Pada zaman Yunani Kuno, wanita dianggap sebagai spesis yang berbeza dari lelaki kerana perbezaan ketara dari segi tubuh dan kelebihan mereka. Terdapat beberapa fakta tentang perempuan yang dikira sangat menarik, malah masih menjadi misteri kenapa terjadi perbezaan sedemikian!

Fakta Tentang Perempuan, Keistimewaan Perempuan Yang Tiada Pada Lelaki

Mungkin ada di kalangan anda yang rimas menjadi perempuan terutamanya bila datang bulan, terpaksa menghadap senggugut, PMS dan menjaga hal rumah tangga.

Jangan risau, kami ada senaraikan beberapa fakta tentang perempuan yang kami yakin ada sendiri tidak pernah tahu mengenainya! Jom semak 10 fakta tentang perempuan ini!

Keistimewaan Perempuan #1 Morning Sickness Sebenarnya Bagus Untuk Bakal Ibu

Sumber: Tribunnews.com

Para saintis dari University of Colorado mendapati morning sickness semasa mengandung sebenarnya merupakan mekanisme ketahanan badan, bagi membantu janin menghindari toksin daripada ikan, daging, dan ayam yang dimakan ibu.

Selain itu, jika anda mendapat morning sickness, ia boleh jadi tanda bayi yang kuat kerana mengikut Quantity Review of Biology, wanita yang mengalami sakit pagi mempunyai peluang yang lebih rendah untuk keguguran.

Keistimewaan Perempuan #2 Perempuan Boleh Mendengar Nada Tinggi Dengan Lebih Baik

Dari umur yang sangat muda, wanita sudah dapat mengenali bunyi-bunyi yang kuat. Bayi perempuan berusia 1 minggu sudah dapat cam suara ibunya dari kelompok tangisan bayi yang berbeza.

Kemahiran ini berguna dalam pendengaran apabila orang berbohong kepada anda kerana wanita boleh menangkap sedikit perubahan dalam nada suara  orang yang berbohong.

Keistimewaan Perempuan #3 Perempuan Lebih Bijak

Walaupun otak lelaki lebih besar, wanita menunjukkan kira-kira 3% hasil yang lebih baik dalam ujian kecerdasan.

Selain itu, perempuan juga mempunyai keupayaan melakukan pelbagai perkara sekaligus disebabkan oleh perbezaan dalam struktur sereblum mereka. Kawasan otak ini lebih besar pada wanita dan mempunyai sekitar 30% lebih banyak sambungan saraf di dalamnya berbanding otak lelaki!

Keistimewaan Perempuan #4 Kromosom X  Merupakan Sebahagian Dari Imun Baik

Sumber: depositphotos.com

Menurut saintis dari Universiti Gent, kromosom X yang bertanggungjawab untuk kelahiran seorang bayi perempuan membawa lebih banyak mikro-RNA yang menguatkan sistem imun bayi dan menurunkan risiko kanser.

Keistimewaan Perempuan #5 Perempuan Lebih Cepat Sembuh Dari Sakit

Maya Saleh dari Pusat Penyelidikan Universiti McGill mengenai Complete Traits mendapati hormon estrogen yang lebih banyak terdapat pada wanita berbanding lelaki berfungsi untuk menindas proses keradangan. Itu bererti badan wanita berurusan dengan penyakit lebih cepat dan lebih mudah.

Malah estrogen juga melambatkan penuaan badan, jadi mereka lebih cenderung untuk hidup lebih lama!

Keistimewaan Perempuan #6 Simptom PMS Akan Datang dan Pergi Seiring Umur

Perempuan lebih cenderung mengalami gejala PMS pada usia awal dan selepas 40-an, memandangkan tahun-tahun tersebut merupakan di mana perempuan mengalami perubahan hormon yang banyak. 

Gejala mungkin termasuk  sakit kepala, perubahan kulit, dan sakit sendi dan otot.

Keistimewaan Perempuan #7 Perempuan Secara Biologinya, Boleh Mengesan Perempuan Alfa

© Mean Girls / Paramount Pictures

Dari segi biologi, perempuan lebih cenderung untuk mengawal perbualan dalam kumpulan berbanding lelaki. Dan perempuan alfa merupakan penanda bagi tingkah laku sosial dan penjaga perdamaian.

Jadi, bagaimanakah wanita melihat wanita alfa jika tidak ada perjuangan kuasa?

Dalam sekumpulan wanita, arah hujung kasut mereka biasanya menunjuk ke arah perempuan alfa. Perempuan lain mudah untuk mengikut isyarat yang diberi oleh alfa, malah jumlah masa ketawa perempuan juga akan sama dengan si alfa yang mengawal kumpulan tersebut!

