Sebaik sahaja bayi dilahirkan, mereka mempunyai otak yang mengandungi lebih daripada 100 bilion sel neuron. Ketika lahir, semua sel adalah bersambung antara satu dengan yang lain, dan ia dikenali sebagai ‘penyambungan sel otak’. Sebelum usia tiga tahun, otak bayi akan membuat sambungan lebih daripada yang diperlukan. Sel-sel otak akan bersambung apabila pembelajaran berlaku, jadi sel-sel otak yang tidak bersambung akan mati.
Pemakanan yang baik diperlukan bagi membantu sel-sel otak kanak-kanak berhubung. Sebaik-baiknya, nutrisi kanak-kanak perlu merangkumi pelbagai jenis makanan. Walau bagaimanapun, sesetengah jenis makanan mempunyai khasiat dalam membantu perkembangan otak kanak-kanak yang sedang membesar. Jadi, adalah disarankan untuk memasukkan makanan-makanan ini dalam diet harian anak anda. Jom ketahui makanan yang baik untuk minda si kecil.
Makanan Minda 1: Telur
Dikenali sebagai makanan yang kaya dengan protein, kuning telur turut mengandungi kolin, nutrien yang membantu perkembangan memori. Malah, nutrien penting untuk perkembangan otak seperti asid lemak omega-3, zink dan lutein yang ada di dalam telur dapat membantu kanak-kanak untuk lebih fokus. Sekali gus, membantu kanak-kanak dalam pembelajaran dan mudah mengingat.
Terdapat pelbagai cara untuk kanak-kanak menikmati hidangan telur. Tawarkan mereka, telur goreng hancur, telur rebus ataupun telur dadar! Hidangan telur juga boleh dihidangkan bersama keju, tomato dan banyak lagi.
CUBA RESIPI INI!
Telur Dadar Spanish
Bahan-bahan:
100g ubi kentang
1 sudu besar minyak zaitun
1 bawang kecil
(dicincang halus)
1 labu kecil (diparut)
2 tomato (dicincang kasar)
4 biji telur
1 sudu besar susu
2 sudu besar parutan keju
Garam & serbuk lada hitam
Cara penyediaan
Masukkan sedikit garam di dalam periuk yang berisi air. Kemudian, rebus ubi kentang sehingga masak.
Toskan dan biarkannya
sejuk. Potong kepada beberapa hirisan.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dan tumis sehingga hampir layu. Masukkan labu dan tumis lagi.
Setelah labu masak, masukkan tomato dan hirisan ubi kentang.
Pukul telur bersama susu, masukkan keju dan perasa. Masukkan telur ke dalam sayur-sayuran tadi dan biarkannya masak di kedua-dua bahagian.
Sedia untuk dihidang.
Makanan Minda 2: Beri
Tahukah apa yang akan membuatkan si manja suka? Buah-buahan seperti anggur, strawberi, blueberry dan ceri merupakan antara buah-buahan yang digemari oleh kanak-kanak. Secara nutrisinya, makanan yang berwarna mempunyai khasiat
yang berbeza. Makanan jenis beri
ini mengandungi kandungan
tinggi antioksida seperti
vitamin C. Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil blueberry dan strawberi dapat meningkatkan ingatan seseorang.
Makanan Minda 3: Oatmeal
Tahukah anda, pakar menggelar oat sebagai ‘bijirin untuk otak’? Ya! Oat menyediakan tenaga yang diperlukan untuk tubuh yang sedang membesar di samping menjadi hidangan sempurna untuk sarapan pagi si manja. Oatmeal yang dilengkapi dengan serat akan memastikan anak anda kenyang. Selain itu, oat juga mengandungi vitamin B, E, potassium dan zink, kesemuanya baik dalam membantu mengembangkan fungsi otak.
Makanan Minda 4: Daging pejal
Daging pejal adalah salah satu sumber penyerapan zat besi yang terbaik. Zat besi merupakan mineral penting yang membantu dalam meningkatkan daya tumpuan. Menariknya, dengan hanya 28 gram (1 auns) daging pejal sudah boleh membantu tubuh untuk menyerap zat besi daripada sumber-sumber lain!
Bukan itu sahaja, daging pejal juga mengandungi zink, iaitu satu lagi sumber yang berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan. Jadi, tunggu apa lagi! Masukkan daging dalam diet anak anda.
SEGARKAN TEKAK!
Smoothie Strawberi
Bahan-bahan:½ cawan susu
1 sudu teh gula
1 cawan strawberi segar (dibekukan)
½ cawan kiub ais
Cara penyediaan
Campurkan semua bahan dan kisar.
Letakkan dalam
gelas dan siap
untuk diminum.PERLU CUBA!
Biskut Oat & Kismis
Bahan-bahan:
85g mentega
75g gula perang halus
1 sudu teh esen vanila
75g oat (dilarutkan dalam air)
75g kismis
40g kuaci
50g tepung gandum
¼ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh garamCara penyediaan
Dalam mixer, campurkan mentega dan gula serta adun sehingga sebati.
Kemudian, masukkan bahan-bahan lain ke dalam adunan tadi. Gaulkan.
Ambil sesudu adunan dan letakkan dalam kertas pembakar. Buat sehingga adunan habis.
Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan suhu 180°C selama 12 minit atau sehingga masak.
Sejukkan sebelum diletakkan dalam bekas kedap udara.