Minum Air Gula atau Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis.
Ia adalah satu prosedur yang dilakukan di klinik untuk mengesan diabetes gestasi.
Apabila dapat dikesan lebih awal, pemantauan perlu dibuat untuk mengelakkan pelbagai komplikasi kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Fungsi minum air gula ini adalah untuk memeriksa sama ada anda ada kencing manis ataupun tidak. Macam mana boleh ‘check’ kencing manis dengan minum air gula?
Teori di sebalik ujian ini diterangkan seperti berikut; kencing manis terjadi apabila badan kita tidak dapat memproses gula berlebihan. Dalam keadaan normal gula akan dicerna menjadi glukosa. Glukosa amat penting sebagai sumber tenaga untuk sel dalam badan.
Tetapi jika glukosa berlebihan, hati akan menukar glukosa menjadi sebatian glikogen untuk disimpan.
Pernah dengar mengenai insulin?
Apakah insulin dan fungsinya?
Insulin ini merupakan hormon yang berfungsi menukarkan glukosa pada glikogen untuk disimpan dalam hati dan sel-sel otot apabila didapati glukosa berlebihan. Insulin juga berfungsi membawa glukosa ke dalam sel badan untuk dimetabolismekan menjadi tenaga. Dalam kencing manis, insulin menjadi kurang reaktif (insulin resistant) ataupun kurang dihasilkan. Jadi insulin tidak dapat mengawal paras atur gula dalam darah.
Maka apabila anda minum air gula tu, sebenarnya nak ‘test’ insulin tu boleh berfungsi atau tidak. Jika insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah masih akan normal, sebaliknya jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan anda mungkin mempunyai kencing manis (diabetes) ketika hamil.
Anda berisiko tinggi menghidapi Diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:
- Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
- Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
- Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
- Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes.
Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (minum air gula ) ketika mengandung yang dilakukan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.
Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali minum air kosong/air mineral sahaja.
Pada awal paginya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang disediakan.
Kemudian, ujian darah akan diulang sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini.
Air gula yg diberikan oleh klinik kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam. Ada juga yg berperisa oren.
Jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada lebih awal kandungan untuk pengesanan awal Diabetes ketika mengandung, justeru dapat mengawal atur paras gula di dalam darah. Kawal atur gula di dalam darah pada peringkat awal mengandung adalah teramat penting dalam tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi Diabetes pada bayi dan juga ibu.
Jika keputusan ujian toleransi glukosa GTT normal, ujian ini perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.
Siapa yang wajib minum air gula?
- wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
- wanita dengan sejarah diabetes gestasi
- wanita yang pernah hamil bayi besar
- wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
- wanita berumur 25 ke atas
- wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan
Proses minum air gula
Untuk menjalankan ujian ini, ibu mengandung perlu puasa malam sebelumnya dan pergi ke klinik keesokkan harinya mengikut tarikh dan masa temujanji.
Darah pertama akan diambil iaitu fasting blood sugar, kemudian ibu mengandung akan diberi minum air gula pekat (75gm glukosa dan 250ml air).
Air glukosa yang diberi oleh klink kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam.
Sesetengah klinik swasta pula mungkin akan memberi air glukosa yang telah dicampur perisa oren ataupun blackcurrent.
Sambung balik puasa, dan cuma air kosong dibenarkan sehingga pengambilan darah kedua.
Ibu mengandung perlu tunggu 2 jam sebelum pengambilan darah kedua(two hours post prandial) dapat dilakukan.
Selepas pengambilan darah kedua selesai, darah itu akan dihantar ke makmal dan tamatlah sesi puasa.
Ujian MGGT selesai dan ibu mengandung boleh pergi makan. Keputusan ujian akan diberi pada temujanji seterusnya.
Peringatan penting: Tolong jangan muntah. Try your best, kalau muntah, ujian MGGT itu dikira batal, dan kena diulang semula.
Tips untuk survive ujian air gula
- Minum air gula apabila ia masih suam.
