Bernafas. Untuk sebahagian besar, itu sesuatu yang kita lakukan tanpa berfikir. Tetapi untuk kira-kira setengah juta rakyat Malaysia yang menghidap COPD, perbuatan mudah seperti bernafas menimbulkan masalah yang menjadi penghalang kepada semua yang tawaran kehidupan.
Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik (COPD) adalah sejenis masalah paru-paru progresif yang mengehadkan aliran udara ke dalam paru-paru, menyebabkan seseorang rasa seperti sesak nafas. Lazimnya berpunca daripada pendedahan jangka panjang kepada perengsa seperti asap rokok yang merosakkan paru-paru dan saluran pernafasan, gejala lain juga termasuk batuk-batuk yang kerap (dengan atau tanpa kahak), berdehit dan rasa sesak dada. Buat masa ini tiada penawar bagi COPD. Walaupun gejala awal mungkin tidak ketara dan tidak disedari, COPD boleh membawa maut sekiranya tidak diuruskan dengan sewajarnya – Inisiatif Global untuk Penyakit Paru-paru Obstruktif Kronik (GOLD) meramalkan bahawa COPD akan menjadi punca ketiga kematian menjelang 2020.
“Ciri-ciri dan tahap keterukan gejala yang diperlihatkan dalam COPD dipengaruhi oleh berbilang faktor, termasuk pendedahan kepada asap rokok, virus dan pencemaran udara, menjadikan perjalanan setiap pesakit COPD unik,” ujar Pemegang Amanah Yayasan Paru-Paru Malaysia, Datuk Dr Aziah Ahmad Mahayiddin. “Akibatnya, kaedah ‘satu pendekatan untuk semua’ terhadap pengurusan penyakit mungkin tidak berkesan, kerana penghidap mungkin mempunyai keperluan rawatan berbeza yang boleh berubah-ubah mengikut masa. Malangnya COPD, tidak sering didiagnoskan dan kurang diuruskan. Penularan penyakit boleh dilengahkan dengan diagnosis awal, penilaian tepat penyakit dan pengurusan yang sewajarnya.”
Selain daripada gejala pernafasan, COPD dikaitkan dengan pelbagai penyakti yang turut dialami seperti disfungsi otot tulang, radang sistemik, dan masalah kardiovaskular yang boleh menjejaskan kualiti hidup si penghidap dengan ketara. Penghidap COPD juga mungkin hilang selera makan akibat masalah pernafasan dengan 25% hingga 40% penghidap mengalami kurang pemakanan berkhasiat. Jika tidak ditangani, gejala-gejala ini boleh menyebabkan kemurungan dan pengasingan sosial.
“Bagi ramai penghidap COPD, aktiviti harian mungkin membebankan dan meletihkan. Justeru, mereka hendaklah berbincang dengan doktor dan mencari jalan pengurusan yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi masing-masing,” jelas Prof. Madya Pang Yong Kek, Presiden Persatuan Torasik Malaysia.
“Memang salah satu daripada langkah paling penting dalam pengurusan COPD adalah untuk berhenti merokok kerana ini akan mengurangkan lagi kemerosotan fungsi paru-paru. Di samping ubat, pesakit seharusnya mengamalkan gaya hidup aktif, diet yang seimbang, kerap bersenam dan mendapatkan rehat yang secukupnya antara aktiviti. Bagi mereka yang mempunyai toleransi aktiviti yang lebih rendah – iaitu kekurangan upaya untuk bersenam – mereka boleh dirujuk untuk mengikuti program pemulihan pulmonari, di mana mereka akan diajar kaedah pernafasan berkesan yang disesuaikan mengikut keupayaan masing-masing.”
Mengambil langkah berjaga-jaga terhadap faktor risiko COPD dapat membantu mengurangkan penularan penyakit dan menambah baik fungsi paru-paru5. Flu dan pneumonia boleh mencetus kerumitan serius dalam kalangan pesakit COPD, justeru pemvaksinan terhadap penyakit ini boleh melindungi individu daripada jangkitan5. Tambahan lagi, langkah mengelakkan wasap, bau dan perengsa paru-paru lain boleh mencegah keadaan daripada menjadi bertambah buruk5. Dengan memastikan mereka mendapat tidur dan rehat yang cukup sepanjang hari, penghidap COPD juga boleh mengekalkan paras tenaga mereka sepanjang aktiviti harian yang dijalankan13.
Dr Jamalul Azizi Abdul Rahaman, Pengerusi Persatuan Bronkologi & Pulmonologi Intervensi (MABIP) dan Ketua Perkhidmatan Pernafasan, Kementerian Kesihatan menambah, “
Penularan COPD lazimnya tercermin pada kemerosotan fungsi paru-paru, yang mengurangkan kualiti kehidupan. Pesakit juga mengalami kesukaran memakai pakaian ataupun tertawa tanpa rasa terengah-engah. Sebelum ini pesakit yang tidak diurus dengan baik dengan rawatan konvensional mempunyai pilihan yang terhad untuk rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat kemajuan rawatan baru selain daripada inhaler untuk peringkat COPD teruk yang kini terdapat di Malaysia.”
Lien Pham Thi My, Pengurus Besar, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd, Malaysia berkata, “Di GSK, masyarakat berada di tengah-tengah semua yang kami lakukan, dan kami komited untuk mengejar pernafasan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia yang hidup dengan COPD. Melalui kerjasama yang berterusan dengan persatuan pernafasan yang terkemuka di negara ini, kami akan bekerjasama dengan profesional penjagaan kesihatan untuk menyokong dan memperkasakan pesakit, memberikan mereka sumber-sumber untuk membantu mereka menguruskan penyakit mereka dengan berkesan. Dengan berbuat demikian, kami berharap dapat menyumbang secara berterusan untuk mengurangkan beban nasional COPD, jadi pesakit boleh hidup setiap nafas.”
Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk menguruskan gejala COPD, sila layari laman web COPD Choices di: https://gskpro.com.my/copdchoices/ atau berbincanglah dengan professional penjagaan kesihatan anda.