Pada masa kini muncul pelbagai produk makanan dan minuman yang dikatakan baik untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan. Salah satunya ialah produk minuman protein shake yang sering menjadi sebutan di kalangan mereka yang mengamalkan senaman secara aktif. Mengapakah minuman protein shake menjadi pilihan bagi pengamal sukan? Tidak lain dan tidak bukan keran protein merupakan sumber utama untuk membentuk perkembangan dan pemulihatan otot yang sihat. Oleh kerana itu, ramai yang memilih produk berasaskan protein untuk mendapatkan sumber protein dari luar secara lebih cepat. Protein juga boleh didapati dalam bentuk pil atau kapsul. Namun, minuman protein shake sering menjadi pilihan kerana ia didatangkan dalam bentuk minuman yang lebih enak dengan pelbagai pilihan perisa terutama buah-buahan. Minuman ini juga boleh membuatkan anda merasa cepat kenyang sehingga seseorang itu mampu menahan lapar sama ada sebelum atau selepas bersenam.
Perlukah Protein Shake Untuk Bersenam ?
Minuman protein shake boleh diambil sama ada beberapa minit sebelum atau selepas setiap kali bersenam. Sama ada anda bersenam di pusat gimnasium atau di mana-mana sahaja mengikut jenis senaman yang menjadi pilihan anda.
Badan yang mengalami kekurangan protein pastinya akan mengalami kemerosotan dari segi kesihatan. Secara idealnya, badan kita memerlukan kira-kira 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan. Walaupun secara pandangan kasar jumlah ini dilihat terlalu kecil, ia sebenarnya jauh lebih mencukupi untuk komposisi badan kita dalam memastikan kesihatan tubuh secara maksima.
Walaubagaimanapun, jumlah protein yang diperlukan berbeza bagi mereka yang mengamalkan senaman secara aktif. Aktiviti senaman melibatkan pembakaran kalori dan untuk itu keperluan metabolisma menjadi lebih tinggi. Metabolisma adalah keperluan fizikal paling utama yang menentukan tahap keaktifan seseorang semasa bersenam.
Protein yang diambil diperlukan bagi meningkatkan jumlah pembakaran kalori, sekaligus menjana kadar metabolisma badan yang lebih tinggi serta mengurangkan kadar selera makan seseorang. Oleh itu, mereka yang aktif bersenam setiap hari digalakkan untuk menggandakan jumlah pengambilan protein bagi memastikan otot badan anda mendapat keperluan protein yang mencukupi setiap hari. Bagi mencukupkan keperluan protein, anda disarankan untuk membahagikan protein antara tiga ke empat kali hidangan makanan dan minuman pada setiap hari.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan makanan, minuman berprotein tinggi seperti protein shake adalah pilihan yang baik untuk anda. Ia boleh diambil sama ada ketika menikmati hidangan makanan utama, sebelum atau selepas bersenam dan sebagai minuman perantaraan sebelum atau selepas makan.
Protein Dalam Pembinaan Otot & Teori ‘Anabolic Window’
Terdapat satu istilah yang sering dikaitkan antara pembinaan otot dengan keperluan protein dalam badan. Istilah ini dipanggil sebagai ‘anabolic window’ atau disebut juga sebagai ‘protein window’ . Istilah ini digunakan dalam senaman kekuatan terutama yang melibatkan pembinaan otot di mana ia digambarkan sebagai 30 minit masa ‘pembukaan tingkap’ yang berlaku serta merta 30 minit selepas anda melakukan senaman.
Teori ‘pembukaan tingkap’ ini mengatakan bahawa, dalam masa 30 minit selepas bersenam ini, badan dikatakan berada dalam keadaan optimum untuk menerima nutrien penting dan menghantarnya ke dalam tisu otot, meningkatkan pemulihan dan kemampuan badan kita untuk membina otot, dan pelbagai lagi keuntungan lain untuk tubuh badan manusia.
