HomeMalay‘LOVE IN CARING HANDS’: PERKHIDMATAN KOMUNITI UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN IBU BAPA DAN ANAK-ANAK

‘LOVE IN CARING HANDS’: PERKHIDMATAN KOMUNITI UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN IBU BAPA DAN ANAK-ANAK

Selangor, 9 April 2019 – Ganofarm R&D Sdn Bhd  dengan penganjur bersama VMS Malaysia Sdn Bhd, Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), Malaysian Biotechnology Information Centre (MABiC) dan Princeread Academy akan menjalankan Hari Karnival Ibu Bapa yang akan diadakan pada 16 Jun 2019 (Ahad) di Dewan Concourse, Sunway Nexis Mall, Kota Damansara. Acara yang bertemakan “Love in Caring Hands” ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan interaksi antara ibu bapa dan anak-anak melalui pengetahuan dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sains.

Pengerusi program Encik Magnus Mong berkata bahawa acara itu merupakan platform bagi ibu bapa untuk meluangkan masa dengan anak-anak serta mendedahkan mereka ke dunia sains. Beliau turut mengalu-alukan penglibatan lebih ramai penaja, sukarelawan dan pihak media untuk menjayakan program tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ganofarm R&D, Madam Cheng, karnival ini merupakan program berasaskan komuniti untuk mewujudkan kesedaran tentang sumbangan cendawan kepada kesihatan. Selain itu, acara ini dapat meningkatkan pengetahuan saintifik di kalangan masyarakat awam melalui aktiviti-aktiviti menarik seperti pameran, kiosk foto, pemeriksaan kesihatan percuma, konsultasi pemakanan dan bengkel nutrisi. Geranium Coaching dan Princeread Academy akan menyampaikan bual bicara tentang keibubapaan semasa acara tersebut. Vermikultur, penanaman cendawan dan pertandingan mewarna adalah antara aktiviti-aktiviti keluarga yang dapat mengukuhkan ikatan antara ibu bapa dan anak-anak semasa program itu.

Di samping itu, dana amal yang dinamakan “Love in Caring Hands” turut akan dilancarkan untuk membantu komuniti yang memerlukan termasuklah rumah anak yatim, kanak-kanak kurang upaya, ibu tunggal dan lain-lain.

Penaja utama acara ini ialah Grusonn Wellness Sdn Bhd manakala Sunway Nexis adalah penaja tempat. The Petri Dish dan The Entrepreneur merupakan rakan media bagi acara ini.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan