantang walaupun masih anak dara. Dan stokin yang dipakai oleh ibu pula pelbagai jenis – ada yang tebal, ada yang nipis, yang longgar, yang kecil dan sebagainya. Apa maksud sebenar disebalik memakai stokin semasa berpantang?

Elakkan masuk angin

Jika menurut orang tua-tua, pemakain stokin adalah perlu untuk ibu dalam pantang mengekalkan haba dalam badan dan mengelakkan ibu masuk angin, sekaligus mengelakkan bentan. Mungkin sebab itu tiada garis panduan khas stokin bagaimana yang harus dipakai, tapi kebanyakan ibu berpantang sering memakai stokin tebal.

Ada juga mengatakan bahawa pemakaian stokin ketika pantang adalah untuk mengingatkan orang lain supaya berjaga-jaga kerana ibu sedang berpantang. Maklumlah, ibu berpantang sentiasa berlunjur dan melanggar ibu jari kaki ibu berpantang dikatakan boleh menjejaskan rahim. Jadi, sekiranya ibu memakai stokin, orang sekeliling akan berwaspada dan akan berjalan dengan berhati-hati bagi mengelakkan dari terlanggar kaki ibu berpantang.

Kepentingan memakai stokin selepas bersalin dari sudut sains

Rupa-rupanya ada penjelasan saintifik di sebaliknya.

Manusia banyak kehilangan haba melalui tapak kaki. Pemakaian stokin adalah baik untuk menyimpan haba dan mengekalkan suhu badan yang optimum. Menyentuh tapak kaki secara langsung ke lantai yang sejuk kemungkinan boleh mengubah suhu badan ibu dengan drastik dan apabila badan menjadi lebih sejuk, penyembuhan dalaman selepas bersalin mungkin akan terganggu.

Selepas bersalin, perubahan sel darah pada saluran darah ibu akan berlaku. Yang paling ditakuti ialah darah beku pada salur darah dibetis kerana ibu selepas bersalin sudah tentu kurang aktif bergerak, hanya duduk-duduk atau baring sambil menyusukan bayi. Pengaliran darah yang tidak lancar terjadi dalam keadaan ini dan meningkatkan risiko darah beku. Pemakaian stokin boleh membantu mengecutkan otot bahagian betis dan menggalakan pengaliran darah.

Semasa mengandung pula, salur darah pada bahagian kaki ibu terdedah untuk mengembang dan ini juga meningkatkan risiko untuk pembekuan darah dalam salur darah di betis. Pemakaian stokin dapat membantu untuk melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan darah beku.

 

Jenis stokin

Namun, kita harus lihat juga pemakaian stokin yang bagaimana untuk membantu mengelakkan masalah ini. Stokin yang paling baik ialahstokin yang ketat ataupun dipanggil compression stockings yang biasa digunakan oleh ahli fisioterapi. Namun, jika tidak dapat stokin begitu, bolehlah memakai stokin bola yang lebih ketat dan panjang. Bukan sembarangan stokin ya.

Bagi ibu-ibu yang merungut tidak selesa kerana perlu memakai stokin, harap bersabar kerana ini semua adalah untuk kebaikan dan kesihatan ibu juga. Bagaimana mahu jaga si kecil jika diri sendiri tidak sihat?

KEBAIKAN DARI SEGI SAINTIFIK

Oleh itu mari kita lihat kebaikan memakai stokin ketika berpantang dari segi saintifik. Pertama sekali, tujuannya adalah untuk mengelakkan kaki daripada menyentuh secara langsung ke lantai dan boleh menyebabkan badan menjadi sejuk. Maklumlah, badan kita yang belum sembuh sepenuhnya perlu mengekalkan suhu badan yang optimum. Seeloknya pakai setiap masa terutama sekali apabila kita perlu berjalan sekeliling rumah. Sebagai ganti stokin ketika berjalan, boleh juga memakai kasut lembut yang sesuai dipakai di dalam rumah. Asalkan ada lapik di antara kaki kita dengan lantai.