Teori ‘anabolic window’ juga menyatakan bahawa selepas setiap sesi latihan berat, serat-serat otot akan termusnah dan glikogen yang tersimpan dalam otot tisu serta merta terurai. Dari teori ini, maka timbulnya idea pelepasan atau pengepaman semula protein ke dalam tisu otot yang terlibat melalui sumber protein luaran secara pantas yang mana salah satunya ialah melalui minuman berprotein seperti protein shake. Kaedah ini dikatakan dapat memulihkan semula keadaan tisu otot selepas bersenam melalui penyimpanan semula glikogen yang telah terurai tadi.
Walaubagaimanapun teori ‘anabolic window’ ini masih lagi diperdebatkan. Malah belum wujud bukti saintifik yang membenarkan teori pembukaan tingkap nutrien ini dalam jangka masa tertentu selepas setiap kali aktiviti bersenam dilakukan.
Pengambilan Protein Shake Baik Diambil Sebelum Atau Selepas Bersenam ?
Timbul satu lagi persoalan sama ada minuman protein patut diambil sebelum atau selepas bersenam. Melalui teori ‘anabolic window’, maka terhasilnya kajian mengenai keberkesanan pengambilan protein terhadap otot sebelum atau selepas bersenam.
Dalam kajian ini, para pengkaji membahagikan kepada 21 lelaki kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan mengambil 25 gram protein sebelum setiap kali bersenam. Manakala satu kumpulan lagi akan mengambila protein selepas bersenam.
Setiap kumpulan akan menjalani latihan fizikal sebanyak tiga kali seminggu selama 10 minggu. Hasil daripada keputusan yang didapati dalam kajian ini, tidak terdapat perbezaan dari segi kemampuan pembinaan dan kekuatan otot sama ada anda mengambil sebelum atau selepas bersenam. Keputusan ini menunjukkan bahawa seseorang itu bebas memilih sama ada ingin mengambil sebelum atau selepas bersenam bergantung kepada keadaan dan keselesaan masing-masing.
Protein Penting Namun…
Protein boleh diambil daripada pelbagai sumber makanan luar termasuk minuman protein shake. Namun apa yang paling penting untuk kita lihat dan pastikan ialah jumlah pengambilan protein dalam diet seharian perlulah dipastikan mencukupi kerana ia penting untuk perkembangan otot, membekalkan tenaga dan menguatkan fizikal seseorang.
Anda juga tidak semestinya terlalu memilih mencari masa yang terbaik untuk pengambilan protein kerana ia boleh diambil pada bila-bila masa selagi anda memenuhi kuantiti pengambilan yang disarankan oleh pakar pemakanan.
Cadangan Protein Shake Untuk Anda
Ramai yang memilih minuman protein shake sebagai salah satu sumber diet harian mereka kerana keenakan minuman ini yang dihasilkan dalam pelbagai perisa. Maka tidak hairanlah mengapa minuman ini menjadi pilihan ramai dari kalangan pengamal sukan dan kecergasan. Bagi anda yang tercari-cari minuman protein shake untuk bekalan protein dalam badan sebelum atau selepas bersenam, berikut ialah beberapa pilihan yang lazat untuk anda cuba sendiri.
1. Herbalife Formula 1 (F1) Cookies n Cream + Protein (F3)
Minuman enak campuran coklat dan biskut berkrim ini mengandungi pelbagai jenis nutrien termasuk keperluan protein yang mencukupi untuk keperluan diet seharian anda. Minuman ini baik untuk anda yang mengamalkan senaman secara aktif yang ingin kenyang sebelum atau selepas bersenam serta membekalkan tenaga kepada otot semasa bersenam. Ia tidak mengandungi kolestrol dan baik untuk mengawal berat badan. Sediakan minuman ini dua kali sehari melalui dua sudu skop yang disediakan. Anda akan merasai kebaikan daripada minuman bernutrien ini.
Baca komen pengguna mengenai minuman protein shake ini.
2. Shaklee Meal Shakes
Minuman berkhasiat, enak, berkrim yang kaya dengan kalsium, serat dan protein makanan. Ia merupakan sumber minuman yang hebat untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa. Ia sesuai disediakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ia membekalkan 206 gram protein bagi setiap 100 gram hidangan. Protein ini membantu anda membina dan membaiki semula ototo menjadi lebih kuat dan bertenaga.
Baca komen pengguna mengenai minuman protein shake ini
Lain-lain pilihan protein shake untuk anda