HomeMalayMemilih Sikat Mengikut Jenis Rambut. Jangan Salah Pilih!

Memilih Sikat Mengikut Jenis Rambut. Jangan Salah Pilih!

Ramai wanita terlepas pandang tentang pemilihan sikat rambut. Ini kerana kebanyakan wanita terlalu mementingkan produk penjagaan rambut seperti syampu, pelembap dan vitamin rambut yang semestinya diyakini untuk kecantikan dan kesihatan rambut. Jika dibandingkan dengan tiga alat penjagaan rambut ini, sedarkah bahawa kebanyakan daripada kita akan menggunakan sikat lebih daripada sekali pada setiap hari?

Mungkin kerana fungsi kecil sikat sebagai alat merapikan rambut membuatkan ramai yang tidak mengambil berat tentang jenis-jenis sikat yang ada di pasaran. Bagi mereka yang cerewet tentang penjagaan rambut, pemilihan sikat tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Sikat tidak dipilih berdasarkan warna dan bentuk yang menarik hati si pembeli. Sebaliknya kebijaksanaan memilih sikat dilihat dari sudut kemampuan anda mengenalpasti sikat yang paling bersesuaian mengikut jenis rambut masing-masing.

Jadi, bagi anda yang masih tidak tahu tentang ilmu pemilihan sikat yang sesuai mengikut jenis rambut, berikut panduan berguna yang anda boleh manfaatkan untuk pemilihan sikat terbaik untuk rambut anda nanti.

Sikat Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Rambut

Semua jenis rambut bermaksud merangkumi rambut kerinting, rambut lurus, rambut berombak, rambut tebal dan rambut halus. Terdapat beberapa lagi jenis rambut seperti kerinting gaya Afrika atau dipanggil sebagai coily.

1.Sikat Paddle

Sesuai untuk semua jenis rambut. Bagi yang menghadapi masalah rambut sentiasa kusust, leraikan ia dengan sikat paddle ini. Ia sesuai untuk kegunaan rambut panjang dan rambut pendek. Disebabkan permukaannya yang luas berbentuk segi empat, sisiran rambut terasa lebih selesa walaupun pada rambut kusut. Sikat jenis ini tidak akan merosakkan bentuk asal rambut termasuk rambut keriting

2. Sikat Teasing

Sesuai untuk semua jenis rambut. Sisirannya akan menampakkan rambut anda kelihatan lebih lebat. Namun penggunaan sikat ini tidak sesuai untuk kegunaan harian terutama ke atas rambut nipis kerana ia boleh menyebabkan rambut cepat rosak. Sikat ini biasa digunakan oleh profesional rambut dan juru penggayaan rambut semasa ke atas model-model semasa pertunjukan fesyen. Rambut akan kelihatan sedikit menggerbang, mengembang tetapi terurus jika disikat dengan rapi. Bulu berusnya lembut. Akan tetapi bagi pengguna Muslim harus berhati-hati kerana bulu sikat ini biasanya dihasilkan daripada bulu babi.

3. Sikat Tooth Wide

Sesuai untuk semua jenis rambut, rambut pendek dan rambut anjang. Gunakan sikat ini semasa rambut anda dalam keadaan basah. Rambut yang sedang basah mudah rosak apabila disikat. Ia dipanggil sikat tooth wide kerana jarak antara gigi pada sikat jarang dan jauh. Sikat tidak semestinya bersaiz besar. Yang penting ialah jarak antara gigi sikat. Sikat ini amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah rambut gugur.

4. Sikat Bulat

Sesuai untuk rambut tebal dan medium. Sikat bulat ini telah lama berada di pasaran. Ia hasilkan daripada bahan metal. Sekarang ini telah wujud beberap jenis sikat bulat jenis panas yang boleh disambungkan ke punca kuasa. Sikat jenis ini biasa digunakan bersama dengan pengering rambut. Rekabentuknya yang bulat memudahkan anda menggulung dan menyikat seluruh permukaan rambut sambil mengeringkannya dengan alat pengering rambut. Penggunaan sikat ini akan membuatkan rambut anda kelihatan sedikit berombak.

5. Sikat Anti Kusut (Detangling)

Sikat anti kusut ini sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Anda boleh menggunakannya untuk menyikat rambut dalam keadaan basah dan kering. Sisiran sikat ini lebih sesuai dan tidak merosakkan rambut basah kerana jenis sikatnya yang agak berjarak itu mampu mengelakkan tarikan yang kuat pada rambut semasa menyikatnya.