Bagaimana pula ketika sedang tidur atau sekadar baring di atas katil sambil menyusu? Pakai stokin ketika berpantang dapat mengelakkan urat kaki kita daripada bersimpul dan lagi satu untuk elak angin memasuki badan kita. Lepas tu mulalah rasa tak bermaya, pening-pening lalat dan sebagainya. Penyakit angin di dalam badan ni kalau dah mula menular, memang lambat sikit nak keluar. Kena panggil tukang urut yang pakar atau mak bidan untuk membantu anda mengeluarkan angin tadi.

Nak tanya sikit, anda pernah dengar perkataan trombosis? Perkataan trombosis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pembentukan darah beku di dalam saluran darah, yang menghalang aliran darah melalui sistem peredaran darah. Apabila saluran darah cedera (seperti proses melahirkan anak), badan kita menggunakan platelet dan fibrin bagi membentuk darah beku untuk menghentikan kehilangan darah. Dengan memakai stokin, sedikit sebanyak kita dapat juga mengelak daripada terkenanya trombosis ini. Malahan, pesakit yang sedang terlantar di hospital atau yang koma untuk sekian lamanya; mereka juga dipakaikan stokin bagi mengelakkan mereka dari terkena trombosis ini.

AURAT DAN MARUAH

Selain dari segi saintifik seperti yang diterangkan di atas, kita juga disarankan untuk memakai stokin kerana kaki wanita adalah sebahagian daripada aurat yang perlu dijaga rapi. Walaupun dalam apa jua keadaan, aurat wanita adalah amat penting dan di situ juga terletak hikmah pakai stokin tu sebenarnya. Ini mengukuhkan lagi sebab anda perlu memberikan penekanan yang tinggi terhadap pemakaian stokin.

TIDAK SELESA

Sebenarnya ada segelintir daripada ibu-ibu yang sedang berpantang, berasa tidak selesa mengenakan stokin. Ada yang rasa seperti ada sesuatu melekat di kaki atau sesuatu sedang menjalar di kaki. Setiap pergerakan yang dilakukan, bagaikan ada je yang tak kena. Dah la tak cukup tidur, setiap dua jam kena menyusu bayi lagi. Kena pulak pakai stokin ketika berpantang.

Disebabkan terlalu banyak perkara yang diuruskan, perkara terakhir yang diingini adalah perasaan ketidakselesaan ketika hendak berehat. Kena pakai stokin pulak tu, memang rasa rimas sangat-sangat. Tak ada ke alternatif lain selain dari memakai stokin ni?

ADA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Sebenarnya ada alasan yang kukuh kenapa kita perlu memakai stokin tersebut. Ia boleh dirungkai dari segi saintifik dan juga dari segi agama. Sesungguhnya ia lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan dan merupakan amalan yang elok sejak sekian lamanya.

Begitulah nasib bagi orang yang sedang berpantang. Baru kita tahu, pakai stokin ketika berpantang bukan saja-saja. Setelah selesai fasa kehamilan, diikuti pula dengan melahirkan anak dan berakhir dengan fasa berpantang. Kesemuanya ada pantang larang masing-masing dan di antara yang sering dipandang remeh adalah mengapa kita perlu pakai stokin ketika berpantang. Selain itu, jangan lupa amalkan amalan berpantang selepas bersalin dan jaga pemakanan semasa berpantang.

Diharapkan selepas ini anda tahu kenapa perlu bagi anda pakai stokin ketika berpantang dan usahlah mengeluh lagi.

Leave a comment

situs slot https://disdukcapil.salatiga.go.id/ngacor/ slot gacor totomacau4d situs toto situs toto situs toto slot gacor slot gacor slot gacor slot gacor slot gacor rtp slot toto slot https://journal.dpkp.ciamiskab.go.id/ rtp slot rtp live slot gacor situs toto