Keistimewaan Perempuan #8 Buah Dada Setiap Wanita Tidak Sama

Sejumlah kecil wanita di dunia mempunyai payudara bersaiz yang sama, malah kebiasaannya salah satu adalah lebih besar daripada yang lain. Tidak ada bahagian tubuh manusia dengan sempurna simetrinya.

Keistimewaan Perempuan #9 Rangsangan Nafsu Adalah Sama Dalam Pemikiran Perempuan

Sumber: Pixabay

Di dalam otak wanita, bahagian yang sama akan “menyala” pada MRI dalam kes-kes rangsangan yang disebabkan oleh pasangan serta yang disebabkan oleh pemikiran tentang makanan.

Hal ini semakin menjadi apabila wanita mempunyai keinginan makanan semasa mengandung.

Keistimewaan Perempuan #10 ‘Birth Control’ Boleh Mempengaruhi Daya Tarikan Perempuan

Hal ini terbukti secara saintifik apabila lelaki biasanya tertarik dengan wanita yang subur walaupun ia bukan matlamat dalam hubungan mereka.

Mereka mengambilnya daripada bau dan kecenderungan biologi yang lain. ‘Birth control’ atau kawalan kelahiran menurunkan daya tarikan wanita kerana ia menambah hormon “kelakian” dan menghilangkan keupayaan untuk hamil.

Wah! Menarik betul fakta tentang perempuan ini kan? Fakta mana yang anda dapati mengejutkan dan mana yang benar-benar masuk akal? Pastikan berkongsi pendapat anda di dalam komen di bawah!

Kajian Indeks Kemajuan Wanita MasterCard yang memberi gambaran prestasi wanita berbanding lelaki dalam bidang kerjaya jauh ke belakang.

Berdasarkan kajian Indeks Kemajuan Wanita MasterCard, skor yang melebihi 100 menunjukkan golongan wanita sangat cemerlang dalam bidang tersebut.

Jika skor 100 menunjukkan wujud kesamarataan antara jantina.

Berikut adalah skor kajian Indeks Kemajuan Wanita MasterCard:

Pendidikan Tinggi: 122.8

Penglibatan sektor pekerjaan: 57.7

Kepimpinan: 19.8

Pemilik Perniagaan: 17.9

Pemimpin Perniagaan: 28.5

Pemimpin politik: 15.3

(Sumber: Indeks Kemajuan Wanita MasterCard, 2016)

 

Malah, Malaysia pada 2018 merekodkan skor keseluruhan terendah dalam lima tahun.

Kajian Bank Pembangunan Asia (ADB) menyatakan rekod rendah itu adalah disebabkan mentaliti dan persepsi masyarakat yang memandang wanita kurang berkemahiran berbanding lelaki.

Wanita juga memperoleh gaji dan kualiti kerja yang lebih rendah berbanding lelaki.

Akan tetapi, kajian ADB juga menunjukkan, sekiranya keseimbangan jantina dalam sektor pekerjaan dapat dicapai ia diramal mampu meningkatkan pendapatan per kapita sebanyak 30 peratus.

Bagi ujian memori pula, tidak syak lagi wanita lebih hebat. Sebagai contoh, wanita lebih mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan, dan bak kata orang, jika wanita bergaduh dengan pasangan, hal-hal 5 tahun lepas pun wanita masih boleh ingat dan korek. 

Apa-apa pun, kedua-dua jantina ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ini hanya satu kajian, dan bukanlah penentu sebenar keupayaan otak masing-masing.

Kekuatan biologi wanita memperagakan manifestasi kecenderungan yang dianggap baru ini. Dominasi kaum wanita di bidang pendidikan tinggi merupakan bukti kekuatan biogenetik tersebut.

Mengapa mereka lebih terampil dalam menguasai ilmu? Kalangan pakar menganggap kelebihan itu terletak pada kehebatan genetik mereka. Dikatakan kaum wanita menyimpan lebih banyak informasi genetik daripada kaum lelaki. Pemilikan dua X kromosom seks pada kaum wanita memberi kelebihan yang cukup bermakna.

Contohnya wanita lebih sensitif terhadap pemilihan warna kerana mereka memilik gen yang dapat membezakan warna merah hijau dengan lebih baik daripada kaum lelaki.

Sebab yang samalah kes-kes buta warna hampir keseluruhannya melibatkan kaum lelaki. Walaupun wanita menjadi pembawa gen buta warna, mereka tidak mengalaminya oleh kerana pemilikan dua kromosom X tersebut.

Sedangkan kromosom Y kaum lelaki tidak mampu meneutralkan kekuatan gen buta warna sehingga mereka mengalami kebutaan terhad itu.

Dengan kata lain, mata wanita lebih unggul daripada lelaki dan barangkali keunggulan itu juga melibatkan penggunaan secara efisien fungsi mata yang lain.