Payudara merupakan aset atau bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada diri seorang wanita.
Lebih lagi, satu-satunya fungsi payudara ialah menghasilkan dan mengalirkan air susu kepada anak yang baru lahir. Dalam masyarakat, payudara juga memainkan peranan penting sebagai simbol seksual.
Sebagai simbol seksual, payudara dapat merangsang wanita dan lelaki dalam hubungan seksual. Malahan, ada di antara mereka, baik lelaki mahupun wanita yang dapat mencapai kepuasan dengan hanya rangsangan payudara dan puting sahaja.
Sungguhpun begitu, ada ketikanya payudara dapat menjadi sesuatu yang tidak menyenangkan atau bahkan lebih buruk daripada itu. Misalnya, waktu berlari, menjadi bahan perhatian yang tidak diinginkan, perlecehan seksual dan sebagainya.
Ketakutan yang berkaitan dengan payudara adalah hal umum. Daripada ketakutan sederhana tentang ukuran dan bentuk payudara mantap atau pun tidak, sehingga ketakutan yang paling menganggu iaitu kanser payudara. Dalam masyarakat kita, payudara merupakan bahagian yang kompleks dan penting pada tubuh seorang wanita.
Payudara mantap ataupun tidak, tetap mempunyai ukuran dan bentuk yang berbeza-beza samada kecil, besar, kendur dan sebagainya. Ramai wanita yang mengeluh kerana ukuran payudaranya kecil dan takut akan mengganggu pada saat menyusui, atau ada juga yang mengeluh kerana payudara tidak mantap, ukuran payudaranya berbeza antara kiri dan kanan.
Sebenarnya perkara ini adalah normal, di mana sebelah payudara berbeza bentuk dan ukurannya daripada payudara yang satu lagi dalam diri seorang wanita, asalkan perbezaan ini tidak ekstrem sekali.
Puting susu juga mempunyai bentuk dan ukuran yang berbeza-beza. Sama halnya, areola (daerah yang lebih hitam di sekeliling puting) dapat besar atau kecil, putih atau hitam, dan berbeza dari satu payudara dengan payudara lainnya pada wanita yang sama.
Setiap perempuan dianugerahi bentuk dan ukuran payudara yang berbeza-beza. Sukar untuk mengatakan bahawa yang satu lebih baik dari lainnya atau yang satu akan berfungsi baik dalam menyusui dan yang lain tidak. Masalah yang kerap timbul, bukan terletak pada payudaranya sendiri melainkan pada fikiran si empunya payudara.
Setiap payudara samada mantap ataupun tidak, memiliki keindahan tersendiri dan setiap lelaki mempunyai persepsi yang berbeza tentang payudara yang indah. Malah, besar payudara (baik kecil mahupun besar) akan berfungsi dengan baik apabila tiba saatnya untuk menyusui. Ada keadaan-keadaan tertentu yang memang dapat menimbulkan gangguan pada saat menyusui seperti puting yang terbenam dan gangguan produksi air susu. Ada juga masalah lain seperti infeksi pada payudara, kanser payudara, timbulnya payudara lebih dari dua dan lain sebagainya. Masalah-masalah seperti ini tentu saja harus ditangani secara tepat oleh doktor yang terlatih.
Benarkah payudara wanita besar sebelah?
Sedang membelek diri di cermin, saya terperasan akan sesuatu benda yang tidak kena pada anggota badan. “Kenapa saiz payudara saya berbeza, sebelah kecil sebelah besar, adakah ia normal?”
Ukuran payudara besar sebelah adalah kerisauan yang mengganggu ramai perempuan. Apa yang mereka tidak tahu sebenarnya payudara bukanlah sama ukurannya sepanjang masa.
Payudara besar sebelah ialah keadaan ketika terdapat perbezaan dalam ukuran, bentuk, posisi, atau isi padu kedua payudara wanita. Pada umumnya, keadaan ini akan nampak lebih menonjol perbezaannya sewaktu masa haid dan kemudiannya akan seimbang sendiri. Laporan menunjukkan lebih separuh populasi wanita di dunia memiliki sepasang payudara yang besar sebelah. Biasanya bahagian kiri akan lebih besar hingga 20 peratus berbanding bahagian kanan.