- Tarik nafas, kalau perlu, picit hidung atau tahan nafas dan minum dengan cepat. Kalau boleh, minum sekali teguk. Yang penting kena minum dengan cepat kalau tidak anda mungkin akan rasa jelak dan loya.
- Kumurkan mulut selepas minum untuk membuang rasa gula dalam mulut
- Jika anda rasa nak muntah, bawalah berehat.
Apakah kencing manis atau diabetes?
Diabetes adalah keadaan di mana badan tidap dapat mengawal kandungan glukos dalam darah.
Apakah tanda diabetes semasa hamil?
Tiada tanda diabetes pada peringkat awal kehamilan. Walau bagaimanapun, semua ibu hamil yang mempunyai faktor risiko akan menjalani ujian darah (MGTT) untuk mengesahkan penyakit diabetes.
Apakah jenis diabetes?
- Diabetes Jenis 1
- Diabetes Jenis 2
- Gestational Diabetes (Diabetes Semasa hamil)
Siapakah yang berisiko mendapat diabetes?
- Terdapat kandungan gula dalam air kencing semasa permeriksaan kehamilan
- Berat badan berlebihan
- Mempunyai ibu-bapa yang menghidap diabetes
- Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4kg
- Berumur melebihi 35 tahun
- Pernah mengalamai keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat
- Pernah menghidap diabetes semasa kehamilan yang lalu
- Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air ketuban berlebihan) pada kandungan
- Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan
Apakah kesan diabetes kepada ibu dan bayi jika tidak dirawat?
Kesan pada ibu:
- Hyper/hypoglycaemia (kandungan glukos yang berlebihan atau berkurangan dalam darah)
- Jangkitan kuman di vagina yang kerap
- Keguguran
- Polihydramnios (air mentuban berlebihan)
- Preeklampsia (hipertensi teruk)
- Komplikasi diabetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggal
Kesan pada bayi:
- Berat bayi melebihi 4kg
- Mati dalam kandungan (IUD)
- Hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah)
- Lemas semasa lahir
- Kecederaan pada saraf di bahagian bahu
Apa yang perlu dilakukan jika menghidap kencing manis SEBELUM hamil?
- Dapatkan kaunseling pra-kehamilan. Bincang dengan anggota kesihatan untuk merancang kehamilan
- Mengawal dan memastikan glukos dalam darah berada pada tahap normal
- Memberitahu doktor dengan segera jika hamil dan dapatkan pemeriksaan awal kehamilan
Apa yang perlu dilakukan jika menghidap kencing manis SEMASA hamil?
- Dapatkan jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan
- Mematuhi temujanji dan rawatan yang telah ditetapkan
- Amalkan kebersihan diri
- Ambil pemakanan yang disarankan oleh pesakit diabetes
- Pemeriksaan paras glukos berkala di rumah
Ada yang menganggap proses minum air gula ini sebagai satu yang remeh. Malah, ada pula sebahagian lagi mendakwa ia boleh menjadi punca penyakit diabetes itu sendiri. Penting untuk anda faham bahawa ujian MGTT ini sama sekali tidak akan menyebabkan anda mendapat kencing manis. Sebaliknya, ia adalah penting bagi menguji sama ada badan anda mampu memproses gula dengan baik.
Sekiranya ada yang cuba mengelat, ingatlah bahawa tindakan ini hanya akan meletakkan diri dan bayi anda kepada 4 risiko di atas. Ada beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda dapat meminum air gula dengan cepat tanpa termuntah. Cuba set minda untuk meminumnya dengan cepat tanpa berfikir banyak. Tutup hidung kalau terasa loya dengan baunya. Kalau terasa nak muntah, berhenti sekejap dan tarik nafas. Kemudian minum semula tanpa berlengah. Dengan cara ini, air gula dapat dihabiskan dengan mudah dan cepat.
Jadi, jangan ‘mengelat’ ya!