Masih sangsi dengan penggunaan pengilat kuku? Menerusi teknologi terkini segalanya memungkinkan dan pilihan adalah terletak di tangan kamu. 

Tabiat mewarna kuku dalam kalangan wanita muslimah tidaklah haram tetapi adalah tidak digalakan kerana sesungguhnya ia mampu menarik perhatian lelaki bukan muhrim. Tidak semua orang menyukai amalan pemakaian cat kuku bahkan ia juga tidak boleh dibawa solat kerana lapisan cat tersebut akan menjadi penghalang kepada air untuk sampai ke permukaan kuku individu -lalu menjadikan wuduk tidak sah.

Variasi gaya kuku yang warna-warni dan kreativiti para pendandan kuku dalam mengombinasikan pelbagai warna pada kuku membuat nail art menjadi bidang kecantikan yang terus mendapat perhatian. Di dunia maya seperti Instagram, Twitter, facebook dan Pinterest menonjolkan pelbagai gaya hiasan kuku yang lucu, cantik, dan unik yang menjadikan kuku si pemakai nampak begitu menonjol. Namun bagi wanita yang beragama Islam, menggunakan pewarna kuku menjadi satu isu yang ditegah.

Ramai Muslimah Keliru Antara Halal & “Breathable”

Terdapat perbezaan besar yang ramai antara kita terlepas pandang. Bila sesuatu produk dilabel dengan “HALAL” bermaksud ramuan yang terkandung dalam produk itu adalah bersumberkan bahan-bahan halal, bebas kimia, bebas lemak khinzir dan sebagainya. Sama juga speerti pewarna kuku yang dikatakan HALAL. Jadi halal di sini tak bermaksud ia boleh dibawa solat. Faham?

Manakala, pewarna kuku yang dikatakan breathable pula adalah bermaksud cat kuku itu boleh menyerap air dan menjadikan wuduk tetap sah walaupun kuku diselaputi cat berwarna. Oleh itu, sila jangan salah ertikan perkataan HALAL dan BREATHABLE. Melainkan ia disebut sebagai “Halal & Breathable”.

Pewarna kuku yang memnutupi kuku lazimnya bersifat kalis air sehingga tidak sah digunakan untuk berwudhuk. Biasanya muslimah hanya menggunakan pewarna kuku pada saat sedang mengalami menstruasi. Namun kini, muncul pewarna kuku yang disebut-sebut sebagai ‘kuteks halal’ atau ‘kuteks wudhu-friendly’.

Pewarna kuku halal ini diperbuat dari bahan polimer istimewa yang dapat ditembus udara dan air. Bahan tersebut sama dengan bahan yang digunakan untuk lensa kontak sehingga harganya memang relatif dan sedikit mahal. Selain itu, pewarna kuku halal ini tidak mudah tertanggal, serta lebih tahan lama dibandingkan dengan pewarna biasa. 

Undang Masalah Bila Tak Ada Air

Kalau ye pun pewarna kuku tu boleh serap air (breathable) tapi bagaimana sesorang mahu mengambil wuduk jika ketiadaan air? Kalau keadaan memaksa kamu untuk bertayamum menggunakan habuk dan pasir, sudah pasti habuk dan pasir itu tidak akan menyerap sehingga ke permukaan kuku betul tak?

Wujudkah Pewarna Kuku Serap Air?

Jenama Inglot dan Orly contohnya tampil dengan kenyataan bahawa pewarna kuku mereka menggunakan formulasi “boleh bernafas” (breathable) tetapi, sehingga kini tiada sesiapa alim ulama berani mengesahkan pewarna kuku breathable boleh dibawa solat. Jika ia menyerap air sekalipun, pasti ia mengambil masa untuk tembus lapisan warna sedangkan berwuduk itu memerlukan air untuk terus sampai ke permukaan kulit mahupun kuku.

Memang Al-Quran tidak pernah menyebut tentang pewarna kuku tetapi Islam membenarkan wanita mewarna kuku dengan pewarna mudah luntur seperti inai. Lebih baik tak pakai cat kuku (walaupun halal atau breathable) demi mendapat keredhaan Allah.

1. Inglot O2M Breathable Nail Enamel

Inglot adalah peneraju pewarna kuku halal. Founder Inglot, Wojciech Inglot menyatakan bahawa idea  membuat breathable nailpolish adalah agar pasaran memiliki alternatif cat kuku yang lebih sihat. Ia tidak menjangka bahawa produknya akan disambut dengan baik oleh kalangan Muslimah. Pelbagai ujian telah dilakukan dan berjaya membuktikan bahawa Inglot memang dapat ditembus air.