Kenapa payudara besar sebelah?
Payudara ialah kalenjar lemak yang terletak di bahagian depan dinding dada. Berat satu bahagian boleh mencapai sekitar 200-300 gram dan terdiri daripada 12-20 jaringan lobus yang tersebar dari puting, seperti jaringan rim pada roda kenderaan. Lobus-lobus ini berbentuk segi tiga dan kesemuanya mempunyai satu saluran tengah yang berakhir di puting, sebagai tempat susu badan mengalir keluar.
Jaringan payudara anda berubah mengikut kitaran masa. Contohnya, anda mungkin mendapati bahawa payudara terasa lebih penuh dan tegang, serta lebih sensitif, ketika anda sedang dalam masa ovulasi. Ini mungkin disebabkan pembesaran payudara kerana penyimpanan air dan tambahan aliran darah akibat peningkatan estrogen. Satu kajian mendapati bahawa payudara akan kelihatan paling tidak serupa pada hari pertama ovulasi. Apabila anda mengalami haid pula, payudara anda akan kembali mengempis.
Adakah ia normal atau perlu merujuk pada doktor?
Sebab payudara berbeza ukuran tidak diketahui sebabnya namun faktor penyumbang mungkin kerana perubahan hormon atau kecederaan traumatik.
Pakar menjelaskan ia adalah normal jika payudara berlainan ukuran. Khususnya untuk remaja yang dalam perkembangan tumbesaran, satu payudara mungkin tumbuh lebih cepat daripada yang lain. Jika perbezaan payudara mengganggu anda, anda boleh memilih bra dengan cup yang sesuai dengan sisi yang lebih besar. Ini akan menjadikan payudara anda kelihatan dalam ukuran yang sama. Jurujual boleh membantu anda mendapatkan ukuran yang betul jadi jangan sesekali malu – yakinlah mereka telah membantu orang lain dengan kebimbangan yang sama!
Sekiranya anda masih tidak selesa, rujuklah dengan doktor atau pakar sakit puan. Beliau boleh meyakinkan anda bahawa payudara anda adalah normal dan lebih lanjut perihal yang berkaitan. Dalam situasi yang menyebabkan beban fizikal dan psikologi berat sehingga doktor menyarankan pembedahan, pembedahan mengurangkan isi padu payudara, (breast reduction surgery), lebih disarankan berbanding menggunakan implan.
Sekarang dah jelas?
Kesimpulannya, jika anda memiliki payudara besar sebelah sejak dahulu, anda tidak perlu risau. Namun jika perubahan ini berlaku tiba-tiba, atau jika anda menyedari sebarang perubahan, walaupun kecil, rujuk pakar.
Info Ekstra!
Tips Mendapatkan Payudara Mantap
- Senaman Yoga
Anda boleh melakukan senaman yoga, namun anda perlu menenangkan fikiran anda terlebih dahulu sambil menarik nafas anda dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan. Setelah itu, depakan kedua lengan separas bahu, dan gerakkan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Berhenti seketika, dalam lima saat dan kemudian sambung kembali dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri pula yang ke atas. Lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.
- Jangan Ramas Payudara!
Anda dinasihatkan agar tidak meramas-ramas payudara ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan. Situasi ini boleh membuatkan payudara anda menjadi lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi, anda perlu mengingatkan suami tentang perkara ini.
- Khasiat Minyak Aromaterapi
Minyak aromaterapi yang digunakan untuk mengurut boleh menganjalkan atau memantapkan payudara. Sentuhan lembut serta urutan sempurna mampu merangsang saluran darah di payudara. Teknik urutannya, mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara anda. Minyak aromaterapi ini lebih efektif serta mudah menyerap ke dalam saluran payudara.
Sebagai kesimpulan, Payudara besar sebelah atau asimetris tidaklah perlu dirisaukan dari segi kesihatan sepanjang tidak terjadi gangguan-gangguan yang membahayakan.