Apakah lapisan endometrium?

Lapisan dinding rahim terdiri daripada tiga lapisan iaitu perimetrium, myometrium dan endometrium.
Endometrium adalah lapisan dinding rahim yang paling dalam di mana embrio menempel untuk implantasi dan kehamilan terhasil. Ianya juga dikenali sebagai endometrial lining dalam bahasa Inggeris.
Satu perumpamaan yang mudah untuk diambil ialah endometrial lining yang elok seperti tanah yang subur di taman. Untuk menghasilkan implantasi dan pembentukan serta perkembangan embrio yang elok ianya memerlukan endometrial lining yang baik seperti mana bunga yang cantik mekar berkembang di taman terhasil oleh tanah yang telah dijaga dengan baik menggunakan air, baja dan cahaya matahari yang diperlukan.
Kadangkala memang agak sukar untuk doktor mengenalpasti dengan tepat apakah punca kegagalan IVF – adakah disebabkan embrio ataupun endometrium? Kajian telah mendapati bahawa sekiranya wanita yang menjalani prosedur embryo transfer (ET) meletakkan embrio yang telah disahkan mempunyai genetik yang normal melalui proses PGS, kejayaan IVF adalah 60%. 40% kes yang telah gagal mungkin berpunca daripada masalah rahim.
Oleh itu, sekiranya rawatan IVF gagal, hendaklah berbincang semula dengan doktor yang merawat bagi melihat apakah langkah yang perlu dilakukan untuk rawatan IVF seterusnya. Ramai wanita yang hamil selepas FET (Frozen Embryo Transfer) dengan lebihan embrio yang diperolehi daripada prosedur penyedutan telurnya.

Bagaimanakah endometrial lining kelihatan di dalam imbasan scan?

Lazimnya endometrial lining adalah lebih elok dilihat apabila waktu subur seseorang wanita kerana pada waktu ini tahap hormon estrogen adalah tinggi. Ini akan menyebabkan endometrial lining tersebut menjadi tebal dan ini akan memudahkan doktor untuk memantaunya dengan lebih jelas menggunakan imbasan scan melalui faraj.
Trilaminar endometrial lining seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Ketiga-tiga lapisan tersebut jelas kelihatan kerana lapisan garis bernombor 1, 2 dan 3 adalah lebih cerah hyperechogenic berbanding dua lapisan yang berada di antaranya adalah hypoechogenic. Garis nombor 2 sebenarnya adalah rongga rahim ie uterine cavity dan garis nombor 2 & 3 adalah dinding endometrium.

Apakah kriteria-kriteria endometrial lining yang optimum?

Bagi wanita yang sedang melalui rawatan kesuburan terutamanya IVF, salah satu faktor penting agar dia hamil adalah dengan mempunyai endometrial lining yang optimum ataupun dikatakan receptive.

Trilaminar endometrial lining

Seperti yang kelihatan di dalam gambar rajah di bawah yang menunjukkan tiga corak lapisan endometrium:

A. Kelihatan dengan jelas 3 garisan yang terang (hyperechogenic lines). Ini dinamakan sebagai trilaminar endometrium.
B. Lapisan tengah-tengah yang merupakan rongga rahim (uterine cavity) tidak kelihatan jelas berbanding dengan corak A.
C. Endometrium corak C pula garisan tengah iaitu rongga rahim langsung tidak kelihatan.

Endometrial lining yang tebal

Di samping corak endometrial lining yang trilaminar, ketebalan endometrial lining juga mungkin memainkan peranan penting untuk membolehkan implantasi dan kadar kejayaan yang elok selepas rawatan IVF. Kajian yang dijalankan oleh Maged et al menunjukkan ketebalan dinding rahim 10-12.9mm dan mempunyai corak trilaminar mempunyai kadar kehamilan yang paling baik.3 Kebanyakan kajian telah menunjukkan ketebalan dinding rahim hendaklah sekurang-kurangnya 7mm ke atas untuk mendapat kehamilan.
Endometrial lining yang mempunyai aliran darah yang elok. Aliran darah yang mengalir di dalam rahim juga dikatakan boleh mempengaruhi kadar kejayaan rawatan IVF.

ERA (Endometrial Receptivity Analysis)

Ini adalah sejenis ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada endometrial lining seseorang wanita itu adalah sesuai untuk implantasi embrio. Ujian ini mungkin adalah sesuai bagi wanita yang mempunyai masalah recurrent implantation failure. Biopsi lapisan dinding rahim dan kajian sampel biopsi tersebut akan dibuat di makmal. Prosedur ini akan dilakukan satu kitaran sebelum pemindahan embrio akan dilakukan bagi menentukan bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan prosedur embrio transfer (ET).
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempunyai endometrial lining yang optimum
1. Pengambilan nutrisi dan diet yang sihat
2. Senaman
3. Vitamin D
4. Akupuntur
5. Frozen Embryo Transfer

Masih banyak penyelidikan kini sedang aktif dijalankan untuk mengkaji interaksi antara embrio-endometrium. Diharapkan kajian tersebut dapat membongkarkan rahsia yang lebih mendalam pada masa terdekat mengenai receptivity endometrial lining agar kadar kejayaan rawatan IVF dapat dipertingkatkan lagi.