Ketiak Melekit? Pertimbangkan 10 Deodoran Spray Wanita Ini

Product Details

Wanita gemar mencuba pelbagai jenama barangan penjagaan dan kebersihan diri yang ada di pasaran. Salah satu keperluan yang wajib digunakan ialah deodoran. Deodoran atau pewangi ketiak berfungsi menghindarkan bau yang tidak nyaman di bawah lengan dan untuk kekeringan sepanjang hari.

Pada hari ini, wanita dilihat semakin selesa dan berani menggunakan deodoran dalam bentuk semburan. Antara kelebihan deodorant semburan ialah ia dapat memastikan semburan rata pada permukaan bawah lengan secara lebih luas. Selain itu, ia juga lebih cepat kering berbanding deodoran yang terdapat dalam bentuk cecair dan pepejal. Kulit di bawah lengan anda akan merasa kekeringan yang berpanjangan secara lebih pantas tanpa perlu menunggu lama sebelum mengenakan pakaian.

Deodoran & Deodoran Anti-Perspirant

Bagi anda yang tidak tahu, pewangi ketiak terdiri daripada dua jenis iaitu deodoran sahaja dan deodoran anti perspirant. Kedua-duanya mempunyai fungsi dan kegunaan khusus bagi mereka yang berlainan biologi iaitu dari segi perbezaan tahap perpeluhan dan tahap keseriusan bau badan. Bagi mereka yang mengalami perpeluhan luar biasa, penggunaan deodoran anti perspirant adalah lebih sesuai. Ia dapat membantu mengawal perpeluhan berlebihan di bawah ketiak disamping menghapuskan bau badan yang tidak enak.

Pelbagai jenama deodorant semburan yang terdapat di pasaran. Kebanyakan deodoran semburan adalah adripada jenis anti-perspirant. Di 100Comments, kami mencadangkan 10 deodoran semburan untuk kekeringan dan menghilangkan bau yang tidak selesa di bawah lengan.


1. Adidas Climacool Deodorant Spray for Women

Deodorant semburan formula unik memaparkan teknologi kapsul segar yang diaktifkan setiap langkah pergerakan anda. Memberi perlindungan bawah lengan sehingga 48 jam lamanya. Ia tidak meninggalkan kesan putih di bawah lengan seolah-olah tiada sebarang semburan dilakukan pada permukaan kulit. Diuji secara klinikal untuk penggunaan kulit anda. Selain itu ia tidak mengandungi kandungan alkohol yang mana amat sesuai untuk kegunaan pengguna Muslim. Didatangkan dalam dua saiz iaitu 35ml dan 150 ml.

Baca komen pengguna mengenai Adidas Climacool Deodorant Spray for Women


2. Rexona Deodorant Spray Teens Tropical Energy

Deodoran semburan untuk mereka yang masih remaja. Sesuai untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah sama ada sekolah rendah dan menengah. Ia memberi perlindungan dari rasa melekit dan bau yang tidak selesa selama 24 jam secara berterusan. Keharuman tropikanya akan membuat si pemakai yakin untuk kekal aktif sepanjang hari tanpa kerisauan terhadap bau badan yang tidak menyenangkan.

Baca komen pengguna mengenai Rexona Deodorant Spray Teens Tropical Energy


3. Total Image Smelly No More Deodorant Spray

Deodoran semburan ini tidak mempunyai bau aroma pewangi seperti deodoran lain. Ianya lebih semulajadi serta tidak mengandungi alkohol. Sembur untuk tiga kali sehari dan penggunaan satu botol bersaiz 75 ml mampu bertahan sehingga maksima tiga bulan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang mengalami masalah alergi kulit. Deodoran ini juga sesuai untuk semburan lain seperti pakaian dan bahagian dalam kasut.

Baca komen pengguna mengenai Total Image Smelly No More Deodorant Spray


4. Rexona Deodorant Spray Teens Fun Spirit

Deodoran semburan Rexona untuk remaja yang memberi perlindungan bawah lengan selama 24 jam berpanjangan daru bau yang tidak menyenangkan. Pilihan ini sesuai bagi remaja aktif yang ingin merasai keselesaan bawah lengan tanpa kerisauan yang membuatkan aktiviti anda terhenti.

Baca komen pengguna mengenai Rexona Deodorant Spray Teens Fun Spirit


5. Klorane Deodorant Spray with White Althea

Klorane Deodorant Spray with White Althea melindugi bawah lengan selama 24 jam berpanjangan. Ianya bebeas daripada garam aluminium dan berkesan meneutralkan bau badan selama tanpa membantutkan proses perpeluhan yang berlaku pada biologi badan anda secara semulajadi. Aromanya lebih ringan dan semulajadi serta lebih lembut. Ia juga diekstrak dari tumbuan Althea putih yang melembutkan untuk kulit sensitif. Selamat dari bahan kimia berbahaya seperti paraben dan aluminium garam yang tidak baik untuk kulit. Ia juga tidak meninggalkan sebarang kesan warna putih seolah-olah tiada semburan dilakukan pada kulit anda.

Baca komen pengguna mengenai Klorane Deodorant Spray with White Althea


6. Total Image Crystal Deodorant Spray

Deodoran semburan yang boleh boleh dilakukan isian semula dengan mudah. Ianya bebeas daripada kandungan alkohol, sesuai untuk lelaki dan wanita dan boleh digunakan bagi mereka yang mengalami kulit sensitif dan alergi. Mengandungi bahan garam mineral yang mencegah pengumpulan bakteria di bawah lengan. Berkesan menhilangkan bau badan yang kuat serta memberikan keselesaan dan kesegaran yang berpanjangan selama 24 jam.

Baca komen pengguna mengenai Total Image Crystal Deodorant Spray


7. Rexona Teen Music Fan Anti-Perspirant Deodorant Spray

Lagi deodoran semburan untuk remaja dari Rexona berkonsepkan alunan muzik yang menyegarkan. Memberi perlindungan untuk si gadis selama 24 jam tanpa kerisauan bau yang tidak menyenangkan di bawah lengan. Anda boleh rasai keriangan serta perasaan romantik penih keselesaan. Didatangkan dalam saiz botol 102ml untuk penggunaan tempoh masa maksimum dua bulan.

Baca komen pengguna mengenai Rexona Teen Music Fan Anti-Perspirant Deodorant Spray


8. SVR Spirial Antiperspirant Deodorant Spray

Deodoran semburan yang berupaya melindungi bawah lengan anda selama 48 jam lamanya. Deodoran anti perspirant ini sesuai bagi mereka yang mengalami perpeluhan melampau, menyerap kelembapan dan memerangi bau yang tidak selesa dengan baik sekaligus memberikan keyakinan kepada si pemakai. Ia tidak mengandungi bahan alkohol dan paraben serta bebeas dari bahan pewangi tambahan. Selain kegunaan bawah lengan, ia juga boleh disembur di bahagian kaki dan tangan. Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit sensitif.

Baca komen pengguna mengenai SVR Spirial Antiperspirant Deodorant Spray


9. Uriage Fresh Deodorant Spray

Kombinasi deodoran semburan untuk perlindungan bagi kulit sensitif, kulit kering dan kulit normal. Didatangkan dalam saiz 125 ml. Ia diformulasi daripada batu alum yang mengandungi unsur garam. Unsur ini sangat berkesan untuk mencegah pengumpulan bakteria, mencegah bau badan memberikan kekeringan saat perpeluhan. Ianya sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah perpeluhan berlebihan dimana ia dapat mengawal pengeluaran peluh secara tidak terkawal di bawah lengan punca bau badan. Memberi perlindungan bau selama 24 jam secara berpanjangan. Tidak mengandungi alkohon dan bebas dari bahan kimia paraben.

Baca komen pengguna mengenai Uriage Fresh Deodorant Spray


10. NIVEA Nivea Deodorant Spray Extra Whitening

NIVEA Nivea Deodorant Spray Extra Whitening diperkaya dengan 10 nutrien yang penting untuk kelembapan kulit, memperbaiki dan memutihkan semula kulit bawah lengan yang hitam. Ia merupakan formula gabungan untuk tujuan kecantikan dan penjagaan kulit di bahagian sensitif seperti ketiak. Vitamin dan nutrien terkandung di dalamnya membantu mengecilkan semula liang roma yang terbuka dan menghaluskan kulit di bawah lengan. Deodoran semburan anti-perspirant ini memberi perlindungan sehingga 48 jam. Amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah perpeluhan badan yang berlebihan. Formulasinya membantu mengurangkan kebasahan di bawah ketiak dan menghilangkan bau badan yang serius.

 

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...