2. Love Your Nails (LYN)

Pewarna kuku ini telah memiliki 28 shade warna yang telah mendapatkan sertifikasi halal. LYN memiliki formula khusus yang disebut CH2OLOR COMPLEX yang diperbuat dari air dan berpori sehingga cepat kering, ianya mampu ditembus air, dan membuat kuku lebih sihat. Pewarna kuku LYN telah tersebar di pasaran Timur Tengah seperti Emiriah Arab Bersatu, Dubai, Iran dan sebagainya.

View this post on Instagram

Nail xinh đón Tết cùng #LYN ? Cả nhà chuẩn bị Tết đến đâu rồi nè ? Nhanh chân đến @lyn.nailbeautyroom để tậu nail xinh đón Tết thật lộng lẫy nha ?. ‼️ DR VÀ IB CỦA LYN ĐANG BỊ QUÁ TẢI, KHÁCH BOOK LỊCH QUA SMS #HOTLINE_0836789883 nhaaaa. Bên mình sẽ cố gắng rep tất cả các nàng nhanh nhất có thể luôn í ??? . Các nàng xem story LYN liên tục để update tình hình và thông báo mới nhất nhé ạ. Cảm ơn mn ❤️ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ?LYN BEAUTY ? •Korean Nail Arts – Eyelash – Haircare• ? Add : 305/24 Lê Văn Sỹ P1 Tân Bình ( hẻm Bv Saigon – ITO ) ☎️ Hotline : 083.6789.883 ⏰ Open daily : 9am – 9pm ⛅️ Instagram : @lyn.nailbeautyroom

A post shared by ? LYN BEAUTY ROOM ? (@lyn.nailbeautyroom) on

3. H by BCI

H by BCI adalah pewarna kuku pertama yang mendapat sijil halal di Timur Tengah dari lembaga Al Iman Islamic Society dan memiliki 6 warna cantik termasuk merah dan emas. Pewarna kuku ini sudah dapat menembusi pasaran  di salon-salon kecantikan di Timur Tengah. Jika anda ingin mendapatkannya, dikatakan harus bersabar kerana produk ini masih sukar didapatkan di pasaran Malaysia.

 

Foto: She Corner

 

4. Tuesday In Love

Jenama ini berasal dari Kanada dan menggunakan teknologi micro-pore yang dapat ditembus oleh molekul air. Kelebihan lainnya adalah formulanya bebas dari bahan kimia berbahaya seperti formaldehida, toluene, DBP (dibutyl phthalate), alkohol, dan bebas dari animal testing. Sebahagian hasil penjualan yang didapatkan perusahaan produsen Tuesday In Love akan disumbangkan pada wanita-wanita miskin di negara berkembang.

 

 

5. Orly Breathable

Bermula dari tahun 2016, jenama terkenal Orly mengeluarkan produk pewarna kuku Orly Breathable yang memiliki formula dengan teknologi sama seperti lensa kontak. Pewarna kuku Orly Breathable dapat ditembus oleh air dan oksigen sehingga akan membuat kuku terhidrasi. Ianya berasal dari perusahaan Amerika dan telah mendapat pensijilan halal dari Eropah.

Meskipun telah menarik minat banyak Muslimah, pewarna kuku breathable ini masih menjadi perdebatan banyak pihak. Ada yang menganggap bahawa pewarna tersebut tidak memiliki cukup pori-pori untuk menyerap air wudhuk. Ada juga yang menganggap bahawa saat berwudhuk, air harus membasuh kuku, bukan hanya menyentuh kuku.

Jika anda masih ragu untuk menggunakan pewarna kuku di hari-hari biasa, anda boleh cukup menggunakannya pada saat ‘datang bulan. Namun jika merasa yakin bahwa pewarna ini sah digunakan untuk berwudhuk, maka anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja. Formula breathable lebih sihat daripada pewarna biasa sehingga anda pasti tidak akan memilih jenama lain . Pilihan warna breathable yang menarik dan pelbagai sehingga dapat dijadikan pilihan utama wanita di saat-saat tertentu seperti majlis pernikahan, undangan perkahwinan, atau parti. Anda juga boleh padankan dengan gaya kasual dan santai.

Pakai Sahaja Waktu Haid

Melihatkan ramai yang ragu-ragu tentang pewarna kuku halal & breathable ini, pakai sahajalah masa waktu datang bulan (haid). Cara lain yang kamu boleh gunakan adalah dengan memakaikuku palsu yang diwarnakan -kemudian boleh ditanggalkan sewaktu hendak solat atau memakai pewarna kuku yang boleh dikopek seperti jenama BK. Tapi ingat, jika menghias diri untuk sengaja ditunjuk kepada orang dan mendapatkan pujian dari yang bukan mahram itu salah.

Jadi…pakai ataupun tidak semuanya terletak pada diri anda sendiri. Jika tidak yakin, bolehlah buang dahulu pewarna kuku di jari anda ketika berwudhuk. Atau boleh juga pakai pada hari-hari istimewa seperti majlis hari jadi, perkahwinan ataupun ketika bercuti.