6. Sikat Ekor Tikus

Sesuai untuk kegunaan semua jenis rambut. Ia dianggil sikat ekor tikus kerana hujungnya yang runcing dan tajam seperti ekor tikus. Sikat ini sering digunakan oleh profesional fesyen rambut dalam menghasilkan teknik backcombing iaitu teknik yang menampakkan rambut supaya lebih lebat dan mengembang.

7. Sikat Vented

Sikat ini semua ini semua jenis rambut. Ia telah lama wujud di pasaran dan kita sering melihatnya di meja solek rumah datuk dan nenek kita pada masa dahulu. Hari ini terdapat pelbagai bentuk dan pilihan sikat vented di mana ia menggabungkan bulu (biasanya bulu babi) dan bahan metal. Bagi pengguna Muslim anda mesti memperhatikan jenis bulu yang digunakan. Ada juga yang menggunakan sikat metal sahaja. Penggunaan sikat ini akan membantu mengeringkan rambut lebih cepat terutama apabila digunakan dengan pengering rambut. Kepelbagaian sikat vented ini adalah untuk penyesuaian pelbagai jenis fesyen rambut yang digayakan.

8. Sikat Looper

Sikat untuk semua jenis rambut. Sikat ini agak berbeza berbanding sikat rambut lain dimana giginya berbentuk gelung bulat dan jarang. Sikat ini biasanya digunakan bagi mereka yang mengenakan rambut palsu. Sisiran rambut akan lebih lancar tanpa kusut yang menyebabkan rambut tertarik ketika menyikat yang boleh merosakkan rambut.

9. Sikat Sintetik Bristle

Sikat yang sesuai untuk rambut yang tebal dan keriting. Sikat ini dihasilkan daripada bahan nilon atau plastik. Fungsi rambut ini juga digunakan untuk menghilangkan kekusutan pada rambut. Sisiran rambut dengan sikatnya yang jarang akan mengeringkan rambut dengan lebih cepat.

Tips Pemilihan Sikat

Setelah mengetahui jenis-jenis sikat yang sesuai dengan rambut anda, perlu anda ketahui tiga kriteria utama yang anda perlu perhatikan pada fizikal rekaan sikat.

Pemegang Sikat

Ia hadir dengan pelbagai saiz dan bentuk pemegang. Sesuaikan pada genggaman tangan anda sama ada ia cukup selesa, terlalu kecil atau terlalu besar. Kebiasaanya, pemegang dari bahan plastik kurang selesa berbanding dengan pemegang yang dihasilkan daripada kayu. Pemegang sikat juga disesuaikan mengikut jenis kegunaan sama ada untuk sisiran biasa atau untuk tujuan penggayaan rambut.

Saiz Barrel

Saiz barrel penting untuk sikat rambut jenis bulat yang digunakan untuk menghasilkan ombakan pada rambut. Saiz barrel disesuaikan juga mengikut kepanjangan rambut. Jika rambut terlalu pendek dan saiz barrel terlalu tebal, ombakan rambut yang dihasilkan tidak banyak berbanding jika anda menggunakan saiz barrel yang nipis untuk rambut yang panjang.

Jenis Sikat Gigi

Pelbagai bahan digunakan untuk menghasilkan gigi sikat rambut. Antaranya nilon, kayu, plastik dan pelbagai jenis bulu termasuk bulu babi. Pengguna Muslim perlu berhati-hati dalam pemilihan sikat bulu iaitu memastikan dari mana ia diimport. Kebiasaannya sikat bulu yang diimport dari luar negara seperti China, Korea dan Jepun dihasilkan daripada bulu babi.

Pengguna Sikat

Siapa yang akan menggunakan sikat tersebut? Sama ada orang dewasa, lelaki, perempuan ataupun kanak-kanak. Sikat dengan sazi yang terlalu besar dan berat tidak sesuai untuk kanak-kanak. Sikat jenis ekor tikus yang tajam dan runcing pada hujung pemegangnya tidak sesuai juga untuk kegunaan kanak-kanak kerana boleh menyebabkan kecederaan. Sikat lembut yang dihasilkan daripada nilon dan plastik juga lebih mesra untuk kulit kepala kanak-kanak yang masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan